Mencintai = Belajar - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

19 August 2011

Mencintai = Belajar

Cinta adalah melihat apa yang baik dan indah dalam segala sesuatu;
Mencintai adalah belajar dari segala sesuatu;
Mencintai adalah melihat anugerah yang wajar dipelihara;
Mencintai adalah kemurahan hati dan mensyukuri segala Rahmat ALLAH;
Penting bagimu untuk memiliki perasaan cinta dalam hatimu;
Dalam bentuk dan wujud apapun, penting pula bagimu untuk dicintai.


Lebih mudah mencintai daripada dicintai,
Jika kau mencinta…..
Kau pasti akan menemui….
Suatu hari nanti


Cerita untuk kita:


Pada suatu ketika, seorang Arab Badwi keluar rumah pada malam hari. Tiba-tiba ia melihat seorang budak perempuan yang cantik. Maka budak itupun dirayunya. Namun, budak perempuan itu menjawab: “Apakah kamu tidak punya kendali Akal, atau Agamamu tidak punya Pemberi Nasihat untukmu?” Si Badwi berkata: “Demi ALLAH, tidak ada yang melihat kita selain bintang-bintang di langit.” Maka si budak pun berkata kepadanya: “Celaka kamu! Lantas di mana PENCIPTA bintang-bintang itu?” Perkataan budak perempuan itu membuat si Badwi terbungkam. Maka, ia pun lalu berkata: “Aku hanya main-main saja.”




Pesanan sahabat sejati:


· “Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.”


· “Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri.”


· “Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka.”


· “Ingatlah wahai saudara Islamku sekelian, tenanglah kamu dalam menghadapi perjalanan hidup ini. Sepanjang usiaku yang semakin tua, semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati. Ku tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit.”


· “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki, hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lalu di depanku, aku menghormatinya. Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran.”


· “Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim.”


· “Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang tersesat. Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi petunjuk.”


· “Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini. Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu.”


· “Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya.”


· “Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya. Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap.”


· “Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan kesetiaan. Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit.”


· “Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati janji. Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia. Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini.”


[ Imam al-Ghazali ]






PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.


· Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.


· Mencari sahabat pada waktu susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?" Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


· Pasang surut persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang Takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.


· Sukarnya mencari sahabat sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.


· Sahabat sejati pada waktu susah
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.


· Rosaknya keperibadian seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.
Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.


· Menghormati orang lain
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


· Menghadapi musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.


· Tipu daya manusia
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.


· Tempat menggantungkan harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk ALLAH. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.


· Menjaga nama baik
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.


[ Imam as-Syafiee ]






Sesungguhnya, ALLAH berkehendak kebaikan terhadap hamba-NYA maka dijadikan dosa-dosa terbayang di ruang mata..




BONUS


Pertanyaan Abu Zar r.a kepada Rasulullah saw:


“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang ikhlas. Apa dia itu? Jawab Baginda: Aku tanya dahulu kepada Jibril; Maka Baginda menanyakan tentang ini kepada Jibril. Jawapan Jibril: Aku tanya dahulu kepada Mikail; Ditanyai hal itu oleh Jibril kepada Mikail; Maka jawab Mikail: Aku tanya dahulu kepada Robbul’Izzah; Maka ditanyalah apa itu Ikhlas kepada ALLAH azzawajalla.


Firman-NYA bermaksud: ‘Ikhlas itu adalah suatu rahsia daripada rahsia-rahsia-KU. AKU letakkan ia dihatinya orang yang AKU kehendaki daripada hamba-hamba-KU.’”


“Dunia ini adalah negeri yang benar bagi mereka yang bersikap benar terhadapnya, negeri yang sihat bagi mereka yang memahaminya, negeri yang kaya bagi mereka yang berbekal diri darinya, negeri nasihat bagi mereka yang mahu mengambil nasihat darinya, masjid para kekasih ALLAH dan tempat shalat para malaikat-NYA, tempat turunnya wahyu, tempat berlabuh para wali ALLAH, di mana mereka mencari Rahmat ALLAH di dalamnya dan beruntung memperoleh Syurga di dalamnya.”


“Sesungguhnya kaum menyembah ALLAH kerana mengharap pahala, maka itu adalah ibadahnya pedagang. Mereka yang menyembah ALLAH kerana takut, maka itu adalah ibadahnya para budak. Dan mereka yang menyembah ALLAH kerana ingin menyatakan syukur, itu adalah ibadahnya orang merdeka dan itu adalah sebaik-baik ibadah.”


“Ada sementara orang yang dalam bersembah sujud kepada ALLAH azzawajalla disertai suatu keinginan. Ibadah demikian adalah ibadahnya pedagang. Ada pula sementara orang yang bersembah sujud kepada ALLAH azzawajalla kerana takut, ibadah demikian itu adalah ibadahnya budak belian. Ada lagi, sementara orang yang bersembah sujud kepada ALLAH azzawajalla kerana bersyukur. Ibadah itu adalah ibadahnya manusia merdeka.”


“Sungguh aku tidak suka, jika aku menyembah ALLAH dengan tujuan sekadar memperoleh pahala-NYA. Jika begitu, aku adalah seperti seorang budak yang taat kerana ganjaran. Jika ia ingin memperoleh upah, maka ia bekerja; Tapi jika tidak ingin…, ia tidak bekerja. Aku juga tidak suka jika aku menyembah ALLAH kerana takut akan siksa-NYA. Kalau begitu, aku adalah seperti seorang budak yang jelek. Manakala ia tidak merasa takut, ia tidak bekerja. Sesungguhnya aku menyembah ALLAH kerana DIA berhak disembah kerana segala pertolongan-NYA (petunjuk dan hidayat) dan segala nikmat-NYA kepadaku.”


“ALLAH azzawajalla tidak merubah ilmu yang kita miliki menjadi kebodohan dan tidak pula merubah keyakinan kita menjadi kebimbangan. Sesuatu itu adalah keduniaan yang diserahkan kepada kita kerananya kita dapat memutuskan sekehendak kita. Kalau kita hendak membahagikannya, bagilah secara adil. Kalau kita hendak menggunakannya sendiri, sesuatu itu akan lenyap. Jika kita biarkan sesuatu itu seperti keadaannya sekarang ini, maka kemudian hari sesuatu itu akan dimiliki oleh orang yang tidak berhak.”




‘Hiduplah sesukamu,


sungguh bagaimanapun engkau pasti mati;


Cintailah apa sahaja sesukamu,


sungguh bagaimanapun engkau akan berpisah dengannya itu;


Berbuatlah sesukamu,


sungguh bagaimanapun engkau akan mendapat balasan.’

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda