31 Ogos 2011

.: Wordless Wednesday 9 :.



Lemang Periuk Kera, Hari Raya Pertama (:

29 Ogos 2011

Kad Raye Special

kad raye special untuk readers :)

kad raye khas untuk sume :) baru je design .. tah pape je...tetibe lak terbuat kaler pink ni...haha. 
ok la, nak tolong mak kat dapur ni, sedia nak buat lemang wei.... 
SELAMAT HARI RAYE yek.

p/s : mercun bola bukan bola . 

28 Ogos 2011

Ucapan Raye Special Bingkisan Hati .:::)

Assalamualaikum sume !!!
Hari ni saye hepi coz sekarang ni otw balik ke kampung halaman kat perak nun menunggang 'kancil'. keh3.. hepinyeee... di kesempatan ini, saye nak ucapkan SALAM AIDILFITRI kepada sume readers. :)
Kat bawah ni ucapan saye untuk kome . . . hehe.

Raya pertama dengan keluarga
Ayah bonda maaf dipinta
Adik-adik senyum selamba
Sarung ada duit tak ada

Raya kedua dengan saudara
Mak Long Mak Ngah Fatimah Uda
Yang tua bersembang kisah lama
Yang muda mengadap TV aje

Raya ketiga ke rumah kawan
Bekas murid satu tingkatan
Terhibur hati tak dapat bayangkan
Riuh macam pasar ikan

Seminggu berhari raya
Kunjung mengunjung rumah terbuka
Jalinkan kasih sesama kita
Lupakan saja sengketa lama

Raya keempat yang istimewa
Ke rumah intan pujaan teruna
Tiba di halaman hatiku hampa
Kasut capal penuh di tangga

Raya kelima diajak teman
Jalan-jalan sampai ke pekan
Tengok wayang filem hindustan
Ayoyo duit habis belanja teman

Raya keenam rumah tok ketua
Harapan nak duit raya
Dihulur pula tabung derma
Balai yang baru nak dibina
Di mana!

Raya ketujuh berehat saja
Esok puasa enam pula
Habis puasa sambung beraya
Selagi syawal masih ada

p/s : ucapan kopipes lirik lagu 'Seminggu Berhari Raya' by Senario. teman suke giler lagu ni. keh3 . . .memandangkan doh ade kat umah ni, teman jarang online..yela nak beraye sakan ni ..hihi.. hepi teman. :))
kad raye tak sempat nak design. bz cikit. hehe.. ok lah sume.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI sume.
Enhanced by Zemanta

27 Ogos 2011

Cincang Manusia !


credit to: myMetro


Cincang Nenek Suruh Masak Nasi

TENOM: Hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenek mati dalam keadaan tragik apabila dicincang seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya di Kampung Melalap di sini, kelmarin.
Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah berhampiran.
Menurut sumber, sebaik bapa suspek yang mahu dikenali Abdul Hamid, 47, pulang ke rumah bersama seorang lagi anak berusia 15 tahun kira-kira jam 10 malam, dia curiga kerana panggilannya tidak bersahut.
Abdul Hamid masuk ke rumah dan menuju dapur dan terkejut apabila melihat jenazah ibunya, Dayu Rawang, terbujur dalam keadaan ngeri dengan berlumuran darah.
Dia bertambah terkejut apabila melihat suspek yang juga anak perempuannya berada di sisi mayat warga emas berkenaan sambil memegang pisau.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

26 Ogos 2011

Tak Perlu Main FB Sorok-sorok ? Bagaimana ?

Assalamualaikum . . .
Zaman ni kalo boleh sumenye nak FB. Makan FB, tido FB, kawen FB ... macam2 la....huuuu...
Ade yang langsung tak dapat berpisah dengan FB walaupun sesaat *nampok beno nipunye ~ * . Ni da masuk tahap ketagihan FB yang melampau.

Hari ni nak share cara orang tak dapat detect kita main FB. Heeee,,,,panjang beno. Time koje mesti kome taknak terkantoi dengan bos kan? Student mesti taknak kene marah dengan lecturer sebab main FB dalam kelas kan? FB dalam versi ni akan bertukar ke bentuk seakan-akan microsoft excel. So, takde le terkantoi  . . . moh ..

Klik link ni hardlywork.in , akan keluar cam kat bawah ni



pastu ikut arahan seterusnye sampai la keluar camni


FB ni akan berjalan lancar seperti biase kalo tempat anda tak blok FB .... :)
Selamat mencube..
Assalamualaikum.

p/s: klik gambo untuk tumbesaran berganda-ganda.

25 Ogos 2011

Biar Betik ?! ish3...

Syieda_Joy 1st GA


Hari ni saye join GA ni ... senang je syarat nak masuk GA ni...
antaranye :

1. follow blog syieda ini.
2. buat entry bertajuk " Syieda_Joy 1st GA "
3. letakkan banner ini di entry kamo dan linkkan ke blog syieda.
4. nak tag boleh x nak tag pun boleh.
5. done? pastekan URL blog kamo ke comment box di bawah. ^_^

susah tak syarat ini? tak susah kan? hihihi kalau tak susah cepat la joint.^_^

24 Ogos 2011

Lagi-lagi LI . . .

credit to : UiTM student portal


Assalamualaikum . . . huhhhh.. *bukan mengeluh
Salam ramadhan. Selamat berpose hari yang ke-24 ni .. ehe

Tadi jenguk2 sat UiTM student portal, bukak la i-learn. Kot2 ade info pasal subjek yang saye amik untuk sem ni kan. Kod kursus wajib sem ni satu je, PST391 ( latihan industri ) . 

Tengok kat atas tu ( gambo di atas ), maknenye after raye ni ade presentation. Kene la submit report sekali maknenye.. huuuuuu.... Report untuk AMREC, SIRIM pun kene bagi jugak.... risau tak sempat n kelam kabut je.. huu... harap2 sempat tanpa ade halangan. InsyaAllah. 

Ok la... nak wat research kat tenet sikit sal eksperimen 'anodising' ni. 
Assalamualaikum.

p/s : otak penat.




.: Wordless Wednesday 8 :.


Bulat ( bukan name sebeno ) si kucing jiran :) . . .

23 Ogos 2011

Seni

Assalamualaikum . . .
Selamat berpose hri yang ke-26. ngee.. setakat ni penuh tak pose?.. hehe (gelak ade makne tu . . .) .
Tangan gatal nak melukis tapi tak tau nak lukis ape.. huuuuu. Idea tak muncul lagik. Nak lukis gambar ketupat rase macam budak darjah 1 je. 
Petang2 camni tak de keje sangat. Sume da settle pagi tadi (pract kt sirim, eksperriment on anodising ). So, tengok la koleksi seni air tangan sendiri yang tak bape lame kat laptop usang ni..ecece.. Teringat time sekolah dulu, form 4 . . penah le juge dapat hadiah sebab melukis ni. 1st place tu.. tak sangke. alhamdulillah. :) Pertandingan melukis poster tu diadakan sempena bulan Ramadhan. Lukis la masjid sebijik, ade bulan sabit, ade orang nga bace al-Quran, ade orang nga ruku'...background kaler biru. Tak sangke betui mase tu...hehe. 
Saye tak penah amik subjek seni time sekolah menengah dulu *sekolah rendah ade la * . Sebab minat punye pasal, ni la hasilnye..

Ok la, tak larat taip manyak2... jum tengok yang saye da lukis ni .. kat sini pun ade jugak (klik link tu) ;)




nak lukis abe korea..tak bape jadik ni..huu

sape2 je ni..


Steps lukis gambo kat bawah ni.. hehe




siap !
Sekian.. :)

my pren mintak tolong lukiskan gambo dia..pasni leh wat tempahan  kepade sesape yang berminat...kih3

ehem2 saye....heeeeehe

kad raye buatan sendiri.. banyak kali try wat khat tu...da lame tak menulis khat punye pasal

saje2 melukis time cuti....

yang ni op kos bukan ceq yang lukih...haha..
hensem bebeno mamat ni...

Setakat ni je...hehe..
Ade idea, ade la lukisannye .. nak cari makanan untuk berbuke ni..moh..
Assalamualaikum :)


22 Ogos 2011

Tikam 8 Kali


kredit : myMetro



Merangkak Keluar Hutan

KUALA PILAH: Berpantang maut sebelum ajal perumpamaan sesuai bagi seorang lelaki apabila berjaya menyelamatkan diri selepas ditikam lapan kali di dada dan belakang badan dengan pisau sebelum dicampak ke dalam Hutan Lipur Ulu Bendul, Bukit Putus, di sini Khamis lalu.

Mangsa dikenali sebagai Arman Shah, 29, hanya tersedar setelah dua hari kejadian dan dalam kesakitan dan kehilangan banyak darah kerana kecederaan parah akibat tikaman di badannya itu berjaya merangkak keluar dari hutan itu.

PARAH...mangsa dibawa ke unit kecemasan HTJS.

Menurut sumber, selama sehari mangsa berusaha mencari jalan keluar dari hutan itu sebelum sampai ke jalan raya, tetapi malang kerana hasrat mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan tidak tercapai kerana tidak seorang pun mahu memberikan bantuan.

Difahamkan, berikutan itu Arman dalam keadaan lapar, dahaga dan lesu selain menahan kesakitan, terpaksa berjalan tiga kilometer ke sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Menurut sumber, mangsa sampai di stesen minyak itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan meminta orang ramai menghubungi ambulans.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) bagi rawatan segera di wad kecemasan,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa dipercayai ditikam menggunakan pisau oleh dua kenalannya di Bahau.

“Kami percaya dua rakannya itu berdendam dengan mangsa dan menyangka dia sudah mati lalu mencampak nya ke dalam hutan.

“Kita masih lagi menyiasat tempat kejadian dan mengenal pasti dua suspek utama yang melakukannya,” katanya. Menurutnya, hasil siasatan setakat ini polis tidak menolak motif samun berikutan tiada barang atau wang mangsa yang hilang. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi hotline rakan cops Negeri Sembilan di talian 06-7619999. Harian Metro difahamkan, mangsa kini dirawat dan menerima beberapa jahitan di badan serta enggan ditemubual.



KREDIT

20 Ogos 2011

Maru, Kucing Cute

Maru? Sape pulak Maru ni? ..hoho

Maru ni adalah nama seekor kucing. Maru (まる,dalam bahasa Jepun bermaksud bulatan atau bulat (padan dengan tuannye :) lahir pada 24 Mei 2007) Scotland Fold jantan (jenis lurus) telah menjadi popular kucing popular Jepun di YouTube. Sehingga Jun 2011, video Maru telah dilihat lebih 100 juta kali. Pemiliknya yang tidak menunjukkan mukanya atau bercakap dalam video2 tersebut memiliki akaun Youtube di bawah nama 'mugumogu'.

Pada September 2009, channel Maru kat Youtube adalah yang kesembilan paling banyak orang subscribe kat Jepun nun...uih...baru kucen tu..

Selepas gempa bumi di Jepun pada Mac 2011, Maru selamat dan tiada cedera padanya yang diberitahu menerusi blog Maru kerana da pun buat persediaan pemindahan daripada gempa bumi.

Rupa Maru yang cumil giler nih..

ek !

same beso tak aku dengan tong ni?

men cak2 pulak....

saye pakai stokin...ngee

owh...muat jugak aku rupenye...tapi kaki jek...

no candid2....malu I tau...uhuu

ops pocot......

saye yang cute...ade cam muke jepon tak?..


jom layan keseronokan bersama Maru :)
cekidaut...

Header Raya

Assalamualaikum...
Selamat berpuase yang ke-20 .. 20 dah? Campur, tolak, darab, bahagi maknenye lagi 10 hari la nak raye yek. Baju raye da beli? Rumah da cat baru? Kete da tuka baru?..haha..kalau sume nak tukar tak payah beraye le jawabnye.hihik..yang tu sume tak bape penting. Yang penting, amalan kita. Bersederhanalah dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjengah beberapa hari lagi yek :)

Sempena raye ni, header blog ni pun da bertukar. Tak cantik mane pun, saje try test cube wat time boring2..uhu..

header raye


Sekarang ni da masuk minggu terakhir bulan Ramadhan. Sayu nak meninggalkan Ramadhan (bukan name bf saye...haha) . Ramadhan akan pergi, Syawal pula menanti . Moga amalan kita berterusan pada bulan seterusnye, Insyaallah. . .

19 Ogos 2011

Jail for Refusal to Remove Burqa in Australia




SYDNEY, (AFP) - Australian authorities said motorists who refused to take off face-covering veils such as the burqa when asked to do so by police could be sent to jail for up to a year.

Under the changes to laws in New South Wales state, police will be able to ask drivers to remove helmets, masks, the face-covering niqab veil and the all-body garment the burqa.

Refusal to do so would incur a fine of Aus$220 (US$228), but in the most serious cases could result in up to a year in jail and a fine of Aus$5,500.

"People will only be required to remove a face covering for as long as it takes to identify them," New South Wales state Premier Barry O'Farrell said on Friday.

"Those who want to be identified privately for cultural and religious reasons can request to go to a police station."

The changes, to be introduced to parliament next week, will also give officials the power to request the removal of face coverings in courts while visitors to prison could also be asked to remove any coverings that obscure their identity. Those who refuse could be fined up to $550.

"I have every respect for different religions and beliefs but when it comes to enforcing the law, the police should be given adequate powers to make a clear identification," O'Farrell said in a statement.

The change follows the recent case of a Muslim woman being acquitted when a magistrate ruled she could not be positively identified because was wearing a burqa.

In the high-profile case, Sydney woman Carnita Matthews was sentenced to six months in jail in November 2010 for falsely accusing a police officer of forcibly trying to remove her burqa.

But her sentence was later quashed after a magistrate said he could not be 100 percent sure it was Matthews who later walked into a police station to make the complaint because officers were not able to see the face of the accuser.

Police already have the power to ask women to remove face veils during the investigation of serious offences, but not on more routine matters.

The wearing of full-face niqab veils by some Muslim women has become a contentious issue in parts of Europe, where France has banned them in public.

The New South Wales state ombudsman will review the new laws after they have been in place for a year.


Afp.Com - about 3 hours 25 minutes ago

Mencintai = Belajar

Cinta adalah melihat apa yang baik dan indah dalam segala sesuatu;
Mencintai adalah belajar dari segala sesuatu;
Mencintai adalah melihat anugerah yang wajar dipelihara;
Mencintai adalah kemurahan hati dan mensyukuri segala Rahmat ALLAH;
Penting bagimu untuk memiliki perasaan cinta dalam hatimu;
Dalam bentuk dan wujud apapun, penting pula bagimu untuk dicintai.


Lebih mudah mencintai daripada dicintai,
Jika kau mencinta…..
Kau pasti akan menemui….
Suatu hari nanti


Cerita untuk kita:


Pada suatu ketika, seorang Arab Badwi keluar rumah pada malam hari. Tiba-tiba ia melihat seorang budak perempuan yang cantik. Maka budak itupun dirayunya. Namun, budak perempuan itu menjawab: “Apakah kamu tidak punya kendali Akal, atau Agamamu tidak punya Pemberi Nasihat untukmu?” Si Badwi berkata: “Demi ALLAH, tidak ada yang melihat kita selain bintang-bintang di langit.” Maka si budak pun berkata kepadanya: “Celaka kamu! Lantas di mana PENCIPTA bintang-bintang itu?” Perkataan budak perempuan itu membuat si Badwi terbungkam. Maka, ia pun lalu berkata: “Aku hanya main-main saja.”




Pesanan sahabat sejati:


· “Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.”


· “Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri.”


· “Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka.”


· “Ingatlah wahai saudara Islamku sekelian, tenanglah kamu dalam menghadapi perjalanan hidup ini. Sepanjang usiaku yang semakin tua, semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati. Ku tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit.”


· “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki, hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lalu di depanku, aku menghormatinya. Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran.”


· “Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim.”


· “Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang tersesat. Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi petunjuk.”


· “Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini. Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu.”


· “Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya.”


· “Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya. Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap.”


· “Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan kesetiaan. Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit.”


· “Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati janji. Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia. Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini.”


[ Imam al-Ghazali ]






PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.


· Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.


· Mencari sahabat pada waktu susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?" Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


· Pasang surut persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang Takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.


· Sukarnya mencari sahabat sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.


· Sahabat sejati pada waktu susah
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.


· Rosaknya keperibadian seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.
Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.


· Menghormati orang lain
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


· Menghadapi musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.


· Tipu daya manusia
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.


· Tempat menggantungkan harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk ALLAH. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.


· Menjaga nama baik
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.


[ Imam as-Syafiee ]






Sesungguhnya, ALLAH berkehendak kebaikan terhadap hamba-NYA maka dijadikan dosa-dosa terbayang di ruang mata..




BONUS


Pertanyaan Abu Zar r.a kepada Rasulullah saw:


“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang ikhlas. Apa dia itu? Jawab Baginda: Aku tanya dahulu kepada Jibril; Maka Baginda menanyakan tentang ini kepada Jibril. Jawapan Jibril: Aku tanya dahulu kepada Mikail; Ditanyai hal itu oleh Jibril kepada Mikail; Maka jawab Mikail: Aku tanya dahulu kepada Robbul’Izzah; Maka ditanyalah apa itu Ikhlas kepada ALLAH azzawajalla.


Firman-NYA bermaksud: ‘Ikhlas itu adalah suatu rahsia daripada rahsia-rahsia-KU. AKU letakkan ia dihatinya orang yang AKU kehendaki daripada hamba-hamba-KU.’”


“Dunia ini adalah negeri yang benar bagi mereka yang bersikap benar terhadapnya, negeri yang sihat bagi mereka yang memahaminya, negeri yang kaya bagi mereka yang berbekal diri darinya, negeri nasihat bagi mereka yang mahu mengambil nasihat darinya, masjid para kekasih ALLAH dan tempat shalat para malaikat-NYA, tempat turunnya wahyu, tempat berlabuh para wali ALLAH, di mana mereka mencari Rahmat ALLAH di dalamnya dan beruntung memperoleh Syurga di dalamnya.”


“Sesungguhnya kaum menyembah ALLAH kerana mengharap pahala, maka itu adalah ibadahnya pedagang. Mereka yang menyembah ALLAH kerana takut, maka itu adalah ibadahnya para budak. Dan mereka yang menyembah ALLAH kerana ingin menyatakan syukur, itu adalah ibadahnya orang merdeka dan itu adalah sebaik-baik ibadah.”


“Ada sementara orang yang dalam bersembah sujud kepada ALLAH azzawajalla disertai suatu keinginan. Ibadah demikian adalah ibadahnya pedagang. Ada pula sementara orang yang bersembah sujud kepada ALLAH azzawajalla kerana takut, ibadah demikian itu adalah ibadahnya budak belian. Ada lagi, sementara orang yang bersembah sujud kepada ALLAH azzawajalla kerana bersyukur. Ibadah itu adalah ibadahnya manusia merdeka.”


“Sungguh aku tidak suka, jika aku menyembah ALLAH dengan tujuan sekadar memperoleh pahala-NYA. Jika begitu, aku adalah seperti seorang budak yang taat kerana ganjaran. Jika ia ingin memperoleh upah, maka ia bekerja; Tapi jika tidak ingin…, ia tidak bekerja. Aku juga tidak suka jika aku menyembah ALLAH kerana takut akan siksa-NYA. Kalau begitu, aku adalah seperti seorang budak yang jelek. Manakala ia tidak merasa takut, ia tidak bekerja. Sesungguhnya aku menyembah ALLAH kerana DIA berhak disembah kerana segala pertolongan-NYA (petunjuk dan hidayat) dan segala nikmat-NYA kepadaku.”


“ALLAH azzawajalla tidak merubah ilmu yang kita miliki menjadi kebodohan dan tidak pula merubah keyakinan kita menjadi kebimbangan. Sesuatu itu adalah keduniaan yang diserahkan kepada kita kerananya kita dapat memutuskan sekehendak kita. Kalau kita hendak membahagikannya, bagilah secara adil. Kalau kita hendak menggunakannya sendiri, sesuatu itu akan lenyap. Jika kita biarkan sesuatu itu seperti keadaannya sekarang ini, maka kemudian hari sesuatu itu akan dimiliki oleh orang yang tidak berhak.”




‘Hiduplah sesukamu,


sungguh bagaimanapun engkau pasti mati;


Cintailah apa sahaja sesukamu,


sungguh bagaimanapun engkau akan berpisah dengannya itu;


Berbuatlah sesukamu,


sungguh bagaimanapun engkau akan mendapat balasan.’

17 Ogos 2011

TONTON TV PENDEK NYAWA !!!

TONTON TV PENDEK NYAWA

uih...depan bebeno nengoknye...konfem rabun

Tonton tv memendekkan nyawa? Maigodd..kenapa boleh jadi macam ni? Habis laa..hari-hari tak hadap tv la jawabnya...teruskan pembacaan anda...

LONDON: Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun.

Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.

Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: “Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.

“Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk menonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal.

“Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen.

Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen.

Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. - Agensi

Nak tengok tv lagi lepas ni? ;)


kredit

.: Wordless Wednesday 7 :.


renung-renungkan dan selamat beramal - Prof. Not So Easy :)

16 Ogos 2011

Cermin Mata Bertukar Warna

Assalamualaikum sume :)
Selamat berpuasa hari ke-16 yek..

Cermin mata bertukar warna? Camne tu? Dari transparent tukar ke warna pelangi ke? kih3.. Ok2. Cermin mata bertukar warna ni bermaksud dari transparent bertukar ke warna yang lebih gelap apabila terdedah kepada cahaya matahari .. ooo....gitu.

Cermin mata bertukar warna atau dikenali juga sebagai cermin mata kanta photochromic mempunyai pelbagai kebaikan kepada pemaki pemakai cermin mata jenis ni. Kanta ini juga mampu melindungi mata dari sinaran ultraviolet yang boleh mendatangkan kesan sampingan kepada mata kita.

Saye pemakai cermin mate tegar..keh3..sebabnye rabun la. Baru 6 tahun pakai cermin mate. Saye start pakai cermin mata jenis ni sejak tahun lepas. Kirenye tukar full (frame & lense) la. Sebelum ni pakai frameless punye. Last2 pecah coz terjatuh. hoho..

ni spek yang beta pakai :)

Banyak sangat berleter la ko ni nyah....haha. Ok2, jom masuk tajuk yek..

Teknologi jenis kaca mata ini pertama kali di bagunankan oleh Corning pada lewat tahun 1960 dan di popularkan oleh Transitions pada tahun 1990. Kaca mata atau cermin mata jenis ini di sebut sebagai photochromic atau photochromatic di mana ianya adalah tindak balas bahan kimia yang mempunyai sifat istimewa untuk berubah kepada warna-warna tertentu apabila lensa cermin mata terdedah kepada pancaran cahaya UV.

Lensa photochromic mempunyai berjuta-juta molekul seperti silver chloride atau silver halide yang terdapat dalam lensa tersebut. Molekul ini menjadikan cermin mata kelihatan jernih jika terdedah pada cahaya nampak dan cahaya lampu biasa tetapi ianya akan berubah warna melalui tindak balas kimia apabila terdedah kepada Ultraviolet yang di pancarkan terus oleh matahari. Jadi bagaimanakah kaca mata jenis ini menjadi gelap? Ianya disebabkan oleh molekul-molekul tersebut akan menyerap cahaya UV tersebut dan berubah kepada bentuk yang baru. Secara kimianya, kadar kegelapan lensa cermin mata atau kaca mata jenis photochromatic ini bergantung sepnuhnya kepada kadar kemasukan atau kadar serapan molekul terhadap sinaran UV.

