22 November 2011

Bola oh bola... Tahniah Malaysia

22/11/2011
1:40 PM

Assalamualaikum sume :)

Mesti hari ni sumenye senyum memanjang je kan? hehe.. Mungkin ade jugak yang "takde" suare hari ni, mane tak nye, semalam menjerit tak ingat akhirat. (keh3..dunia kompom la ntah ke mane da..hehe) . Biase la tu, bersorak untuk kemenangan. Tak de sape pun nak kalah.



Jutaan tahniah untuk pasukan Harimau Muda, ngauman anda dah berjaye menghalau sang garuda...hehehe. Emas menjadi milik pasukan Malaysia. Syok habis tengok bola semalam. Prnuh dramatik, nebes..macam2 ade. Tak sia2 bil elektrik yang kene bayor nanti. Tak sia2 kalau dapat sakit tekak pun. keh3...

Huhu..time cuti ni, blog ni tak selalu di'hapdet' cam time kat U .. bese la, keje part time sekarang ni.

Ok la sume, nak masuk keje balik ni .. gunekan mase rehat anda sebaiknye. keh3..

p/s : ade sape2 nak bagi jersi Team Malaysia Panthera kat teman tak?

18 November 2011

Vatican berang Pope dipersenda

Vatican berang Pope dipersenda
Assalamualaikum sume :)
Hari ni time rehat 1 jam ( I keje tau) bukak laptop bace Metro online je.. Tetibe terbace la yang ni....

uihhhhhhh  . . . . .
CETUS MARAH...antara imej dimanipulasi (dari atas kiri), Obama bersama Chavez, Angela dan Sarkozy, Ahmed dan Benedict serta Hu dan Obama.

ROME: Vatican semalam mengeluarkan kecaman terhadap kempen global syarikat pakaian Benetton kerana turut memaparkan imej Pope Benedict XVI bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb.

“Kita mesti menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penggunaan melampau imej ketua paderi yang dimanipulasi dan dieksploit secara terbuka demi memenuhi kehendak kempen komersial,” kata kenyataan itu dibuat jurucakap Vatican, Federico Lombardi.
Menurut Lombardi, kempen komersial berkenaan menunjukkan rasa tidak hormat syarikat terbabit kepada pemimpin tertinggi Kristian serta menghina perasaan penganut agama itu.
Katanya, ia menunjukkan bagaimana sesuatu publisiti boleh dibuat secara provokatif tanpa menghormati orang lain yang menjadi peraturan asas demi menarik perhatian awam.

“Vatican mengkaji apa langkah sewajarnya perlu diambil bagi menjamin pembelaan adil terhadap imej Pope,” katanya.

Melalui iklan itu, Benedict dipaparkan berkucupan dengan Ahmed - seorang imam di Kaherah, Mesir, serta pemimpin Sunnah disegani.

Selain itu, Benetton juga menerbitkan imej lain yang turut memberi kejutan, membabitkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkucupan dengan Presiden China, Hu Jintao.
Turut dimanipulasi, imej pemimpin Venezuela, Hugo Chavez.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula dipaparkan berkucupan dengan pemimpin Fatah Palestin, Mahmoud Abbas, manakala Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, berpasangan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.
Imej bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, mengucup Angela ditarik di saat-saat akhir selepas bilionair kaki perempuan itu mengemukakan surat peletakan jawatan minggu lalu.
Poster itu adalah sebahagian daripada kempen pengiklanan Benetton berjudul UNHATE dan dipaparkan di kedai di seluruh dunia, media cetak dan Internet.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Benetton, Alessandro Benetton, berkata iklan itu adalah “provokasi membina” untuk mempromosi sikap toleransi.
“Kami memilih isu sosial dan aktif mempromosi isu kemanusiaan ke seluruh dunia,” katanya. - AFP 


* ape pendapat kome?  jangan garu dagu, kat dagu takde jawapannye. 

Susuk Kuat Sembahyang?

Susuk Kuat Sembahyang?
KUALA LUMPUR: “Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.

Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.


p/s: pakai susuk, kome tertusuk.


13 November 2011

Elak Syubhah

klik gambo untuk tumbesaran berganda2



p/s : Elakkan SYUBHAH dicintai ALLAH...gunakn barang yang dijamin HALAL..♥♥ AWAS umat ISLAM jangan MUDAH terpedaya..BERHATI-HATILAH..


Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata:


Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara SYUBHAH yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara SYUBHAH maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara SYUBHAH, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim )


*Maaf jika gambar kurang menyenangkan..sebagai peringatan bersama.

04 November 2011

Alhamdulillah . . .



Assalamualaikum sume :)

Gambar di atas ialah email yang dihantar oleh pihak UiTM kepada saye. Email tu ialah keputusan peperiksaan untuk sem sebelum ni. Tetapi, saye tak ambik peperiksaan pada sem lepas.haha... Bukan saje2, sebabnye, pelajar final sem (sem 6) kos yang saye ambik, akan menjalani latihan indutsri (LI). Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan menjalani latihan industri, keputusan yang saye dapat adalah seperti dalam gambar di atas.

Ini juga bermakna saye telah tamat program diploma dengan jayanya. Alhamdulillah... Tak kire la sijil ke, diploma ke, ijazah ke, yang penting usaha kite membuahkan hasil. Pada kawan2, sikap putus asa perlu ditolak ke tepi demi kejayaan yang mahu dicapai. Ingat! Mak abah kite da bersusah payah demi kite, jangan sia2 kan pengorbanan mereka. Tu yang paling penting.

Kalau diikutkan, tangan ni gatal nak menaip panjang2. hehe... tapi cukuplah setakat ni je...
Ok la sume.

Assalamualikum :)