31 Ogos 2010

Nuzul Quran


Nuzul quran bermaksud penurunan al-Quran apabila dtrjemahkn kpd bhsa Melayu..
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.





Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.Trjmahn ayat 1-5 yang bermaksud ;
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”


Oleh itu,marilah kita bersame2 membace & mghafal srta memahami isi yg trkndung dlm al-Furqan yg suci...
Trdpt beberapa hadis tntg fadhilat mmbace & mghafal al-Quran.Antaranya ialah..

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya"
(HR. Bukhari)

"Mereka yang membaca dan mahir al-Quran, ia akan bersama para malaikat pencatat yang mulia. Mereka yang membaca Al-Quran tetapi tidak lancar bacaanya dan susah baginya untul membaca maka untuknya dua pahala."
(HR. Bukhari dan Muslim)

"Bacalah al-Quran karena sesungguhnya ia akan memberi syafa'at kepada pembacanya pada Hari Kiamat"
(HR. Muslim)

"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya al-Quran maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahannya siang dan malam. "
(HR. Bukhari dan Muslim)

dan byk lg hadis2 yg mnergkn tntg fadhilat mmbace & mghafal al-Quran...
begitulah kebaikan yg al-Quran berikan kpd sesiapa yg mmbce,mmhami,mghafal & mengamalkn sgl perintah Allah yg trkndung dlm al-Quran...

ayuh shbt sume...same2 kite renungkan & brsme2lh kite mengamalknnye.....
insyaAllah Allah akn mmberi gnjaran yg setimpal dgn kebaikan yg kite telah lakukn....
=)

16 Ogos 2010

7 Kalimah Mulia


jom sama2 kita beramal..
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.
bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.
alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.
astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.
insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.
lahaulawalaquataill ahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.
innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.
laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL... :)

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan


4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi


1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!




6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

cube kite sama2 tgk blk....de x sume 2 dlm hidup kita seharian di bln pose ni?...
emmm....sama2 kite renung-renugkan & slmt beramal....

HAWA:Ingin Cantik?? Solatlah!!



Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang mengetahui setiap suruhan dan laranganNya. Adakah anda sebagai seorang wanita pernah terfikir betapa banyak kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam pergerakan solat yang dilakukan setiap hari? Percaya atau tidak setiap gerakan dalam solat telah mendahului kepercayaan orang tua-tua dalam memberi petua turun-temurun kepada generasi yang akan datang?

Mereka menemui bahawa gerakan yang dikenali sebagai senaman dapat mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita. Bahkan dari segi sains, solat dapat mengalirkan aliran darah dengan begitu sempurna. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi persamaan antara pergerakan solat dan pergerakan senaman dari petua orang dahulu kala. Kebesaran dan kebijaksanaan ALLAH perlu dikaji oleh setiap insan kerana ada sebab dan musabab kenapa ALLAH menjadikan begini? kenapa tidak begitu? begitu mengapa tidak begini?

Ada sedikit ilmu yang ana ingin kongsikan bersama setiap insan yang bergelar hawa yang bakal melahirkan pejuang-pejuang islam yang bakal menegakkan AGAMA ISLAM dimuka bumi.

SENAMAN-SENAMAN YANG MENYAMAI PERGERAKAN SOLAT.

1.
Faedah Halus Pandangan:
Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.
Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.

Perasan atau tidak kedudukan itu sama seperti kedudukan kita sewaktu berdiri tegak mengadap ALLAH. Cuma dalam senaman ini kita berada dalam keadaan berbaring. Manakala mata kita sama gerakan seperti memberi salam ke kanan dan kiri dalam solat.

2.
Faedah Angin Tunggal:
Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.
Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.

Keadaan ini sama seperti kedudukan sewaktu kita sujud mengadap ALLAH,ada sebab mengapa sujud yang panjang didalam solat itu lebih baik berbanding dari tergopoh gapah.

3.
Faedah Angin Kembar:
Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita. Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.

Sewaktu mengangkat kedua-dua kaki ke atas keadaan ini pula hampir menyamai kedudukan sewaktu rukuk di dalam solat,kemudian apabila kaki dibengkokkan ke dada itu sama seperti kedudukan kita bangun daripada rukuk dan terus sujud.

Semoga apa yang ana kongsikan ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa pemikiran manusia dan sains sebenarnya telah dikabarkan oleh ALLAH TAALA dalam 'bahasa indahnya' kepada semua manusia. Terpulang kepada manusia samada akal yang ALLAH kurniakan ini digunakan ke arah kebaikan atau keburukan. Wallahu' alam.

p/s :
-
Allah menerangkan di dalam al-quran bahawa manusia sentiasa dihinggapi rasa gelisah, bakhil dan sifat keji yang lain. Solat adalah satu cara untuk menghilangkan sifat-sifat keji ini. Firman Allah SWT yang bermaksud ;
Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiatkan resah gelisah(lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.

(al-Ma'arij 19-23)

kredit kepada iluvislam.com
insyaAllah....
jom akhawat kite same2 try pe yg trkndung dlm artikel ni...
renung2kn & selamat beramal......
=)

09 Ogos 2010

RAMADHAN SIA-SIA TANPA FOKUS



Sepertimana yang telah kita ketahui, bulan Ramadhan ada kelebihannya yang tersendiri yang tidak dapat di dalam bulan-bulan lain disamping tuntutan melaksanakan ibadah berpuasa yang menjadi trademark bulan Ramadhan. Kelebihan yang ada merupakan salah satu daripada banyak-banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita diantaranya, Allah menjadikan setiap bulan-bulan Islam itu ada kelebihan dan ceritanya yang tersendiri. Bagi bulan Ramadhan, ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala berganda. Ianya juga menjadi titik tolak kepada keberjayaan seseorang dalam mencapai pangkat 'muttaqin' sebagaimana yang disebutkan di dalam firman Allah s.w.t :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah, ayat ke-183).

Ya ! Taqwa menjadi kayu ukur kepada pencapaian seseorang itu sebagai hamba Allah. Tanpa taqwa , hidup seribu tahun pun ia tetap tidak berguna. Maka apakah kunci taqwa? Salah satu jawapan yang boleh saya kongsi ialah 'fokus'.

Sebenarnya setiap ibadah yang dilakukan samaada di dalam bulan Ramadhan mahupun diluar bulan Ramadhan perlu kepada fokus. Ibaratnya seperti pertandingan menembak. Mata yang memerhati objek itu tidak boleh hilang fokusnya. Sekiranya si penembak gagal mengawal matanya serta anggotanya supaya sentiasa di dalam keadaan fokus, maka objek yang ditembak pasti tidak mengena. Maknanya di sini, fokus boleh diterjemahkan dengan beberapa maksud. Diantaranya ialah khusyu' dan kata kuncinya ialah sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

"Engkau beribadah seolah-olah engkau melihat Allah, maka sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu."

Di awal surah Al-Mukminun, ada menyatakan bahawa fokus itu merupakan salah satu kunci yang membawa kepada kejayaan.

"Berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' di dalam solatnya."

Jika kita lihat, semasa bulan Ramadhan, antara ibadah-ibadah utama yang dituntut untuk dilaksanakan ialah berterawih, membaca Al-Quran dan bersedekah. Maka, yang dikatakan pahala amalan akan digandakan ketika bulan Ramadhan adalah bergantung kepada kualiti dan kuantitinya. Kalau terawih kuantiti rakaatnya banyak akan tetapi fokusnya sedikit , maka ganjarannya berdasarkan apa yang dilaksanakan. Apatah lagi, kalau tiada fokus lansung, maka ibadah tersebut menjadi sia-sia. Saya kadang-kadang terfikir, apakah matlamat kita sebenarnya? Kalau kita kata, kita inginkan keampunan, maka keampunan itu tidak akan diperolehi tanpa fokus.

Contohnya, fokus kita hilang ketika berpuasa atau ketika menunaikan solat terawih. Kita mengisi waktu puasa kita dengan perkara sia-sia bahkan lebih teruk lagi kita tuliskan di buku catatan amalan puasa kita dengan perkara-perkara dosa. Sedangkan, jika keampunan adalah matlamat kita, maka fokuslah kearahnya. Manakala solat yang tidak khusyuk itu sebenarnya tidak lebih hanya menyakitkan pinggang kita dan melenguhkan sendi-sendi kaki yang menahan bebanan berat badan. Maka solat kita musnah tanpa sebarang kesan akibat tiada fokus atau kekhusyukan.

Mungkin ada diantara kita, pernah melalui situasi ini, maka beristighfarlah. Saya yakin, syaitan pasti menyukainya. Diantara janji syaitan ialah mereka ingin melihat manusia berada di dalam keadaan faqir. Iaitu faqir pahala manakala sebaliknya mereka berjanji untuk menjadikan kita orang yang kaya dengan dosa. Bulan Ramadhan adalah bulan jihad. Orang kata syaitan tidak ada, tapi kita tahu nafsu masih ada dan takkan melepaskan kita kecuali maut telah tiba. Dan disitulah peranan jihadJihad juga memerlukan fokus kerana jihad tidak terjadi andai tiada ujian dan cabaran. Maka, nafsu adalah cabaran utama bagi orang yang berpuasa. Contoh fokus di dalam jihad ialah, tidak membiarkan minda kita dikuasai kehendak nafsu yang mengurangkan atau menghilangkan pahala puasa ketika kita menurut kehendaknya yang tidak pernah puas. Puasa adalah perisai. Maka fokus adalah perlu bagi memperolehi puasa yang bermakna. Kalau hampir 14 jam kita menahan lapar dalam sehari, janganlah dengan sekelip mata di waktu berbuka, kita menjadi gelojoh. Sebaiknya berbukalah dengan cara sederhana supaya fokus kita berterusan tanpa gangguan nafsu yang sentiasa menggoda. Oleh sebab itu perut yang lapar dapat menajamkan fikiran manakala perut yang kenyang adalah sebaliknya.

Pengalaman berbuka puasa di dalam bulan Ramadhan adakalanya tidak membawa erti apa-apa jika tidak bersederhana. Natijahnya apabila tiba waktu menunaikan solat terawih, kita gagal memberi fokus melainkan hanya merelakan anggota digerak-gerakkan penuh paksa. Allah s.w.t berfirman :

"Celakalah bagi orang-orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang lalai di dalam sembahyang mereka." (Surah Al-Ma'uun : ayat ke-4 & 5)

Bagi diri saya, saya menyedari hal ini kerana adakalanya atau sering saja kita hilang fokus ketika bersolat begitu juga keadaannya ketika berpuasa. Sebenarnya tulisan ini, adalah untuk kita bersama lebih-lebih lagi diri saya. Maka, istighfar dan taubatlah sebagai jalan penghapus dosa. Iaitu dosa di atas fokus yang hilang dan dosa maksiat yang telah dilakukan. Ingatlah bahawa bulan Ramadhan juga adalah bulan taubat dan pengampunan.

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari, no. 1901; Muslim, no. 760).


Maka, fokus menjadi aset menuju taqwa. Ramadhan yang dilalui akan menjadi sia-sia tanpa fokus. Bersama jadikan madrasah Ramadhan sebagai momentum perubahan.


SUMBER : ILUVISLAM

RAMADHAN KARIM...



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK....
moga ramadhan kali ini lebih memberikan makna kepada kita :)
insyaAllah

02 Ogos 2010

CINTA.....


Cinta Aku Pada Si Dia


Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…