29 Julai 2011

Puase !

Sempena bulan puasa a.k.a bulan ramadhan yang akan datang tak lame je lagi ni, dalam 2 hari je lagi, saye mewakili diri saye (ade ke?) nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh barakah :)  Hepi hati ni kerana ramadhan. :)
Hari ni rajin pulak nak jenguk rumah incik Youtube. Pastu bukak video ni...

nasihat ade unsur klaka... loike! :)
huhu. Setakat ni saje untuk kali ni yek.
ok le.. tekak pun tak bape baik lagi ni walaupun demam da beransur pergi......... alhamdulillah
Assalamualaikum. :)

27 Julai 2011

.: Wordless Wednesday 4 :.

izit rite? :)

26 Julai 2011

Menanti Belahan Jiwa

Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian daripada sketsa hidup dan kehidupan kita sekalian hamba di dunia ini. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalamnya menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang dada. Jiwa yang rapuh pun mengadu, berkeluh-kesah pada alam serta isinya,bertanya di manakah pasangan jiwa berada. Lalu hati mencipta serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang kehilangan ibunya.

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahaja kerana masih ada akhirat yang kekal abadi. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi oleh dunia fana ini sahaja. Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya,Insyaallah akan dipertemukan suatu hari nanti.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Berserahlah kepada Maha Pemurah. Kembalikan segala urusan hanya kepadanya, kerana Dia Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya dicurahkan kepada Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri dengan orang lain kerana Dia pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meskipun adakalanya kita sekalian hamba tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dengan harapan yang baik kepada Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Maha Pencipta. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat.

Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.

Syurga @ Neraka?.....

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah ,Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat.
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara.Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi.Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru , sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium ,saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...

Duit Syiling dan Siri Keempat Duit Kertas Baru !!!

Bank negara keluarkan siri duit syiling baharu tahun depan

SIRI KETIGA...kakitangan Bank Negara, Zuraidah Abdul Malek bersama syiling yang lebih kecil dan ringan.

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.

Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di sini hari ini.

Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.

Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya. Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada.

Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini.

"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti.

Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan September.

Same-same kite nanatikan kemunculan rupa duit tersebut :)
Assalamualaikum.

25 Julai 2011

Gaya Rambut Menarik atau Pelik?

Topi alaf baru.

Ek? Keliru.

Harap2 tak putus tali biola tu.

Bagai awan gelap dan hujan.

Perghh...bibir mungil.

Baguih betul......

Camne le dia wat rambut cenggini?...

Ensem kepale..haha
Durian takde gred.

Paku.
Macam kure-kure da.

Ni bukan pontianak tau....rambut baek punyaaa...

Adik-beradik superpower...haha

Jumpe orang berambut ni,,,,cabot dulu.........

Colourful.

Menarik atau pelik?
Cantik atau buruk?

Sekian untuk hari ni. Sekadar mencuci mate. :)
Assalamualaikum.

22 Julai 2011

Tutorial Pasang Disable Right Click Pada Blog

Disable right click berfungsi sebagai pelindung post atau gambo dalam blog kite daripada di'copy'. Walaupun cara ni dapat menghalang aktiviti copy meng'copy', masih terdapat cara lain yang boleh digunakan untuk copy.

Gambo ni adalah contoh kalo ade sesape yang mengklik right-click pada blog kite :

sesape right-click kat blog saye, ni la yang anda akan jumpe (skg ni  tak gune  disable right-click da)

Step 1
Pergi ke Design > pilih Page Elements > Add a gadget > pilih HTML/Javascript

Step 2
Masukkan kod kat bawah ni kat HTML/Javascript tadi

Gantikan letak mesej di sini dengan teks sendirik. Teks itu la yang akan muncul kalo ade sesape yang wat right-click kat blog korang.
Da siap, save.

Selamat mencube :)
Assalamualaikum.

21 Julai 2011

Tutorial Mencantikkan Scroll Blog Bar

Tutorial cantikkan Scroll Blog Bar
Contoh

Malas nak taip panjang2, let's cekidaut.

Step 1

Pergi ke
Dashboard > Design > Edit html > Tick Expand Widget Templates

Cari code ini, sebelum tu tekan CTRL + F (untuk cari kod kat bawah ni, masukkan kod kat bawah ni ke dalam kotak find tu, then klik arrow kat situ)
]]></b:skin>

Step 2

Copy code kat bawah ni pastu letakkan sebelum code dalam step 1

::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #D9D9D9;

::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #F2F5A9;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;

Preview dulu sebelum save, kalau takde masalah boleh save.

*Yang berwarna BIRU        --> kaler untuk background scroll bar
*Yang berwarna KUNING --> kaler untuk scroll bar
*Kalo nak tuka kaler, sila rujuk disini HTML Color Codes
*Secara tak langsung, sume scroll yang ade dalam blog korang tu akan bertukar mengikut yang telah diedit.

Tutorial Cara Letak Float Social Network

Cantik tak button terapung ni? Selain tu, button ni jugak akan membuat blog menjadi kemas dan mempercepatkan loading blog anda.

