Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

[Tiada tajuk]

Dewasa ini,kerap kali kita mendengar isu graduan menganggur. Mengapa ini terjadi? Semuanya terletak pada tangan graduan sendiri. Ana juga pernah pernah terfikirkan tentang course yang ana sedang belajar di universiti kini. Luaskah peluang kerjayanya? Bagaimana dengan 'market'nya? Pendapatan? Betul....semua itu bergantung pada diri graduan itu sendiri. Tidak perlu berasa risau tentang peluang kerjaya jika kita bijak mengambil peluang. Di sini,ana ingin berkongsi bersama sahabat semua tentang "Tips Mudah Cari Duit Melalui Jurusan Anda".. artikel ini khas daripada iluvislam.com..jom sama2 kita buka minda kita .... :)


____________________________________________________________________________________

"Course saya ni macam tak boleh cari makan aje nanti. Course kamu, saya tengok marketbesar" katanya.


Setelah diselidik, saya mendapati dia berfikiran sedemikian kerana mempunyai masalah kewangan. Rakan saya menanggung yuran pengajiannya dengan menggunakan pinjaman PTPTN. Jadi dia runsing memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang PTPTN.

Jurusan Apakah Anda?


Pertama sekali, anda perlu fikir apakah jurusan yang anda sedang dalami sekarang. Saya mengambil contoh rakan saya, Afnan. Afnan baru setahun ambil kursus ijazah dalam reka bentuk dalaman. Dia agak berbakat tetapi tidak tahu cara yang betul untuk menjana pendapatan melalui bakatnya itu. Setelah saya membantu sedikit demi sedikit, akhirnya dia telah berjaya mendapat beberapa orang pelanggan tetap.

Afnan pada permulaan, berlatih mendekorasi laman tamu rumah saya dan hasilnya memang seperti orang tahun pertama ijazah interior design. Kemudian ruang audio atau visual perpustakaan pula menjadi ‘mangsa’. Afnan ubah sana, ubah sini. Saya memang condemnhabis lah, tetapi setelah dua tiga orang kenalan memuji gaya yang ditonjolkan, dia menjadi semakin bersemangat. Seterusnya dia berlatih mempraktikkan apa yang di ajar semasa kuliah. Afnan telah menjadi lebih berani ke hadapan. Dia meminta untuk mengemas dan mengubah suai hiasan bilik penginapan segelintir pelajar. Hasilnya ada yang memuji dan ada yang tidak kisah. Rungutan pun ada juga.

"Semua itu menjadi pengalaman untuk meneguhkan kita dalam bidang yang kita ceburi"kata Afnan.


Mulakan Langkah Pertama


Anda perlu memulakan tindakan pertama anda apabila ingin memulakan sesuatu usaha. Jika anda masih bertangguh maka akan menjadi hangat-hangat tahi ayam sahaja. Percayalah. Afnan, setelah termotivasi dengan kemarahan saya tempoh hari, tindakan pertamanya adalah mengubah susun atur bilik kami berdua. Hasilnya tidak nampak sangat disebabkan saya sudah terbiasa dengan rekaannya. Kemudian saya syorkan kepadanya supaya mengubah suai bilik pensyarah tetapi dia tidak berani dan hanya mengubah suai bilik pelajar yang lain.

Katakan anda di jurusan automotif dan anda bercadang ingin membuka perniagaan sendiri suatu hari nanti. Jadikan universiti sebagai medan praktikal anda. Jangan tunggu sehingga masa praktikal di tahun akhir baru anda terkial-kial membuka buku semula. Mulakan dari awal anda belajar sesuatu jurusan itu lagi. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran anda. Saya jamin, sekiranya anda membuat praktikal di luar kampus pada tahun akhir, sedangkan anda sudah mempunyai pengalaman ‘praktikal’ sejak tahun pertama, anda akan ditawarkan bekerja di syarikat anda menjalani praktikal itu!

Letak Harga Setelah Yakin


Perkhidmatan yang anda tawarkan mestilah berbayar untuk mendapat untung atau upah hasil daripada penat lelah anda. Menurut sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, kita perlu mengambil kira tiga kos untuk mengambil untung. Kos utility, kos masa dan kos upah. Harga yang anda letak atas perkhidmatan anda perlu selari dengan kualiti yang anda berikan. Janganlah pada permulaan, anda telah meletakkan harga empat angka sekiranya anda sendiri tidak yakin dengan hasil kerja anda.

Seorang pengacara terkenal dalam satu wawancara telah menyatakan pada permulaan beliau mahu bertapak dalam dunia pengacaraan, beliau hanya meletakkan harga yang membuatkannya rasa berpuas hati dengan kualiti yang akan diberikan. Hanya tiga angka sahaja dan seterusnya harga itu semakin berkembang setelah dia sendiri yakin dengan kebolehan yang ada padanya. Kini harga untuk beliau mengacara sesuatu program lebih kurang lima angka untuk satu program atau empat angka satu jam. Lumayan bukan?

Cari Pekerjaan dan Peluang


Katakan anda seorang pelajar jurusan automotif. Semasa cuti semester, anda bolehmenawarkan diri untuk bekerja di kedai membaiki motosikal di tempat anda. Ketika ini, usah berkira tentang soal gaji. Anda cuma perlu memberitahu mereka anda bekerja hanya untuk praktikal dan belajar sesuatu.

Saya syorkan anda bekerja di kedai kampung kerana senang untuk berbual dengan majikan, masa kerja yang flexible, tidak banyak ragam dan selalunya orang kampung adalah mereka yang mungkin anda kenal dan ramah. Cuti semester selama lebih kurang dua bulan, anda kutip pengalaman di kedai tersebut. Pastikan anda faham dengan tunjuk ajar yang diberikan. Praktik apa yang disuruh. Kemudian, apabila pulang ke universiti yang kebanyakannya terletak di bandar, anda boleh mengenakan sedikit bayaran atas perkhidmatan anda.

Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, jangan takut untuk mencuba dan terus mencuba. Cari peluang yang boleh anda usahakan untuk menjana wang. Jangan mengharapkan bantuan luar sahaja sebaliknya anda perlu berusaha sendiri.

Catat Ulasan for " "