20 April 2011

NAK BUAT DUIT ONLINE ???

Ce tengok tajuk post kali ni kat atau tu. Beso kan? ...hehe..DUIT..DUIT..DUIT..sape tak nak duit angkat tangan macam saya ~haha..tipu la sape yang tak nak duit tu. Anda penah dengar or tau or memacam lagi sal SAYS.COM ? haaaaa....ni la salah satu cara nak buat duit online selain adsense,adverlets dan yang seumpamanya . Sape leh join ni?...Student pon boleh, sesape pun boleh join. 

Ape yang dikatakan dengan SAYS.COM ni ?

HOW IT WORKS (camne tu?)

Simple! Choose a message you want to share with your friends, and get points (to bid for prizes), or be paid in cash.
(maknenye korang sampai leh dapat hadiah kalau rajin share link SAYS.COM, DUIT pn lagi masyukkkk)

WHY IT WORKS (kenape?)

Imagine: Thousands of us using our social networks to spread ONE message. It can influence more people vs TV or newspapers! This is why organizations want your help to share messages, and believe you deserve to be rewarded for it!
(tu bagusnye kalau ade FB,TWITTER or yang seangkatan dengannye)
nak tau lebih lanjut sal SAYS.COM ni?...sila klik link ni 
senang je kejenye..cuma share link dan setiap klik akan dibayar (:
menarik tak? rase2 nak join tak ? 
kalau nak join, klik link kt bawah ni yer n bleh register :)





Enhanced by Zemanta

18 April 2011

Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin



“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”




Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. 

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah.Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.



kredit kepada : iluvislam

16 April 2011

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?



Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ
عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
-iluvislam-

14 April 2011

Keputusan IID 2011 UiTM Perlis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sume :)
sekadar nak kongsi gambo nih (tak larat nak taip panjang2 sebenonye) . . .
ok lah moh tengok . . .

Result tu check kat website ni . . .


Booth no.19 = grup saya :)


Booth no.18 = grup classmate saya :)


Booth no.31 = grup classmate saya jugak :)


Booth no.42 = grup classmate saya jugak..ehe :)

ni hanyalah sebahagian daripada keputusan yang diperoleh...nak tengok keputusan penuh klik http://www.perlis.uitm.edu.my/iid/index.php?option=com_content&view=article&id=43&Itemid=24

anyway,, congarats all (:

10 April 2011

IID Competition [8 Apr. 2011]


Banner IID Competition

Ehehehehe...assalamualaikum dan selamat sejahtera sume..
agak lambat post ni di'publish'. Taipnye lame doh....ehehe

Jumaat, 8 April 2011...
huhu...setelah berpenat lelah selama lebih kurang sebulan, akhirnya projek kami siap dengan jayanya (alhamdulillah......) . Projek untuk IID..mende IID tu? .. IID = Invention, Innovation & Design.
Tajuk projek kitorang = 'Bagasse-based Biocomposite Production'.
Grup kitorang dianggotai seramai 4 orang ahli (saya, Fatimah Mardhiah, Fatin Afiqah, Zubaidah) and mentor kami Tn. Hj. Nawawi Abdul Rahman merangkap lect kelas kami.

Soalan yang diajukan kepada kami agak kaw..huhu...jenuh jugak nak menjawab,(perah otak mase tu sampai kering).

hehe....ok la....setakat ni je nampaknye post kali ni....berjumpa pada hari & waktu yang sama....daaa (:

01 April 2011

DEVOTEES @UiTM Arau, Perlis






tarikh : 26/3/2011
sebahagian daripada gambo2 yg di'snap' time konsert tu....

suke - suki bulu kaki....keh3









Ayor tangan sendiri ni...uhuuu
saje nak share ,,peace ;)

rerame nan indah . . .


klik gambo ni untuk lebih beso..ngeeee
Ayor tangan sendiri....
Ape pendapat kome bout this photo?......

haip sume....

Assalamualaikum sume....haish,lame beno asenye tak update ini belog..uhu...maklum la,busy cikit akhi9r-akhir ni. Da naik sawang & berhabuk belog nih..kih3..

emm, sem ni memang busy,,part 5 (PTyS) incharge kem untuk persatuan (Kem Jati Diri Polimer), pastu terlibat ngan projek (wat research cikit ... untuk pertandingan ) and hari pertandingannye 8 April ni.. (moge dipermuadahkan segala urusan oleh-Nya..amiin) .. anddddddd..bayak lagi.....
emmm...emmm..eemmm...haish...xtau nak taip ape da ni, kekeringan idea sebentar (sabo je la) ..hik3..

ok le sume..teman beransur dulu yep...ade hari, insyaAllah leh jumpe lagi... :)