Tanpa membebel lebih banyak, let's cekidaut . . .

Step 1
Go to > Add page element > Add a gadget > Html/Javascript

Step 2
Copy & Paste code di bawah

Step 3
Edit kod di bawah yang berwarna pink dengan menggantikan dengan username korang.
Contohnya : http://www.twitter.com/maisara_humaira .

Step 4
Edit kod di bawah yang berwarna biru, jika korang nak gantikan gambar widget ikut warna pilihan korang sendiri.
Contohnya : dari original link http://YOUR_twitter_IMG_URL menjadi seperti ni http://1.bp.blogspot.com/-hvTCTyQZ5gI/TZiB92OO0wI/AAAAAAAABXc/F2RWWNyJNt0/s1600/oranges-twitter.png

Macam mana nak tukar image dan pilih image comel kat bawah ni ? Senang je, korang pilih je mana satu gambar kat bawah ni yang korang suka.

Pilih > Kemudian > Right Click pada cursor > Click copy image location @ copy image URL > Paste url image location tu di kod yang bewarna biru semasa langkah 4 tadi.

Kalo nak letak gambo memasing pun takpe, janji puas ati :) Sape2 yang takde mane2 FB,twitter or formspring tak perlu letak kod tersebut yer :)

Selamat mencube (:
Assalamualaikum

kredit

Luahan Hati Ibu Bapa Ashraf

credit to myMetro
Assalamualaikum. Kisah tentang Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang ingin memohon namanya ditukar kepada Aleesha Farhana menjadi sebutan sehingga kini.
Dalam hal ni, ibu bapa Ashraf, Abd Aziz dan Mak Yah serta keluarganya, sama sekali tidak menyokong perbuatan Ashraf. Jom kite ikuti berita dari myMetro (online punye), luahan hati ibu bapanya.

klik 'read more kat bawah ni.

20 Julai 2011

Cara Pasang Button Facebook Share Pada Blog

Sekarang ni manusia dan  Facebook memang tak dapat dipisahkan ( tak de la sampai kawen ngan FB tu..). Bukak sane FB, bukak sini FB. Pendek kate sumenye FB la....haish. So, ape fungsinye button FB Share pada blog? FB Share button secara tak langsung dapat menambah traffic blog. Contohnye, bile kite klik button share tu, maka akan terpapar la link post korang tu kat wall FB tukang klik tu . Dan orang mesti nak tau ape isi post tu...then blablablabla....haha..manyak kan benefit nye? Pasang FB Share button kat blog ni pun nampak smart je. hoho.

Suda-suda la merepek tu, jom start .

1.Login ke Dashboard --> Layout --> Edit Html

2.Click Check pada “Expand Widget Templates”
3.Cari kod di bawah ini (Ctrl+F):

4.Sekarag copy kod Facebook Share Count Button dan paste di bawah kod tadi:

NOTA: Kalo tak jumpe kod div class=’post-header-line-1′/ dalam template html, paste kan jer kod Facebook Share Count Button sebelum kod ini data:post.body/

Untuk jenis icon yang lain:

1.

tukar text warna biru kepada url blog korang.

2.

<script type=”text/javascript” src=”http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share”/>

3.

<script type=”text/javascript” src=”http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share”/>

selamat try :)

Tutorial Letak Iklan Bergambar (link) Churp Churp Dalam Blog

Sebelum teruskan tutorial ni, tau tak ape tu Churp Churp ?  Churp Churp ni cam nuffnang jugak. Kirenye kite boleh wat duit bile link yang kita share kat fb, blog, twitter and memacam lagi orang klik. Setiap klik akan dapat rewards nye. Lagi banyak orang klik, lagi la masyuk.... so, bagi sesape yang takde akaun Churp Churp and nak wat duit, klik link ni untuk buka akaun dan dapat manyak3 duit....duit tu.....klik link kat bawah ni :

http://www.churpchurp.com/maisarahumaira/invite

Tanpa manyak membebel, jom kite start.

Step 1
Pergi ke dashboard Churp Churp, akan kuar camni dan ade beberape kempen terpapar kat situ :

Step 2
Klik kat SHARE THIS  , then START SHARING THIS.

Step 3
Klik personal link sendirik punye , contoh :

then, CLICK TO COPY link tu.

Step 4
ni coding nye, coding ni akan di'paste' kat HTML ('add a gadget' kat blog) :

> link kaler biru paste kan dengan personal link yang korang da klik tadi.

Step 5

> link kaler coklat paste dengan url imej untuk kempen tersebut.....
contoh :

then, paste kan URL imej tu (gantikan link kaler kuning tadi).

Step 6
Da selesai paste link yang sewaktu dengannye kat coding tadi,
pergi ke Dashboard > Design > Page elements > Add a gadget > HTML/Javascript .... then paste kan coding yang dah di'edit' dengan link korang tadi. Pastu 'save'. Preview dulu, jadi or tak.

* width, height kat coding tu boleh diubah mengikut kesukaan hati korang.
* kalo link kempen kat Churp Churp tu da tamat, korang tuko le gambar dan link k.
* tutorial ni jugak leh wat untuk SAYS.MY . amende SAYS.MY ni?... klik link ni kalo nak tau.  SAYS.MY

UPDATED
sebelum tu, jom klik link ni "KLIK"

Gambar yang ditunjukkan dalam tutorial ni adalah ChurChurp versi lama. Jangan risau, tutorial ni masih boleh digunakan untuk ChurpChurp versi baru :)

setakat ni je :)
kalo tak jadik, tanye ea.
babai.
Assalamualaikum.

.: Wordless Wednesday 3 :.

merenung mase depan . . .

19 Julai 2011

Ashraf Tak Boleh Jadi Aleesha

haip . Assalamualaikum :)
pagi2 gini bace la newspaper,Metro. Tetibe terbace la pasal si Ashraf yang nak bertukar jadi Aleesha tu. Heboh la kat tv ari tu. Da elok2 dilahirkan sebagai seorang lelaki, nak pulak tuko jadik pompuan. ish3. dunia....dunia...

ehsan myMetro

Seperti yang dikatakan oleh Metro tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan penukaran nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz. ish3 . Name laki da sedap,nak tuko pulak name pompuan gara-gara dah menjalani pembedahan tukar jantina. ish3 . Tak patut. Kat bawah ni news pasal lelaki tersebut yang dipetik 100 % daripada myMetro, online punye.

Jantina ditentu ketika lahir

KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.

Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

18 Julai 2011

Jalan-jalan . . .

Assalamualaikum...

Cuti minggu ni diisi dengan program sendirik...wuhoo.. Sabtu pegi kenduri, kat mane lupe da name tempat tu.hok3.. dasat2.. kejap je da lupe. haha. umah kenduri tu kat Penang, area mane tak hingat... Kami bertige, saye, Mar dan Dila bertolak lebih kurang pukul  12.30 tghhari dan nek kete yang dijemput sorang akak, Kak Ain namenye. Sampai kat umah kenduri tu lebih kurang kul 1.30 ptg. Balek umah pulak (umah sewa) lebih kurang kul 3 lebih. Ni antara gambo kat sane...

pengantin nak mamam

ngan pengantin yang cantik n ensem

woohooo...pas balek dari kenduri ni, kami ke Baling, nek kete sewa. Kami ke Baling coz umah housemate lame, Zu, ade wat kenduri untuk arwah neneknye yang baru pergi meninngalkannye. Al-fatihah untuk neneknye. Malas nak taip panjang2. Ni gambo kami kat sane...

lam kete sewa, myvi ..drebar nye dak kecik baju oren tu,mar..hihi

sesaje snap..

wif tuan umah, mama kpd Zu
siong sape pulak nih?

boleh la....

like dis pic..

mam buah dari dusun tuan umah

kanak-kanak riang

erk !

tu je la....hoho...
ok le...babai...assalamualaikum :)

Al-Fatihah: Dr Lo’Lo’ Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Datuk Mohamad Ghazali meninggal dunia akibat komplikasi kanser sebentar tadi.
Beliau dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 10.25 malam tadi di Hospital Selayang. Beliau berumur 54 tahun.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pihak media.
Menurut beberapa maklumat yang diletakan dalam Facebook beliau, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid al-Akram Kampung Dato Keramat.
Allahyarhamah Lo’Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda Parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon Barisan Nasional, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Semenjak berita pemergian beliau diketahui, ucapan takziah dari perlbagai pihak memenuhi ‘wall’ Facebook beliau.

15 Julai 2011

Windows 8

Microsoft telah mengumumkan generasi sistem operasi Windows baru yang dikenali sebagai Windows 8 buat masa ini. Nama sebenar Windows baru ini akan diketahui tidak lama lagi, mungkin pada bulan September pada persidangan Build Windows developer. Pihak Microsoft mengatakan Window 8 akalan dilancar samada tahun 2012 atau selepas itu. Window 8 akan memberi kelebihan jaringan kepada system-on-a-chip (SoC) and mobile ARM processors. Menurut Microsoft, Windows 8 mampu beroperasi pada semua platform samada menggunakan touch screen pada tablet atau menggunakan mouse pada desktop pc.

Perubahan yang agak drastik telah dilakukan keatas antaramuka Windows 8 dengan ciri-ciri seakan Windows Phone 7 (WP7) namun konsep rekaan antaramuka Windows 8 tidaklah begitu mengejutkan kerana sudah biasa dilihat pada Windows Media Center selain dari WP7.

Window 8 juga memberikan kelebihan visual dan kredit kepada hubungan aplikasi 3D video, AVC HD, H.264, MPEG2, MPEG4, MJPEG dan WMV. Namun dijangka Window 8 seperti biasa adalah pembaikan dari window sebelum ini iaitu window vista dan window 7.

Ape pun kite tunggu dan lihat Windows 8 setelah pelancarannya nanti .

13 Julai 2011

.: Wordless Wednesday 2 :.

Baru lukis (: