29 September 2011

Best ke Windows 8 ???

Best ke Windows 8 ???


Dua minggu lalu, Microsoft melancarkan Developer Preview untuk Windows 8 di persidangan pemaju BUILD. Sebagaimana namanya, Developer Preview ialah untuk pemaju-pemaju untuk mendapat tahu persekitaran dan struktur Windows 8 dan membina aplikasi dan perisian untuk sistem operasi (OS) Microsoft berikutnya.

Jadi, apa yang baru dalam Windows 8?

1. Metro User Interface (UI)
Secara teknikal, ini bukanlah sesuatu yang baru kerana Metro UI mula-mula diperkenalkan dalam Windows Phone 7. Ramai orang yang sangat menyukainya, pemaju-pemaju memutuskan melaksanakannya dalam Windows 8. Tambahan juga, Microsoft menyasarkan untuk satu OS untuk semua yang bermaksud Windows 8 akan dapat beroperasi pada komputer peribadi (PC) dan komputer tablet.

Pada skrin Start yang menggunakan Metro UI, Microsoft telah menyediakan semua live apps seperti Weather, Tweet@rama dan Sudoku. Anda boleh buat mengubah tiles (menukar saiz, mengatur semula dan menambah) malah buang apps dengan satu klik kanan. Metro UI benar-benar kelihatan cantik dan kemas dengan tiles disusun dengan rapi pada satu skrin mengufuk. Tetapi saya tidak faham mengapa Microsoft menggunakan Metro UI untuk menggantikan Start Menu.


Ya, tiada lagi Windows Start Menu klasik. Bila anda menekan kunci Windows pada papan kekunci anda, Metro UI akan muncul. Bila anda menggerakkan penunjuk tetikus pada sudut bawah kiri (di mana butang Start berada), satu menu Start yang telah dikurangkan dengan empat pilihan akan muncul - Search, Share, Devices dan Settings.


Mana butang shut down?

Ia terletak di bawah Settings. Jadi, setiap kali anda mahu menutup PC anda, daripada dua klik pada Windows 7, anda perlu menggerakkan kursor anda dengan tepat ke sudut bawah kiri skrin (yang semoga akan membuka Start Menu), klik Settings kemudian Power dan akhirnya Shut down. Mengapa susah sangat nak tutup Windows 8, Microsoft? Saya rasa pelancaran peluru berpandu nuklear Korea Utara tidak sesusah ini.


Tetapi sakit kepala anda akan berterusan apabila anda mahu mencari program Windows (Paint, Notepad, Disk Defragmenter dan lain-lain.). Memandangkan Start Menu baru telah membuang senarai All Programs, anda perlu mencari aplikasi dan perisian pada PC anda. Kesemua aplikasi dan program-program anda boleh didapati pada PC anda di Search>Apps. Dicadangkan kesemua aplikasi anda yang kerap digunakan diletakkan pada skrin Start (ia akan menjimatkan anda banyak masa). Tiada masalah mencari program yang baru dipasang kerana ia secara automatik akan muncul pada skrin Start.



2. Ribbon UI

Mula-mula diperkenalkan dalam Office 2007, Microsoft telah memutuskan untuk menyepadukan Ribbon UI ke dalam Windows Explorer. Satu langkah yang baik kerana Ribbon UI membuat perubahan seting dan ciri-ciri kelihatan mudah dan terancang. Sesetengah orang tidak sukanya kerana ia mengambil sedikit ruang pada skrin atas anda. Tetapi anda boleh meminimumkan dan melihatnya apabila perlu.



3. Picture password

Ini adalah mungkin jalan paling hebat untuk memastikan keselamatan PC anda dan tablet. Saya pasti semua orang biasa dengan gerakan swipe untuk membuka srkin kunci alat anda. Pada Windows 8, pemaju-pemaju telah pergi selangkah seterusnya dengan Picture password. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih sebarang gambar kesukaan anda dan wujudkan satu kombinasi gerakan tap, garis lurus atau bulatan. Anda boleh menggabungkan sehingga tiga gerakan dengan sebarang saiz dan panjang gerakan.



4. Refresh & Reset

Pengguna telefon bimbit mungkin mendapati ciri-ciri ini sama seperti soft reset dan hard reset. Jika anda membuat Refresh pada Windows 8, anda boleh muat semula Windows tanpa menghilangkan fail peribadi anda. Ini ialah sebagaimana system restore pada Windows sebelumnya. Jika anda mahu memulihkan Windows kembali pada keadaan asalnya, anda boleh lakukan Reset. Tetapi berhati-hati, ini akan menghilangkan kesemua fail-fail anda.

Jika anda tertanya-tanya apa agaknya keperluan peralatan untuk menggunakan Windows 8, anda tidak perlu bimbang. Jika PC anda dapat beroperasi dengan Windows 7, maka tidak ada masalah menggunakan Windows 8. Ia serasi dengan mana-mana perisian dan permainan video Windows 7. Jika difikirkan, Windows 8 kelihatan hampir serupa dengan Windows 7 (selain Metro UI, sudah tentu).

Sila ingat, Windows 8 masih dalam peringkat pembangunan awalnya. Ia belum peringkat Beta lagi. Jadi, jika anda berasa berani dan mahu mencuba Windows 8, saya mencadangkan anda buat satu install bersih pada satu partition baru dan tidak upgrade dari Windows anda sekarang. Semoga Microsoft akan menyelesaikan isu menu Start. Saya tidak kisah menggunakan Start Menu klasik, selagi kesemua program saya boleh didapati dengan mudah.


*artikel ini adalah review seorang editor teknologi, Syah Ismail

27 September 2011

iPad 3: What could Apple be planning?

Now that the iPad 2 has shown its goods, what could Apple be planning for its successor?

As soon as the first credible iPad 2 rumors started pouring in, many of the trusted anonymous sources began to report conflicting information. Some said the iPad 2 would get a redesign, while some argued the insides would be all that would see a change. Some were positive that a higher-resolution screen was on its way, and others said "nay." Shortly thereafter, a consensus began to take shape that not one, but two new iPads were in the works, and it was just a matter of deciphering which features we'd see on the iPad 2 and which additions were being saved for the inevitable iPad 3.

Now that Apple has revealed nearly everything regarding the iPad 2, the picture of what may be in store for the iPad 3 begins to clear up. Let's take a look at what Apple may have kept up its sleeve for its next next iPad.

Higher-resolution screen
Out of all the rumors swirling around the iPad family, screen resolution is by far the biggest that has yet to be addressed. Bumping up the resolution of the next iPad's display would be in line with the upgrade from the iPhone 3GS's 320 by 480 screen to the iPhone 4's 640 by 960 "Retina" display.

The simplest route that Apple could take would be to double the resolution of the 1024 by 768-pixel display on the iPad and iPad 2 to 2048 by 1536. This would achieve a pixel density of 270 pixels per inch (PPI), just a bit shy of the iPhone 4's display which boasts 330 PPI, and would ease the burden on app developers who wouldn't need to modify older apps to work on a new tablet.

Flash for one or both of the cameras
Again, falling in line with the design philosophy of the iPhone, it wouldn't be crazy to see Apple stick an LED flash on the rear camera like the iPhone 4 already sports.

FaceTime is a huge push for Apple right now and is likely to be in the future, so tossing a low-power light on the front-facing camera would solve the problem of making FaceTime calls at night or in a dark room.

SD Card slot
The rumor of an SD card slot coming to the iPad 2 was championed by a small number of sources, and seemed to be supported by early iPad 2 prototype cases. Those rubber iPad 2 enclosures appeared to sport SD card-sized holes, but were later revealed to be the slots that the SIM cards from a wireless carrier like AT&T use to connect a device to their network.

No further evidence has come to light to suggest removable storage options are in the works for a future iPad, and such a move would fly in the face of every mobile device that Apple has introduced in recent memory. The bottom line is this is one of the least likely features you'll see on the iPad 3.

Redesign
The iPad 2 cut both the physical size and weight of Apple's tablet considerably. Apple did this while still bumping up specs such as processing power, and was able to keep the all-important battery life at the same level as the original model.

A further redesign for the next iPad wouldn't necessarily be out of the question, but we're more likely to see subtle changes rather than another completely new enclosure. Apple has been a big proponent of aluminum unibody cases for many of their products such as the MacBook Pro and both iPads, so that trend is unlikely to change.


p/s: is waiting for iPad come to see me. huhuhu


25 September 2011

Jom Belajo Loghat Perak #1

Assalamualaikum .
Hari ni jom kite belajo lohgat perak. Loghat ni mempunyai keunikan yang tersendiri. Sesetengah perkataan ,teman sendiri pun tak tau maksudnye, yang mengetahuinye orang2 yang lame je.hehe. Kalau kome datang ke Perak nanti, boleh la belajo2 cakap pakai loghat Perak yek. menarik tau. hehe.

Nak dengo loghat Perak? Tengok cite ni kat bawah ni . hehe

pebret muvi ni.

Ni teman kongsi serba sedikit loghat perak yang teman selalu cakap hari2. Dalam bahagian pertame ni, moh kite belajo kate ganti name diri dalam loghat Perak .

Kata ganti nama diri:
Awok/Teman = saya
Mike = awak
Kamu=awak
Mengkema = engkau orang(ramai)
Kome = engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua
Kume = kami
Keme = saya (baca dengan e tanda diatas)
Yob/yeop = bagi memanggil lelaki yg kita tak tau namanya 
Yong = bagi memanggil permpuan yg kita tak tau nama nya.
· Kedua dua gelaran ini (yop & yong) juga digunakan didalam keluarga.
Pah/opah = nenek
Tok = datuk
Enda = panggilan ibu yang biasa dipanggil oleh anak2 sadah di perak.....tak semua
Tok enda = panggilan nenek 


Kome try yer bercakap menggunakan loghat Perak ni. hehe.
Bersambung dalam entri akan datang (bahagian kedua)

p/s : praktis cakap loghat ni bersama haiwan peliharaan anda. InsyaAllah boleh. (:

23 September 2011

Moh Mamam Coklat !

meleleh air liur tak???


Coklat cegah sakit kronik 

Sape yang tak suke makan coklat? 
Rasa manis dan lazat yang dimilikinya membuatkan individu tak dapat menahan godaannya. Tidak hanya memiliki rasa enak yang menggoda, coklat jugak memiliki khasiat kesihatan.

Sering dijadikan ramuan di dalam kek, muffin dan biskut, coklat dikenalpasti oleh para penyelidik dari University of Chicago, Amerika Syarikat sebagai penawar kronik. Ketua penyelidik, Dr. Peggy Mason, menjelaskan keupyaan coklat merangsang sistem otak yang mengawal bahagian bawah sedar individu dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami individu.

Kandungan flovanols dan flovanoids yang terdapat di dalamnya membuatkan coklat mampu mencegah penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi serta jantung. Kaya antiokdisan menjadikan coklat ampuh dalam menurunkan kolestrol dan mengurangkan kerosakan pada pembuluh darah hati.
Kehebatan coklat juga dapat mengubati dan mencegah batuk, kanser, penggumpalan darah, stress dan diabetes. 

p/s : hadiahkan saye coklat juge kalau anda nak sihat sepanjang mase...amal jariah semase idup. peace.hehe

22 September 2011

Korek, Ramas Mata

Korek, Ramas Mata
IPOH: Satu jari tangan kanannya digigit hingga putus, manakala kedua-dua biji matanya dikorek sebelum digenggam sekuat hati hingga hancur.

Itulah nasib menimpa seorang wanita, Kong Ooi Koon, 33, yang dibelasah hingga mati selepas terbabit dalam satu pergaduhan dengan seorang pesakit lain di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) di Tanjung Rambutan, dekat sini, Ahad lalu.

Ibu saudara mangsa, Kong Swee Ying, 40, berkata, mereka mungkin tidak mengetahui tahap kecederaan yang dialami anak ketiga daripada lima beradik itu tanpa campur tangan pihak ketiga.

“Kami mungkin tidak berpeluang melihat kecederaan sebenar dialaminya ketika mahu membuat pengecaman di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pagi Ahad lalu.

“Selepas tempoh masa melihat mayat dilanjutkan, baru kami melihat dengan jelas kesan kecederaan dialami pada bahagian kepala, muka, badan dan tangan kanan,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tutorial Letak Ayat di Bawah Post/Entri

Ayat kat bawah setiap post tu camni :






1. Login blogger.com > Dashboard > Design > Edit HTML.

2. Tick 'expand widget template'.

3. Cari kod ni <data:post.body/> (tekan CTRL + F untuk cari kod tu)

4. Kalau da jumpe, copy kod kat bawah ni dan paste kat bawah kod yang korang da cari tadi.

<hr/><center>AYAT YANG KORANG NAK LETAK</center><hr/>


5. Preview dulu, kalau da puas ati save.

20 September 2011

Tutorial Cara Letak Like Box Facebook di Blog

Assalamualaikum .
Kali ni saye nak share tutorial cara letak like box FB di blog memasing. Salah seorang pembace blog ni nak tau camne cara2 nak letak 'like box' pada blog seperti yang ada pada sidebar di blog ni.


Step 1

  • Pertama sekali, korang mesti ade page (fan page) blog memasing kat FB. 
  • Kalau belum ade, korang kene create dulu. Klik link kat ni fan page blog Bingkisan Hati (kalo suke klik like, takde paksaan). Pastu scroll sampai bawah dan akan jumpe ni (footer FB). 
  • Then, klik 'create a page' kat footer tu.





Step 2

  • Pilih 'Artist, Band or Public Figure' dan isikan soalan yang diberikan. Pastu, klik 'get started' .
  • Then, upload profile picture untuk fan page korang. Seterusnya, 'get fans' dan 'basic info'. 
  • Edit maklumat page korang dan fan page blog korang da ciap... 
  • kat fan page tu, scroll bawah sikit sampai jumpe no.5, seperti kat bawah ni :





  • pastu akan keluar camni




STEP 3
  • Pada kotak Facebook Page URL, isikan dengan URL fanpage korang. Untuk dapatkan URL tu, buka fanpage yang korang da buat tadi dan amik URL (highlighted)  *seperti dalam gambar bawah ni*



  • Apabila URL yang sebenar dimasukkan. Korang punya fan page facebook akan bertukar nama kepada nama fan page blog korang. 
  • width, color scheme, show faces, border color, stream dan header, sila adjust mengikut kesukaan korang.

“width”=lebar box fan page

“color sheme”=warna box fan page

“show faces”=akan memaparkan jumlah pemilik fb yang like di depan box fan page

“show stream”= nak tunjukkan aktiviti latest dalam fan page atau tidak.

“show header”=nak tunjukkan header “Find us on facebook” atau tidak.

  • Segala apa yang korang adjust akan di preview di kotak sebelah tu.
  • Sila klik “Get Code“, kalau da puas hati.



Step 4
Code akan keluar (seperti dalam gambar) apabila 'Get Code' diklik.



  • Anak panah yang berwarna biru tu, pilih 'iframe'.
  • Pastu korang pergi pada blogger dashboard>design>page element>add a gadget> HTML/Javascript ,copy code didalam ruangan tu.
  • Save dan preview blog.


* klik gambo untuk tumbesaran berganda-ganda.
* kalau ade sebarang masalh sila tanye yek, di bahagian FB Comment Box bawah entri ni. :)
Selamat mencuba ye.

Entri untuk Follower ke-200

Assalamualaikum . . .
Tq manyak2 sudi jengup dan membace di blog tak seberape ni. Alhamdulillah, follower blog ni da menjangkau ke angka 200.

Ni adalah follower Bingkisan Hati yang ke-200.

mama afifi

header belog mama afifi

untuk mama afifi


syukran sume pembace, sudi jadik follower saye n support saye dalam industri blogging ni (ayat cam artis jek) .ehe. mmmuuahhh

Assalamualaikum. peace.

19 September 2011

M.A.A.F

M.A.A.F
19/9/2011
1:32PM

Di dalam Al-quran, terdapat begitu banyak ayat-ayat tentang sifat yang mulia ini. Antaranya ialah;

Mendapat keampunan daripada Allah SWT.
وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْ‌ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ

"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)

Mendapat redha Allah SWT.
فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ

"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah(atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim". (Asy-Syura [42] : 40)

         خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh (jahil atau tidak mengetahui)
(Surah Al-A'raf 7: Ayat 199)


Entri ini special untuk kome , classmates ASD6Ay sesi Jun'11-Okt'11 . 
Di kesempatan ini, tuan empunye diri ini, MAISARAH BINTI SIDI, ingin memohon infiniti kemaafan andai terdapat khilaf sepanjang perkenalan kite start dari part 1 sampai le part 6. Sedo x sedo, da abis diploma yek. Uhibbukum fillah.



15 September 2011

SELESAI

SELESAI
15/9/2011
4:23pm

Assalamualaikum . . .

Da lame rasenye tak hapdet blog ni. Rindu ... Al-maklum la . . sebelum ni bz dengan report LI, sekarang ni tak lagi :)

13/9/2011, cukup sudah 3 bulan menjadi industrial trainee kat AMREC, SIRIM BHD.
Hari ni, 15/9/2011, presentation dan penyerahan laporan latihan industri. Ngeto juge lutut sebelum mula tadi. Alhamdulillah, semuanya da selesai.

Ok la..nak rehat2. penat . . .
:)
Assalamualaikum . peace

12 September 2011

Tangguh laksana caj 6 peratus !!!!!!!!!

Tangguh laksana caj 6 peratus !!!!!!!!!
Syarikat telekomunikasi tangguh laksana caj 6 peratus telefon prabayar


KUALA LUMPUR -- Syarikat-syarikat telekomunikasi hari ini bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.

"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile Dr Kaizad Heerjee.

Rais berkata penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan.

"Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik bagi pengenaan cukai perkhidmatan dilaksanakan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya," katanya.

Menurutnya semua perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa kepada mesyuarat kabinet akan datang.
Sehubungan itu, beliau berharap isu cukai perkhidmatan itu tidak dibangkitkan lagi kerana syarikat telekomunikasi berkenaan sudah menangguhkan pelaksanaan caj itu.

Rais berkata bagi menghargai syarikat telekomunikasi yang membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini, beliau akan menyarankan agar kerajaan memberikan penghargaan atas sumbangan tersebut. -- BERNAMA

11 September 2011

WAH !

haiiiiiiiiii. . . .nga wat keje.



Assalamualaikum. . . ek? ape kene tajuk nye camtu? mengagumi sesuatu? ..

Oh ,bukan tu sebenonye. Yang sebenonye saye sedang terkejut macam beruk memandangkan viva (presentation LI) semakin menghampiri. Next week je kome wei, 15/9/2011 bersamaan hari khamis. Sekarang ni sedang bz menyiapkan report dan slide presentation. Disebabkan tu jugak, saye jarang meng'hapdet' blog ni.

Setakat ni je dulu, kang tak siap pulak report tu...huhu..naye teman. Doakan saye dan kengkawan yang lain juge :)
Assalamualaikum.

09 September 2011

Sains rungkai alam mistik

Sains rungkai alam mistik
UNSUR tahyul atau bantuan dari alam ghaib sering menjadi kisah penceritaan menarik di kalangan masyarakat Asia yang majoritinya masih berpegang kepada kepercayaan itu.
Namun, benarkah keajaiban itu boleh berlaku dalam hidup seseorang terutama pada zaman moden ini atau ada penjelasan logik di sebaliknya?

Isu membabitkan alam mistik dan kecanggihan sains sering bercanggah apabila diperdebatkan. Justeru, dua sahabat - Dr Indre Viskontas dan Randall Sullivan - nekad menyingkap kisah misteri yang menentang aspek logika yang diperoleh hasil penjelajahan ke seluruh Amerika Syarikat.

Sullivan lebih berpegang kepada kepercayaan mistik terutama selepas mengalami detik yang sukar ditafsirkan tatkala bertugas sebagai wartawan perang di Bosnia.

Dr Indre, saintis berkelulusan PhD dalam kognitif sainsneuro di UCLA pula menyelami elemen ghaib ini dengan titik pandangan skeptikal dan berasa apa yang berlaku ada penjelasan saintifik.

Menerusi siri baru Discovery Channel, Miracle Detectives, Dr Indre dan Sullivan melawat tapak kejadian dan menyelidik cerita pelik. Antaranya, ada lelaki yang mendakwa mempunyai visi pandangan seperti imbasan sinaran-X serta mampu mendiagnosis penyakit serta sepasang suami isteri yang percaya anak lelaki mereka yang masih kecil adalah jelmaan semula juruterbang Perang Dunia Kedua.

Miracle Detectives menemui penonton di saluran Astro 551 pada setiap Rabu jam 10 malam manakala ulangannya pada setiap Khamis (9 pagi dan 3 petang) serta Ahad (12 tengah malam).

Wartawan, Nor Faizah Mohamed (faizah@hmetro.com.my) berpeluang berbual panjang bersama Dr Indre ketika mempromosikan Miracle Detectives, baru-baru ini.

SOALAN (S): Isu yang membabitkan aspek mistik dan ketuhanan sentiasa menjadi perbahasan yang membawa kepada kontroversi, juga spekulasi. Tidak semua masyarakat boleh menerima konsep sains dalam aspek ini. Bagaimana anda menanganinya?
DR INDRE VISKONTAS (IV): Banyak perkara lain dalam hidup yang kekal misteri walaupun kita cuba bermacam-macam cara untuk merungkaikannya.

Ada beberapa elemen dalam hidup saya yang didapati ajaib atau misteri. Tapi itu tidak bermakna ia bukti kepada kewujudan kuasa ajaib atau perkara paranormal. Jadi, saya berpegang kepada prinsip itu ketika melakukan kajian misalnya Tuhan menghantar mesej menerusi gambarajah malaikat kepada seseorang yang pasti ada penjelasan konkrit untuk saya kaji.

Bagaimanapun, saya tidak mengatakan seseorang itu tidak boleh membuat andaian masing-masing kerana ia bergantung kepada pandangan serta tempoh ia berlaku. Ramai antara kita percaya Tuhan bekerja dengan cara penuh misteri.

Jadi, walaupun kita mempunyai sedikit penjelasan terhadap setiap aspek fizikal mengenai apa yang berlaku, hakikatnya ia mungkin petunjuk bagi sesetengah orang. Hidup kita sentiasa dipenuhi saat sukar dan menggembirakan.

Sepanjang mengharungi hidup ini, kita mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah yang berlaku dan manusia lazimnya meraih kekuatan mental dengan mempercayai kuasa luar biasa ini apabila menghadapi kesukaran dalam hidup.

S: Kebanyakan masyarakat Asia masih berpegang kuat kepada kepercayaan purba dan ritual misteri. Adakah anda rasa siri Miracle Detectives ini boleh memberi manfaat kepada komuniti di benua ini?

IV: Sudah tentu! Lagipun saya teruja apabila siri ini disiarkan di Asia kerana saya rasa masyarakat Asia pasti tertarik dengan kisah misteri yang dipaparkan.

Walaupun saya pasti mereka tidak akan bersetuju dengan pandangan saya, dalam beberapa cara ia mampu menjadikan kisah ini lebih menarik jika dilihat dari sudut pandangan berbeza.

Saya terima banyak maklum balas daripada penonton dan sebahagiannya tidak berkongsi kepercayaan dengan saya. Ramai yang benar-benar percaya dengan teori Sullivan, tapi pada masa sama, mereka turut mengatakan perspektif saya berjaya membuatkan mereka melihat satu-satu perkara itu dengan cara berbeza.

Sebagai manusia, kita berterusan tertarik untuk mempelajari perkara baru dan memperoleh maklumat terkini. Disebabkan itu apabila kita bosan, ia akan memberikan kesan tidak selesa pada diri. Atas faktor itulah kami sentiasa memeriksa e-mel dan menyertai banyak laman sesawang sosial di Internet untuk mencari maklumat baru.

Jadi dalam kes ini, topik yang kami kemukakan adalah konsep baru untuk penonton Asia. Kisah yang dipaparkan juga semuanya positif sebenarnya kerana hidup mereka yang mengalami perkara mistik ini berubah menjadi lebih baik.

Kami gembira dapat menceritakan semula kisah itu dalam konsep berbeza dan tidak banyak program di televisyen yang benar-benar memberi fokus kepada aspek positif dalam penceritaannya.

S: Salah satu kes paling menarik pastinya berkaitan dengan rakan anda, Sullivan. Ketika bertugas di Sarajevo, dia mendapati dikelilingi biarawati yang memintanya berdoa bersama-sama mereka. Apabila Sullivan membuka matanya selepas berdoa, tiada seorang pun biarawati yang kelihatan di lokasi terbabit.Apa pendapat anda mengenai situasi itu? Adakah anda berdua membincangkannya sepanjang program ini?

IV: Kami tidak berpeluang membincangkannya di depan kamera, tapi kami berharap dapat melakukannya dalam episod akan datang apabila kami dapat ke Bosnia dan melihat lokasi itu.

Tapi, kami banyak membincangkannya di luar kamera. Menariknya, bagaimana seseorang seperti Randall Sullivan yang mulanya tidak percaya dengan perkara misteri, terus mengubah perspektif pandangannya selepas berdepan pengalaman itu.

Lalu pengalamannya itu dijadikan panduan ketika kami mengkaji kisah dalam program ini dan saya merasakan perspektifnya benar-benar unik. Secara peribadi, adakah saya mempercayai kisah ini? Saya tidak berminat untuk mengeluarkan pendapat sehingga saya berpeluang untuk menyiasatnya secara mendalam.

S: Banyak momen menarik dirakam sepanjang anda dan Sullivan terbabit dalam siri ini. Bagaimana anda berdua memilih atau menentukan bahagian yang penting untuk dipertontonkan di televisyen dalam tempoh yang singkat?

IV: Itu salah satu cabaran sepanjang rakaman program ini kerana setiap aspek amat kompleks tetapi perlu diceritakan kepada penonton. Kami sering mulakan proses pemilihan rakaman dengan subjek yang menceritakan pengalaman mereka.

Selepas mengetahui apa yang berlaku, saya dan Sullivan melakukan penyelidikan secara berasingan bagi menjimatkan masa. Sullivan lebih mengikut gerak hatinya dan berbincang dengan ahli teologi atau sesiapa yang lebih berminat dengan elemen paranormal.

Saya pula mengadakan eksperimen saintifik atau berbincang dengan pakar dalam bidang terbabit. Contohnya, jika seseorang terbabit dalam kemalangan, saya berbincang dengan doktor mereka atau doktor lain yang tahu mengenai perkara itu atau bertemu jurutera yang boleh membantu saya mencipta semula kemalangan itu.

Cara itu membolehkan kami mengumpul seberapa banyak maklumat dan membincangkannya ketika bertemu semula.

S: Anda boleh dikatakan kuat bekerja dan berfikir tanpa henti bagi mendapatkan jawapan kepada kisah itu. Jadi, boleh ceritakan sedikit mengenai diri anda sebagai Indre dan bukannya Dr Indre?

IV:
Saya tinggal di San Francisco bersama suami dan kami tinggal berjauhan daripada ahli keluarga yang lain. Jadi, kami berusaha keras membina hubungan komuniti dan persahabatan di sekitar kediaman kami.

Disebabkan saya banyak keluar negeri atas dasar tugas, saya dan suami lebih suka habiskan masa di bandar berhampiran apabila tidak bekerja dan menikmati segala yang ditawarkan San Francisco.

Banyak masa terluang saya juga dihabiskan dengan menyanyi dan mengadakan persembahan di pentas opera. Saya sukakan muzik dan kisah menarik di sebalik pementasan opera. Kesimpulannya, kebanyakan masa saya dihabiskan kerana kerja atau bersama suami dan teman rapat.

p/s : jangan bio kan idup kome diselubungi misteri . . .   (:

06 September 2011

10 of Today’s Hottest Jobs

10 of Today’s Hottest Jobs

Believe it or not, even with the unemployment rate stubbornly high and many industries reluctant to staff up, there are employers out there who still can't find enough qualified applicants. Some are offering six-figure salaries to the right job seekers. The trick, of course, is unearthing these hidden opportunities.
We started by asking CareerBuilder to mine its vast employment database to identify promising occupations that are experiencing an under-supply of qualified applicants relative to the number of available jobs. The resulting ratio is a good indicator of hiring demand -- the lower the ratio, the greater the need for applicants. A ratio of 10.0, for example, means there are ten job seekers for every open position. A ratio of 0.5 means there are two open positions for every job seeker.
We also took a hard look at pay and growth prospects, based on U.S. Bureau of Labor Statistics data. Annual salary ranges reflect the rates in the 25th and 75th percentiles. Ten-year growth projections are based on BLS's expected change in the number of positions between 2008 and 2018. Finally, we filtered our choices to represent a range of industries and educational requirements. Check out our list of ten of today's hottest jobs.
1. Nurse Practitioner
Hiring demand: 0.25 active job seekers for every open position
Annual salary range: $52,980-$79,020
10-year growth projection: 22%
Job description: A picture of health. The first baby-boomers are reaching retirement age at a time when there's a shortage of primary-care physicians. Nurses are needed to close the gap. They perform many duties, from medical histories to disease management, previously handled by doctors. While hospitals are the largest employers of nurses, the fastest growth -- and best pay -- can be found in physicians' offices. At minimum, you'll need to complete a formal training program. Some nursing positions call for an associate's, bachelor's or even master's degree.
2. E-Mail Marketer
Hiring demand: 0.65 active job seekers for every open position
Annual salary range: $43,840-$84,430
10-year growth projection: 28%
Job description: Spam I am. The fragmenting of the information market makes it harder and harder to get the attention of consumers. Just as a fisherman has better luck if the bait ends up where the fish are, more companies are turning to targeted e-mail efforts to get the right message to the right audience. Technical and quantitative skills are a plus to manage large distribution lists and analyze reports on the success or failure of electronic campaigns. A bachelor's degree typically is expected of job applicants.
3. Network Security Engineer
Hiring demand: 1.07 active job seekers for every open position
Annual salary range: $57,240-$97,660
10-year growth projection: 30%
Job description: Climbing a firewall of worry. The Internet has made information more accessible, but it has also created a rich environment for identity thieves, hackers and others looking to profit by misappropriating sensitive data. Specialists in network security must be well-versed in the latest technologies for fending off cyber-attacks. A formal degree is less important than relevant computer skills. Knowledge of all aspects of information technology, from software and hardware to networks and databases, pays dividends.
4. Environmental Engineer
Hiring demand: 1.15 active job seekers for every open position
Annual salary range: $61,500-$99,180
10-year growth projection: 31%
Job description: It's easy being green. This isn't a fancy title for a trash collector, a la sanitation engineer. The interest in all things environmental -- and the public and private funding that's fueling that interest -- is creating openings for engineers to solve problems in a variety of areas, including pollution control, recycling and, yes, waste management. State and local governments are among the biggest employers, but oil and gas companies pay the best salaries. A bachelor's degree usually is sufficient to get started, but some positions require graduate work as well.
5. Heavy and Tractor-Trailer Truck Driver
Hiring demand: 1.39 active job seekers for every open position
Annual salary range: $30,270-$46,920
10-year growth projection: 13%
Job description: Keep on truckin'. Getting behind the wheel of an 18-wheeler takes more than just a love of the open road. It also takes a commercial driver's license and, in some cases, a union card. Many aspiring long-haul drivers enroll in a course at a vocational school to learn the ropes. Prospects are much brighter for drivers of tractor trailers and other heavy trucks than for drivers of light trucks who deliver small packages, merchandise and the like. Piloting big rigs also pays a lot better.
6. Physician Assistant
Hiring demand: 1.45 active job seekers for every open position
Annual salary range: $73,040-$101,690
10-year growth projection: 39%
Job description: The doctor's assistant is in. Known as a P.A., a physician assistant does many of the same things as an M.D.: conducts exams, makes diagnoses, performs procedures, and sometimes even prescribes medications. Formal training is mandatory, as is a passing grade on a national exam, but the process is less rigorous (and costly) than med school. In the hierarchy of today's health care, the P.A. resides between a nurse practitioner and a full-fledged doctor. Just don't confuse physician assistant with medical assistant. The latter is a low-paying, albeit fast-growing, occupation that involves basic clerical and clinical tasks, such as coding claim forms and recording vital signs.
7. Social Media Manager
Hiring demand: 1.50 active job seekers for every open position
Annual salary range: $38,960-$71,820
10-year growth projection: 24%
Job description: Update your status. Facebook, Twitter and other "share" sites aren't just for friends anymore. They're integral components of professional and corporate communications strategies, too. Companies are throwing money at folks who understand how to use social media to build brands and expand markets. Look at Facebook's more than 750 million active users and it's easy to see the potential in this relatively new field. A bachelor's degree in journalism, marketing or communications is preferred.
8. Financial Analyst
Hiring demand: 1.50 active job seekers for every open position
Annual salary range: $56,310-$99,230
10-year growth projection: 20%
Job description: Crunch the numbers. Financial analysts provide guidance on investment decisions, mostly to businesses. Banks, pension funds, securities firms, insurers and similar institutions are typical employers. Metropolitan areas with the highest concentration of jobs are, not surprisingly, cities synonymous with high finance: Stamford, Conn.; Boston; New York; Wilmington, Del.; and San Francisco. A related and even faster-growing field is personal financial adviser. MBA's are common, and professional licenses may be required.
9. Software Engineer-Mobile Applications
Hiring demand: 1.67 active job seekers for every open position
Annual salary range: $69,090-$109,210
10-year growth projection: 34%
Job description: There's an app maker for that. As computer users become increasingly untethered from wired networks and smart phones become increasingly indispensible, demand for software engineers who can keep the mobile trains running on time will only increase. You'll probably need a bachelor's degree or higher to penetrate this field, but more important is proven experience with the latest mobile technologies. California is home to the most jobs overall, thanks to Silicon Valley, but Washington state has the highest concentration of jobs, thanks to Microsoft.
10. Home Health Aide
Hiring demand: 1.74 active job seekers for every open position
Annual salary range: $17,900-$24,020
10-year growth projection: 48%
Job description: Home is where the health care is. As America starts to show its age -- the first baby-boomers just turned 65 -- the need for workers to help people age gracefully will only become more apparent. That's where home health aides come in. Aides visit residences to help the elderly, disabled and severely ill with everyday living tasks (bathing and grooming, for example) and provide very basic medical services (checking pulse rates and monitoring medications). There's no minimum education level, but training may be required, depending on where you work and agency demands.

resource

05 September 2011

Takde Tajuk

Assalamualaikum sume . Salam aidilfitri yang ke-7 .
Ape cer, manyak dapat duit raye? hehe.. Duit raye tahun ni boleh tanhan jugak la, da beso2 gini pun ade jugak yang baik hati bagi.. hehe. rejeki.

Raye tahun ni beraye dengan 'ahli baru' . Ni la hli baru tu....cute dok? ehe..

sumenye 5 hinggit...hihi

mucuk2 cyg mama ni...

 huhu....Abis beraye seminggu, sesi persekolahan pun bermula. Yang bekerja pun same juge. Di kala menulis entri ni, saye da pun berada di Kulim untuk meneruskan LI kat Amrec, SIRIM Berhad yang bersisa kurang 2 minggu. Sekarang ni nak menyiapkan report dan presentation LI ni. huuuuu... next week viva, cuak juge ni.
Pape pun berharap sumenye akan berjalan lancar nanti . insyaAllah :)

Ok la.. tu je mukadimah untuk minggu ni..hehe
Assalamualaikum. peace Malaysia.