Ashraf Tak Boleh Jadi Aleesha - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

19 July 2011

Ashraf Tak Boleh Jadi Aleesha

haip . Assalamualaikum :)
pagi2 gini bace la newspaper,Metro. Tetibe terbace la pasal si Ashraf yang nak bertukar jadi Aleesha tu. Heboh la kat tv ari tu. Da elok2 dilahirkan sebagai seorang lelaki, nak pulak tuko jadik pompuan. ish3. dunia....dunia... 

ehsan myMetro

Seperti yang dikatakan oleh Metro tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan penukaran nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz. ish3 . Name laki da sedap,nak tuko pulak name pompuan gara-gara dah menjalani pembedahan tukar jantina. ish3 . Tak patut. Kat bawah ni news pasal lelaki tersebut yang dipetik 100 % daripada myMetro, online punye.




Jantina ditentu ketika lahir




KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”


Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.


Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.


“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.






Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda