22 Disember 2010

Rokok Oh Rokok . . .



Rokok . . . sedap ke? entah,tak penah rase pun. Ape yang hebat sangat rokok ni? Katenya dapat release tension (lelaki la yang kate..tak terkecuali juga wanita). Harga rokok,ade mahal dan ade yang murah. Ape bezanya kedua-dua rokok ni? Nak kate rokok mahal lebih menyihatkan badan,tak pulak...rokok murah pun same je. Jadi, ape perbezaannya? Tanye la pada perokok..ekekeke...


Surat khabar Berita Harian semalam ( 20 Dis. 2010) , telah mengatakan bahawa rokok murah adalah beracun. Rokok murah yang jugak *haram ni (ade ke rokok yang halal ???) menggunakan pelbagai jenama dijual dengan meluas di pasaran tempatan amat berbahaya kerana dipercayai mengandungi paras tar dan nikotin yang tidak dibenarkan serta penggunaan daun tembakau yang tidak memenuhi piawaian Lembaga Tembakau Negara. (ni sebahagian yang ade lam newspaper tu).

Lambakan rokok murah juga memberi kesan yang buruk kepada kerajaan. Kerajaan dikatakan kerugian lebih RM1 billion setahun kerana pengeluarnya tidak membayar *duti eksais dan cukai jualan 26 sen bagi setiap batang rokok atau RM5.20 bagi sekotak rokok.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan rokok murah secara meluas akan membantutkan usaha kerajaan untuk mengekang pembeli membeli rokok,khususnya yang berumur bawah 18tahun. Beliau juga berkata,faktor harga penting. Disebabkan itu, kerajaan naikkan cukai dan tetapkan harga minimum dengan harapan pengguna khususnya remaja atau pelajar yang baru mula merokok, akan berhenti kerana tidak mampu membelinya tetapi keadaan ini (lambakan rokok haram) akan membantutkan usaha kerajaan.


ish3...betol2 bahaye

Rokok murah ni agak popular dalam kalangan pelajar. Yela, sesuai dengan budget diorang. Pelajar. . .memang mesti ambil kisah tentang rokok ni. Bukannye nak mempromosi rokok mahal pulak. Tak kira murah atau mahal, kedua-duanya memberi kesan yang buruk walaupun bukan dalam jangka masa yang singkat.Seelok-eloknya berhenti la merokok, tak de faedah pun.

Konklusinye,,tak payah le merokok,mengabihkan duit je. Memang mengabihkan duit. Umur pun pendek. Ingatlah orang yang tersayang. So, renung-renungkan dan selamat beramal :)

*rokok haram = rokok yang tidak dibayar cukai dn tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan
antaranya dijual kurang daripada harga minimum RM7 @ tidak memaparkan
amaran kesihatan bergambar.
= menggunakan dakwat MY palsu di bahagian bawah kotak rokok.

sumber : Berita Harian

Cuti sem punye keje


*8B dan 2B ..keje kat umah time cuti ni :)


ensem tak?.....ngeeee~


muke sape tak tau le . . .


uii,...tak bape menjadi...


:)


MELUKIS :
  • release tension saya...sebabnye,,mase melukis saya akan senyum..tak tau nape da memang suke senyum...ekekekke
  • salah satu cara nak hilangkan stress
  • puas when lukisan da siap walaupun tak bape nak menjadi :)
  • suka-suki bulu kaki....hik3

*jenis pensil yang saya gunakan untuk melukis

20 Disember 2010

Azab Dan Nikmat Kubur Bukan Suatu Yang Mustahil

Azab Dan Nikmat Kubur Bukan Suatu Yang Mustahil

Sungguh banyak perkara yang tidak dapat disaksikan oleh mata kasar di dalam alam dunia ini tetapi kita yakini akan kewujudannya. Malah bukan saja tentang kewujudannya tetapi apa yang dirasakan oleh rohani juga dapat dirasakan oleh jasmani. Di antara contoh perkara tersebut ialah:

  1. Beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Di antara mereka ada yang bermimpi indah. Ketika bangun jasadnya turut merasakan nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika dalam mimpi. Demikian sebaliknya bagi orang yang bermimpi buruk dan mengerikan. Bukan saja rohnya tersiksa tetapi badan juga terasa tersiksa. Mereka yang tidur berhampiran masing-masing tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti ini tidak dapat kita ingkari hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan kejadian di alam barzakh akan lebih hebat lagi.

  2. Malaikat Jibril 'alaihissalam yang turun membawa wahyu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam bentuk seorang lelaki. Baginda dapat melihat dan mendengar ucapannya sedangkan para sahabat yang berada di sekeliling baginda tidak dapat melihat dan mendengarnya.

  3. Para Jin bercakap dengan sesama mereka dengan suara yang lantang. Mereka berada ditengah-tengah umat manusia tetapi kita tidak mendengar pertuturan mereka.

Jahil, Sesat, Dusta

Berdasarkan beberapa contoh di atas nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur bukanlah suatu yang mustahil. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap , ilmu pengetahuan agama yang mencukupi dan akur akan kekuasaan Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin tentang kewujudan siksaan dan nikmat kuburan.

Hanya orang jahil dan sesat serta suka mendustakan ucapan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan meragukan kekuasaan Allah sahajalah yang akan mengingkari adanya azab dan nikmat kubur.

sumber : kredit kepada :

Azab Dan Nikmat Kubur Bukan Suatu Yang Mustahil

18 Disember 2010

Sebab-Sebab Azab Kubur

Sebab-Sebab Azab Kubur
Azab kubur . . . mengapa Allah menjadikan azab di alam kubur?
sama-sama kita meneruskan pembacaan . Moga dapat dijadikan panduan bersama.

Al-‘Allamah Al-Safaarainiy berkata, sebab-sebab penghuni kuburan disiksa terbagi kepada dua bahagian, iaitu:

Mujmal (umum).
Mereka disiksa di dalam kubur kerana kejahilan mereka terhadap Allah dan enggan mematuhi suruhan Allah serta melakukan maksiat. Azab kubur dan azab akhirat adalah akibat daripada murka Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah di dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera taubat kepada-Nya lalu mati dalam keadaan demikian maka untuknya azab kubur setimpal dengan kemurkaan Allah kepadanya.

Mufassal (Terperinci).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah diperlihat dan diperdengarkan azab kubur ketika baginda melalui dua kuburan, yang satu disiksa kerana suka menceritakan keburukan orang sedangkan yang satu lagi kerana tidak menjaga kebersihan ketika buang air kecil. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bermimpi (semua mimpi para rasul adalah wahyu) diperlihatkan oleh Allah kepadanya sebab-sebab manusia disiksa di dalam kubur seperti orang yang solat tanpa bersuci (taharah), orang yang melalui seseorang yang sedang dizalimi lalu enggan menolongnya, orang yang membaca Al-Quran lalu tidur pada malamnya kemudian tidak mengamalkan apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang malas solat Subuh, orang yang enggan mengeluarkan zakat, orang yang gemar menyibar fitnah di dalam masyarakat, orang yang takabbur (sombong), orang yang ria’ dan orang yang suka mencaci orang lain sama ada melalui ucapan atau tindakannya. (Riwayat al-Bukhari)


__________________________

Kitab Rujukan

1. Aqidah Al-Wasitiyyah; Ibn Taimiyah.
2. Al-Roh; Ibn Qayyim
3. Al-Irsyad Ilaa Sahih Al-I’tiqad; Dr. Saleh Bin Fauzan Al-Fauzan
4. Al-Hayat Al-Barzakhyyah; Muhammad Al-Zahir Khalifah
5. Tafsir Al-Quran Al-‘Azim; Ibn Kathir.
6. Ahkaam Al-Janaaiz; Nasiruddin Al-Albaaniy.
7. Lum’at Al-I’tiqad Al-Haadi Ilaa Sabil Al-Rasyad; Ibn Qudamah Al-Muqaddasiy; Syarh: Syeikh Muhammad Bin Saleh Al-‘Utsaimin.


kredit kepada :

Azab dan Nikmat Dalam Kubur

Azab dan Nikmat Dalam Kubur
Dalil-Dalil Adanya Azab Dan Nikmat Dalam Kubur


Dalil-dalil daripada al-Qur’an.


Pertama:

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". [al-An‘aam 6:93]

Ungkapan pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina… mengandung makna azab ketika akan mati atau azab di dalam alam Barzakh. Ini kerana seandainya yang dimaksudkan dengan azab pada ayat di atas adalah selepas Hari Kiamat maka sudah tentu ia tidak disebut sebagai pada hari ini kamu dibalas.

Kedua:

Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” [al-Mukmin 40:45-46]

Allah Subhanahu wa Ta‘ala memperlihatkan (mendedahkan) azab kepada Firaun dan pengikutnya pagi dan petang lalu kemudian menyiksa mereka dengan azab yang keras setelah kiamat. Ini bermakna azab sebelum kiamat itu adalah azab kubur dan bukan azab di akhirat (neraka) mahupun di dunia. Ini kerana:

  1. Azab tersebut berlaku sebelum kiamat.

  2. Di alam akhirat tidak ada pagi dan petang.

  3. Azab tidak diperlihatkan (‘aradh) kepada Fir’aun di dunia.

  4. Ayat ini untuk umum tidak hanya khusus untuk Fir’aun dan pengikutnya saja. (Kaedah Ilmu Tafsir)


Ketiga:

Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan, kemudian dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan). [Nuh 71:25]

Ayat ini menyatakan azab yang ditimpakan ke atas orang-orang dari umat Nabi Nuh ‘alaihissalam. Setelah mereka ditenggelamkan kerana kesalahan-kesalahan mereka (مما خطيئاتهم أغرقوا) lalu Allah sambung dengan (فأدخلوا نارا)kemudian dimasukkan ke dalam neraka. Maksud neraka di sini ialah azab di alam Barzakh dan bukan di alam setelah Kiamat sebab kata sambung (‘ataf) yang digunakan dalam ayat di atas adalah huruf (الفاء) = (فأدخلوا). Menurut kaedah bahasa Arab, kegunaan kata sambung (الفاء) mengandung makna tertib yang dekat bukan berselang lama. Kaedah tersebut dalam bahasa Arab disebut:

أنَّ الْعَطْفَ بِالْفَاءِ يَقْتَضِى التَّرْتِيْبَ مَعَ التَّعْقِيْبِ مِنْ غَيْرِ تَرَاخٍ

Atas dasar kaedah ini maka maksud ayat di atas adalah, umat Nuh yang derhaka itu dimasukkan terus ke dalam neraka setelah mereka ditenggelamkan tanpa menunggu lama. Demikianlah menurut zahir ayat. Ia tidak bermaksud azab api neraka setelah Hari Kiamat kerana azab tersebut masih lama setelah kejadian taufan Nabi Nuh a.s.


Keempat:

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu , sampai kamu masuk ke dalam kubur. [al-Takaathur 102:1-2]

Diriwayatkan bahawa 'Ali radhiallahu 'anh berkata:

Kami masih meragukan akan adanya azab kubur sehingga turunlah ayat ini.

(Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Tafsir, no: 3413)


Kelima:

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta. [Ta-Ha 20:124]

Imam Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat di atas mengemukakan sebuah hadis daripada Abi Hurairahradhiallahu 'anh bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata tentang firman Allah: (فإن له معيشة ضنكا) maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, maksudnya adalah azab kubur. Berkata Imam Ibn Katsir setelah itu: “Isnadnya jayyid (baik).”


sedikit ilmu yang ingin dikongsi bersama ..moga dapat dijadikan rujukan bersama.


kredit kepada :

http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah1/chapter1%20dalil%20alquran.htm