31 Oktober 2010

Kisah Lelaki Tua Dan Tiga Anaknya


Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben.

Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung.

Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberimakan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap.

Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah.

Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan.

Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yangdijawab Anis? "Minta maaf lah ayah.

Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan.

Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.

"Baiklah kalau begitu"jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal.

"Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.

Menyesallah dihatinya keranatidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek.

Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Moral: Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,Anis ialah ANAK-ISTERI, danAmsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal.

Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal.

Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).

Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima .

24 Oktober 2010

Permata Jiwa Yang Telah Hilang

Permata Jiwa Yang Telah Hilang
Salah satu permata jiwa yang telah hilang adalah kasih sayang
Kerana rata-rata jiwa manusia telah gersang
Pokok kasih sayang sudah tidak tumbuh di jiwa
Kerana air iman sudah tidak turun menyiram
Tuhan sudah tidak dicintai oleh manusia
Otomatik cinta sesama manusia tidak ada
Kerana itulah cintailah Tuhan
Cinta-mencintai sesama manusia akan terjalin sama
Cintakan Tuhan adalah rahsia mencintai sesama manusia
Cintakan Tuhan adalah anak kunci mencintai makhluk-Nya
Kalau Tuhan sudah tidak dicintai
Sudah pasti sesama manusia tidak akan terjadi cinta-mencintai
Patutnya kita berjuang
Untuk mencari kasih sayang yang hilang
Kita berkorban kerana hendak menanamkan kasih sayang
Mengapa kita berjuang perbalahan yang datang?
Mengapa kita berjuang, hingga hilang kasih sayang?
Yang kita cari bukankah kasih sayang
Mengapa kita berjuang hingga sampai kasih sayang
Kasih sayang bukankah keperluan insan?
Mengapa keperluan itu dihilangkan?
Bukankah manusia itu menderita kalau tidak dapat kasih sayang?
Bukankah manusia itu akan terganggu kehidupannya kalau tidak ada kasih sayang?
Jagalah kasih sayang, jangan sampai hilang

19 Oktober 2010

salam ....ting tong!


Huuuu.....final examination!!!
Bakal tiba beberapa hari saja lagi. Masing2 sedang sibuk membuat revisi, berjumpa pensyarah dan sebagainya. Begitu juga dengan diri ini...Cukupkah bekalanku untuk melangkah kaki ke dewan peperiksaan? Tenangkah hatiku untuk menempuhinya? (ceh.....ayat skema....hahaha).

Dugaan . . .
Time nak dekat2 exam ni pun ade dugaan ...well...biase la tu kn...huh....
cinta manusia ikut musim....cinta Allah kekal abadi ....memang betul,tak salah langsung ayat tu...cuma kita je leka dengan permainan 'cinta bermusim' tu...huh! Puas merepek..haha..

okies ..... buat ol my prens yg nk exm...good luck, bittaufiq wannajah....ingat Allah pasti tenang,...insyaAllah....

For the Rest of My Life Lyric


By: Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009


sukenye lagu ni... :)

.::Memo Buat Si Belangkas::.


Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini.

Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti.

Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi.

Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia?

Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.

"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya.

Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta.

Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini.

Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya.

Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuab asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang).

Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.

Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,

Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta.

Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya.

Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti.

Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab.

Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000.

Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.

Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin.

Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme.

Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:

"Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui." - An-Nur: 32

Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi:

"Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal.

Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a:-

"Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." - Riwayat Bukhari dan Muslim

Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur: 32

Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat Syabab,

Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Beliau bersabda:

"Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." - Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah.

Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata.

Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian.

Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak, Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).

Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan.

Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan:-

"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". - Riwayat Ahmad

Oh, kaum Hawa!

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin.

Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu.

Yakinlah pada Allah. Berdoalah padaNya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." - Riwayat Bukhari


sumber : ilvislam.com

Perompak Hati

Perompak Hati
Tahun 2005

"Kringgggggggggggggg!!!!!"

Siren kecemasan asrama berbunyi nyaring.Kelihatan beberapa ahli exco tertinggi asrama (ESTIMA) berlari-lari anak ke sana ke mari.Wajah masing-masing kelihatan cemas.Di satu sudut presiden asrama,Wardatul sedang menjelaskan sesuatu kepada warden asrama.Penghuni-penghuni asrama yang lain sudah memenuhi beranda asrama untuk mengetahui apa yang terjadi.Dari foyer tingkat tiga asrama,seorang pelajar sedang memerhatikan semua yang berlaku dengan senyuman sinis.

"Hahahahaha..baru kau tahu siapa aku.."Pelajar itu berbisik perlahan.Senyuman sinis tidak lekang di bibirnya.Dari beranda tempat dia berdiri,dia dapat memerhatikan sebuah ambulans memasuki pintu pagar asrama dan berhenti di dataran.Seorang pelajar perempuan dibawa masuk ke dalam ambulans.Keadaannya parah.Darah mengalir tidak henti-henti dari kepalanya yang cedera dan luka-luka lain di badannya.

"Aku rasa ni semua kerja kau kan.."Satu suara menyinggah di telinganya.Pelajar itu pantas menoleh.Seorang gadis berbaju kurung biru muda sedang berdiri di tepi tangga.Pandangannya tajam.Namanya Sakinah.

"Huh..apa kau cakap nih?"

"Jangan buat-buat tak faham lah...Iq,ko yang buat semua nih kan..kau belasah budak tuh sbb dia x bagi kau duit kan??"Iqlima' atau dipanggil Iq merengus.

"Kau ade bukti ke.."balasnya dengan suara mengejek.Senyum sumbing dihadiahkan pada Sakinah.Memang..memang dia yang buat semua tu.Tekanan hidup asrama,harapan menggunung guu-guru pada dia yang merupakan pelajar harapan asrama,masalah keluarga..semuanya menyumbang kepada perlakuannya itu.Tapi sampai sekarang dia masih bebas kerana ketiadaan bukti.Lebih-lebih lagi dia anak emas guru-guru.

"Bukti???Mungkin xde tapi tu ha..yang tengah tengok kau sekarang..Yang Maha Khalik..yang Maha Melihat..xde satu pun yang terlepas dari pandangannya..cctv Allah itu buktinya.."Sakinah bersuara tegas.Iqlima' tersengih.


"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi.Dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan."


(49:18)


"I wonder...kenapalah kau nih asyik dapat anugerah PRS cemerlang je..rupa-rupanya suka jaga tepi kain orang.."Iqlima' datang merapat pada kawannya itu.Jari-jemarinyanya laju mencekak dan menekan leher Sakinah hingga rapat ke dinding.

"Hei..aku taulah kau tu ketua exco displin..tapi jgn suka-suka hati je tuduh orang kalau xde bukti..kalau ye pun aku peras ugut budak tu n pukul dia..apa kau kisah..jangan sibuk hal aku boleh tak.."Iqlima' bersuara bengis.Matanya tajam menentang wajah Sakinah.

"Memang...memang tak boleh..tak boleh kalau x sibuk.."Sakinah berusaha bersuara walaupun suaranya tersekat-sekat bila lehernya diperlakukan sebegitu.Sukar untuk bernafas apa lagi bersuara.

"What??"Membesar biji mata Iqlima' mendengar jawapan Sakinah.Leher Sakinah dilepaskan.Terbatuk-batuk gadis itu dibuatnya.

"Sebab kita kawan..saudara sesama islam..aku tak akan biarkan kau terjebak dalam dunia yang rosak..dulu kita kan kawan baik..dah janji nak masuk syurga sama-sama.."

"Sekarang tak lagi.."Iqlima' pantas memotong.Memang sejak Sakinah dinaikkan pangkat sebagai ahli ESTIMA,mereka sudah tak rapat lagi.Sakinah terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawabnya.Iqlima' rasa terpinggir.Di situlah segala-galanya bermula.Episod kemunculan pemeras ugut dan pembuli.Semuanya dipelopori Iqlima'.

"Tapi aku masih anggap kita kawan..aku tau aku salah bila abaikan kawan sendiri tapi kenapa sampai sejauh ni kau berubah Iq..kau ingat selamanya kau dapat bersembunyi di sebalik status pelajar ranking 1 kat sekolah nih.."Iqlima' mendengus.Dia berpaling dari menghadap Sakinah.Sakinah cuba memeluk Iqlima' dari belakang tapi Iqlima' pantas menepis.

"Kalau kau nak aku letak jawatan dan berada di sisi kau semula pun aku sanggup..Aku janji yang aku akan bersama kau..aku dah tak sanggup tengok kau buat semua kerja kau nih.Kesian adik-adik yang jadi mangsa kau...kesian diri kau jugak..jangan biarkan hidup kau musnah Iq.."Sakinah cuba memujuk.Tapak tangannya cuba diletakkan ke atas bahu Iqlima'.Iqlima' tak pula menepis.Mungkinkah hati Iqlima' sudah lembut sedikit,detik hati Sakinah.Namun,lain pula yang keluar dari mulut Iqlima'.

"Kau ingat senang aku nak percaya???"Iqlima' memuntahkan soalannnya.Namun sebelum sempat Sakinah menjawab,Iqlima sudah bergerak menuruni anak tangga.

"Jangan sibuk hal aku..Aku pukul orang ke apa ke...its out of your business.."Sempat Sakinah menangkap laungan Iqlima'.Perlahan dia mengeluh kecil.





**********************************************************************************


Tahun 2012

"Kak Iq.."Tanpa salam atau ucapan,tubuh Iqlima' diterpa Qurratun Ain.Iqlima' tersengih.Anak usrahnya yang seorang tu memang manja.Baru sahaja dia melangkah masuk ke rumah anak-anak usrahnya dia sudah diterpa sebegitu.Dia balas pelukan erat tu dengan usapan penuh kasih sayang pada belakang tubuh Qurratun Ain.

"Tak sangka akak nak kawin dah..sedihlah saya macam nih..dah xleh nak manja-manja ngan akak..mesti cik abang akak marah nanti.."rengek Qurratun Ain.Pelukan dilepaskan.

"Qurratun Ain...pergi usrah sebab nak manja-manja dengan akak ke sebab Allah.."Iqlima' bersuara lembut.Bahu Qurratun Ain dipaut.Mereka melangkah masuk ke ruang tamu.Di situ Jasmin sudah menunggu.

"Sebab nak bina batas kak..supaya dapat develop diri jadi penggerak dakwah yang berkualiti."sahut Jasmin,tolong menjawab.Qurratun Ain mencebik.

"Yela..saya tau la..tapi sayanglah..."Qurratun Ain duduk di atas sofa kembar satu.Tangannya disilangkan memeluk tubuh.Iqlima' pula mengambil di sebelah Jasmin di sofa berkembar dua.

"Sayang apanya.."Wardah,adik usrah Iqlima' yang seorang lagi bersuara.Dia baru keluar dari bilik.

"Sayang naqibahlah...lepas ni kena berkongsi kasih dengan suami dia pulak.."Serentak semua yang mendengar ketawa.Terasa lucu peula mengenangkan adik-adik usrah yang kena berebut kasih dengan suami kakak usrah mereka.

"Adik-adikku..kenalah ingat apa niat kita..kita join usrah untuk tarbiyyah diri.x kisahlah sapa naqibah..dah kawin ke belum..yang penting tarbiyyah kita jalan..Rasulullah dulu kawin je kan..malah masa baginda mula-mula berdakwah dulu baginda dah kawin dah pun tapi tengok dakwah baginda..berkembang luas kan.."Iqlima' lembut berbicara memberi nasihat.Suaranya bagai air sejuk yang mengalir membasahi hati yang kering,cukup menarik semua orang mendengar nasihatnya.

"Betul tu kak...Ain nih..cuba betulkan niat sikit.."Jasmin cuba menyakat.Dia memang yang paling nakal antara mereka bertiga.Iqlima' tersenyum senang.Adik-adik usrahnya memang saling-melengkapi.Seorang manja,seorang nakal dan suka menyakat.Wardah pula agak pendiam tap buah fikirannya tajam dan sentiasa bertindak matang.Mereka memang membentuk support system yang baik.Mungkin inilah hasil ukhuwwah yang menghasilkan sinergi antara mereka.

"Tula...terfikir gak benda tu..sampai bila nak attach dengan akak...satu hari nanti saya pun nak kawin gak..hehe.."Sempat pula Qurratun Ain berangan tentang dirinya.Pantas tangan Iqlima' mencubit mesra paha Qurratun Ain.

"Dia pula sibuk nak kawin..akak ni kelam-kabut lagi..banyak benda betul kena fikir..ingat kawin senang je....susah jugak ye...ni ha...akak datang sini nak bawak korang tengok baju pengantin akak..korang dah siap belum nih..Ni kenapa pakai baju tidur lagi nih???"Iqlima' bertanya sementelah melihat Wardah masih lagi berbaju tidur.Wardah tersengih.Dia pantas bergerak menuju ke biliknya.

"Saya dah mandi..tinggal nak salin baju je..akak duduk jap..nak makan,makan je..buat cam rumah sendiri..cam x biasa je..."Separuh melaung Wardah bersuara bila tubuhnya hampir hilang di baiik pintu.Qurratun Ain dan Jasmin pun sudah menghilang ke dalam bilik maasing-masing untuk bersiap.Iqlima hanya mengeleng melihat telatah adik-adiknya itu.Itulah keluarga usrahnya..yang disayangi..

*********************************************************************************


Tahun 2005

"Aku mintak maaf..Tak sangka pulak cikgu ambik tindakan drastik pada kau.."Sakinah menghulur tangan untuk berjabat tangan.Iqlima hanya senyap.Tidak terdetik di hatinya untuk menyambut huluran tangan Sakinah.Sebenarnya hatinya cukup panas dengan hukuman yang baru diterima dari pihak sekolah.Pindah sekolah atas kerelaan sendiri atau dibuang.

"Gembiralah kau aku dah takde..exco displin dah xde halangan bila taiko buat jahat dah berambus.."Iqlima' bersuara dingin.Sakinah hanya diam.Dia sebenarnya tak menyangka hukuman keras dikenakan pada Iqlima'.Sangkanya Iqlima' hanya akan digantung.Dalam hati dia rasa bersalah pula sebab membuat laporan.Setelah beroleh bukti yang cukup untuk membawa Iqlima' ke muka pengadilan dia tanpa berfikir panjang terus membuat laporan.Sekarang barulah terdetik sedikit penyesalan.

"Aku harap kau berubah lepas ni..jangan jadi jahat lagi please.."pinta Sakinah penuh pengharapan.Iqlima' menjeling tajam.

"Woi,cepatlah berambus!!"

"Keluar dari sekolah ni...Harap muka je pelajar cemerlang tapi pembuli!!"

"Ingat anak emas cikgu selamat ke..padan muka!!"

Beberapa suara sumbang pelajar dari beranda asrama mengganggu sedikit perbualan dingin mereka.Iqlima' menarik nafas panjang.Sekilas dia memandang pelajar-pelajar yang memerhatikan dari beranda.Setelah kejahatannya terbongkar,semua penghuni asrama mengutuknya.Memang sebelum ni kejahatannya tersembunyi sebab dia tak pernah menunjukkan muka..segalanya dilakukan di sebalik kaca mata hitam dan hoody.Kalaulah Sakinah gagal menemui kaca mata hitam dan hoody yang dia gunakan,tentu dia masih selamat.

"Sekarang semua orang dah tau aku jahat..thanks a lot to you.."Iqlima' memandang wajah Sakinah yang sedang berdiri di hadapannya.Kalau ikutkan hati dah lama dia ingin membelasah Sakinah tapi dia cukup maklum Sakinah mempunyai ilmu pertarungan yang lebih hebat darinya.Hanya gayanya sahaja yang lembut dan solehah.Sakinah melepaskan nafas berat.

"Take care..aku sentiasa doakan kau..semoga dapat 9A PMR.."Sakinah bersuara tenang.Iqlima' mencebik.Tanpa berkata apa-apa,dia berpaling dan mengatur langkah keluar dari pintu pagar Asrama Pusat Puteri.



**********************************************************************************


Tahun 2012

"Makin dekat nak kawin ni makin seram pulak..rasa cam nak nangis pun ada.."Bergetar Iqlima' bersuara.Adik-adik usrahnya yang menemaninya sedari tadi memandang pelik.

"Saya rasa normal lah kan...semua orang rasa camtu.."Wardah cuba menenangkan hati Iqlima'.Mereka sedang duduk di Cafe Nero setelah penat berpusing-pusing sekitar shopping kompleks mencari barang hantaran.Iqlima' anak tunggal maka adik-adik usrahnya lah yang dijadikan teman.

"Yela..akak akan naik ke tangga kedua,baitul muslim.Suami akak pun akak tak tau sapa.waaa...betul rse nak nangis nih..boleh tak...sob3x??"Bergenang air mata Iqlima'.Jauh di sudut hati memang dia terasa takut.Segala keputusannya untuk melangkah setapak lagi ke alam perkahwinan hanya semata-mata berpandukan solat istikharah yang dilakukan sebaik pinangan dari seorang ikhwah diterimanya.

"Boleh kak..nangislah tapi ingat tak akak pernah cakap kat kitorg..daei boleh nangis dua minit je..x boleh lebih.."Qurratun Ain memulangkan semula ayat yang pernah diucapkannya pada mereka ketika usrah.

"Tapi untuk daei yang super saiya macam akak nih..seminit setengah cukuplah.."Jasmin pula menyambung dengan usikan nakalnya.Terhambur ketawa kecil dari yang lain.Iqlima' tersengih..terhibur..geram pun ada.

"Pandai betul kenakan akak ye..nanti akak suruh korang bayar sendiri bil makan ni baru tau.."Iqlima' cuba mengugut.Wajahnya sengaja di 'serius' kan.Terbeliak biji mata ketiga-tiga adik usrahnya.

"Ala akak...cafe nero ni sikit punya murah makanan dia....tak mampu lah..."Qurratun Ain cuba meraih simpati.

"Ntah akak...pokailah kitorg.."Iqlima' sengaja buat tak dengar.sengaja menguji sejauh mana adik-adik usrahnya hendak memujuk.

"Takpelah...biar duit scholar kita bulan ni habis..dah orang tu bawak kita makan tempat mahal..ingatkan dia nak belanja.."Jasmin membuat mimik muka sedih..Suaranya mendayu-dayu.Pasrah habis..Tergelak Iqlima' dibuatnya.Pantas dia berdiri.

"Ok..ok..akak bayar.."



**********************************************************************************


Tahun 2006

"Iq.."

Iqlima' membesarkan biji matanya seolah-olah tak percaya apa yang dilihatnya.Sakinah sedang berdiri di hadapannya.Dan gadis itu memakai baju seragam yang sama sepertinya.Baju putih dengan tudung hitam dan kain hitam,pakaian seragam rasmi untuk pelajar Sekolah Menengah Hidayah.

"Kenapa??Tak percaya??"Sakinah berjalan rapat ke tubuh Iqlima' dan pantas tubuh itu dipeluknya..dirangkul erat penuh kasih sayang.

"Why??"Terkedu Iqlima'.Suaranya hampir sahaja tak keluar.Terkejut dengan kehadiran Sakinah.Lebih-lebih lagi dengan status sebagai pelajar di situ.Tubuhnya kaku tak dapat memberi respons pada pelukan Sakinah.Sakinah tersenyum lebar mendengar soalan Iqlima'.Dia sudah menjangka.

"Why??Untuk Iq lah...kan aku dah janji nak bersama di sisi kau.Kan kita pernah janji nak beriringan ke syurga.kalau kau tergelincir takkan aku nak biarkan pulak..you are not only my friend tapi jannahmate also.."Sakinah yakin bersuara.Terasa ada air panas yang bertakung di tubir mata Iqlima'.Ah,egoku tak serapuh ni,detik hatinya.

"Kenapa sampai sanggup tinggalkan APP...jawatan kau yang sikit punya besar dalam ESTIMA..aku nih hanya budak jahat yang dicampak ke sini..aku belum jadi baik pun walaupun dah ade kat sekolah agama.."Iqlima' bersuara perlahan tapi tegas.Sengaja dikeraskan nada suaranya agar keegoan yang mula rapuh dan keterharuan yang terbit di hatinya tidak terkesan.

"Semua tu tak menjamin syurga.Kalaupun semua tuh dapat beli syurga,hatiku takkan senang selagi kawan aku yang seorang ni x bersama aku.."

"Tapi aku jahat..."Iqlima' mula lemah.Hatinya runtun mendengar bicara Sakinah.Air mata yang ditahan gugur setitik demi setitik.

"Iq....pintu untuk kita berubah dan bertaubat sentiasa terbuka..Allah pun ada berfirman dalam surah albaqarah ayat 222,sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.."Halus bicara Sakinah memujuk Iqlima'.Tubuh Iqlima' kembali dipeluknya erat..

"Kita sama-sama jadi baik ea.."Perlahan Iqlima' mengangguk,akur dengan kata-kata Sakinah.Sakinah senyum..Ya Allah,seorang lagi hambamu kembali kepadaMu..

Sabda Rasulullah saw,

"Sesungguhnya setiap kalian ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dengan syurga hanya sehasta lalu suratan takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka,lalu dia masuk neraka.Ada juga di antara kalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak dia dengan neraka hanya sehasta lalu suratan takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga maka dia pun masuk syurga."


(H.R Bukhari Muslim)





**********************************************************************************


Tahun 2012

"Ya Allah..kuatkan hatiku..."Hampir menangis Iqlima' menadah tangan meminta kekuatan daripada Allah.Malam itu malam pertama dia bertemu suaminya.

"Iqlima'..."Satu suara merdu memanggil dari belakang.Iqlima; yang sedang menghadap tingkap mengembus nafas perlahan.Hatinya berdebar-debar.Perlahan-lahan dia berpaling.

"Ya Allah!!!!"Terpana Iqlima'.Semput nafasnya.

"Kenapa??terkejut??"Ikram tersengih.Iqlima' mengurut-ngurut dadanya yang hampir meletup.Mana taknya,rupa-rupanya ikhwah yang menikahinya ialah abang kandung Sakinah.SubhanaAllah..Ikram menarik Iqlima' agar duduk di atas katil bersama-sama.Spontan Ikram membaringkan Iqlima' di pehanya.

"Sakinah.."Sejenak Iqlima' terbayangkan Sakinah..atau lebih tepat arwah Sakinah.Kawan,sahabat yang pernah berjanji untuk beriringan bersama ke syurga.Dia dijemput pulang Rabb setahun selepas dia memimpin Iqlima' ke jalan tarbiyyah.Hiba hatinya saat kehilangannya.Ya Allah..tempatkanlah dia tempat yang sebaik-baiknya.

"Kalau dulu Allah hadiahkan Sakinah untuk sayang..untuk pimpin sayang ke jalanNya...sekarang Allah bagi abang pada sayang...untuk pastikan sayang berpegang lebih teguh di jalanNya..dulu sayang dapat sahabat sekarang sayang dapat suami..Dalam diri Sakinah ada abang dan dalam diri abang ada Sakinah..indah tak percaturan Allah tuh..."Ikhwan bertanya dengan suara berbisik.Iqlima' dapat mendengar segala butir bicara Ikram dengan jelas kerana mulut Ikram rapat ke telinganya.


"Allah tahu saya rindukan Sakinah.Sebab tu dia hadiahkan abang..sebagai pengubat rindu..penawar hati,"Sayu suara Iqlima' menjawab.Ikram senyum senang.Dahi Iqlima' dikucup.


"Tahu tak kenapa abang pilih sayang.."soal Ikram tiba-tiba.Terangkat kening Iqlima'.Haah ea...kenapa ye..


"Sebab saya baik..lawa pula tuh.."Iqlima' tersengih.Puji diri sendiri.Ikram tertawa kecil.


"Taklah...lawa xde makna tau bila dah tua nanti...Abang pilih sayang sebab sayang perompak hati..."


"Perompak hati??"Iqlima' termangu.Kalau ye pun Ikram ni amik sastera dulu..dengan isteri pun nak bagi sajak ke..


"Sakinah pernah citer pasal sayang dulu..dan bagi abang...sayang adalah perompak hati..kalau zaman dulu sayang curi hati orang dan calarkan hati mereka dengan perbuatan yang tak petut cam peras ugut dan whatsoever..sekarang..sayang curi hati orang dan kembalikan mereka pada Allah..dan hari nih hati abang pula dicuri.."Panjang lebar Ikram bercerita.Iqlima' jadi malu bila kisah dulu diceritakan semula.Zaman jahiliyyahnya..


"Ooooo...abang ni malulah kenangkan zaman dulu..."Ikram tersenyum..


"Takpelah sayang..Esok pagi abang nak bawa sayang pergi kubur Sakinah..Sekarang sayang tidurlah.."Ikhwan mengusap-usap rambut isterinya perlahan penuh kasih sayang.


"Tidur??kat sini??peha abang nih?"Iqlima'meminta kepastian.Ikram hanya mengangguk.


"Haah..rapatkan kepala sayang ke dada abang.biar dekat ke tulang rusuk.Kan sayang dijadikan dari tulang rusuk abang untuk dilindungi..so kenalah tidur dekat sini.."Iqlima' tersengih..romantiklah suami aku nih..jiwang pun ade jugak..tanpa sedar Iqlima' mengikut katanya tanpa banyak bicara.Hatinya penuh rasa cinta pada hubungan yang halal ini.


Di matamu tersimpan cinta yang suci


Serta mendalam pernikahan dari beda dunia


Meski kau terbiasa hidup tanpa perih


Namun kau ikhlas hidup bersahaja


Namun bahagia


Duhai pendampingku


Akhlakmu permata bagiku


BUat aku makin cinta


Tetapkan selalu


Janji awal kita bersatu


Bahagia samapai ke syurga.


Maafkan aku jika tak bisa sempurna


Karena ku bukan lelaki yang turun dari syurga

Ketulusan hatimu anugerah hidupku


Doakan langkah kita tak berpisah


Untuk selamanya..

.::edcoustic-Duhai Pendampingku::.

-TAMAT-

.:: Antara Sahabat ,Cinta dan Rabb ::.


Diam,
Sunyi, sepi,
Dalam kegelapan ku lihat tiada cahaya,
Menggapai angin malam yg sejuk dingin,
Aku keseorangan,
Menangis menitis airmata beku,
Bagai tiada siapa peduli,
Ku masih berteleku di situ,
Tapi tiada siapa.. kosong.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tetap begitu,
Buta mata, buta hati,
Tiada senyuman terukir di bibir,
Tiada ilmu terpahat di dada,
Tiada sayang menerpa di jiwa,
Bagai jasad tiada rohnya,
Begitu aku,
Biar apa di nanti,
Siapaku untuk mentafsir.

Diam,
Sunyi, sepi,
Aku masih kaku,
Dalam diam,
Sayup-sayup namaku,
Dipanggil syahdu,
Hangat mula terasa di jari jemariku,
Lantas ku toleh,
Seluruh dekat ku terasa bernyawa,
Ku rentap sentuhan itu,
Setelah terpampang suatu wajah,
Seorang yang bergelar lelaki.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Salam dihulur, persahabatan di minta,
Kusambut mesra,
Hariku berseri,
Hidupku bermakna,
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran,
Anugerah seorang insan,
Bernama sahabat.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Berteman sahabat,
Tanpa kusedari cinta terpatri,
Bermunajat ku pada Ilahi,
Apakah semua ini,
Setakat khayalan atau hakiki.

Diam,
Sunyi, sepi,
Menerjah kembali,
Kala aku berteleku kepada-Mu,
Meminta petunjuk,
Kepada suatu keputusan,
Kepastian menjelma,
Untukmu sahabat,
Maaf ku pinta,
Aku belum bersedia,
Pada cinta yg sementara cuma,
Cintaku kini hanya pada ya-Rabbi,
Penciptaku yang Esa,
Yang memberi anugerah,
Mengenal erti Cinta dan Sahabat,
Terima kasih Ya-Rabb.

Antara sahabat, cinta dan Rabb,
kecintaanku kini hanya Pada-Mu.