Jadi apabila anda keluar dari rumah dengan memakai kaca mata jenis photochromatic, anda akan dapat lihat kesanya apabila lensa tersebut bertukar kepada gelap jika terdedah kepada sinaran UV. Proses ini berlaku amat pantas sekali!!!

Kaca cermin jenis photchromatic hanya akan bertidak balas dengan kehadiran cahaya UV dan tidak akan bertindak balas terhadap cahaya nampak (macam cahaya lampu le..) . Oleh itu jika anda berapa dalam kereta misalnya, pastinya cermin mata anda jenis photochromatic tidak akan bertukar menjadi gelap (atau warna lain bergantung kepada perubahan fizikal molekul) disebabkan terlindung dengan cermin kereta anda dan atau cermin kereta anda mempunyai tinted yang dapat menghalang sinaran UV. Untuk bertukar kepada warna gelap, ianya memerlukan kadar minimum cahaya UV yang tertentu bergantung kepada jenis, model dan pengeluar.



Jenis-jenis kanta yang bloeh bertukar warna disebabkan olah kepekaan kepada cahaya & ultraviolet :

  • Photocromic (photogrey dan photobrown) 
- Pembuatan kanta adalah hasil adunan antara warna dan lens.

- Kanta mempunyai sedikit warna dalam lens (brown/grey) dan tempoh penukaran kepada gelap cerah adalah sedikit perlahan.

- Penukaran warna kanta adalah berbeza bagi “power” yang berbeza bagi kedua-dua belah mata.

- Photogrey telah wujud di pasaran negara kita sejak 10 tahun yang lalu.


  • Transition    
-Transition dikeluarkan dengan teknologi yang lebih baharu beberapa tahun selepas photogrey dipasarkan.

- Kanta Transition pula telah dibuat dahulu dan dimasukan bahan organisma yang peka kepada cahaya dan ultraviolet ke dalam kanta itu.

- Penukaran gelap kepada normal dan sebaliknya adalah lebih cepat dan menjanjikan perlindungan 100% dari ultraviolet.


Ni la antara sedikit sebanyak yang boleh dikongsi bersame

Jom tukar spek camni nak :) ehee...


credit to Optometri dan Anda & Rayban Malaysia

15 Ogos 2011

Makanan dan Minuman yang Cumil :)

Petang2 sebelum berbuke ni, badan pun penat, manyak keje jugak ari ni....wah ! 
Akibat keje abis awey, teman pun cari la makann yang cute miut ni.. sayang nak makan kalo ade depan mate ni... moh tengok....



jangan salah tengok yek...ni kek tau...hehe

biskut yang cumilllllll....

menarik betoi kopi ni...da le teman minat hello kitty

meleleh ayor lio.......

ni biskut...bukan cam

puding...menarik !

canteknye !!!

kek rumah.....

cakepop elmo cumil....

jangan minum pulak suda la....


cupcake Domokun cute....

cute hamburger.... :)

ni je la yang dapat kongsi......sebab tak tahan tengoknye....haaha
ok la...selamat berbuke sume... assalamualaikum... :)

credit to cutestfood.com

Teguk Air Mayat, Sedap Ke ??


Assalamualaikum.. salam ramadhan ke-15 :)


Berita ni saye bace kat myMetro.. geli teman dengonye. Ade ke patut minum air mayat? hey..for what? Sume ni jadi gara-gara deme yang terlibat ni terpengaruh dengan perkara tahyul kononye dapat mengubati pelbagai penyakit dan masalah ketagihan dadah. Moh kite ikuti berita dari myMetro ni . . .




Air mayat dan cebisan kain kafan.....uih deme ni...bio betik nak minum ni....



KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.
Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.

Geli teman ... nyaris2 nak keluo muntah hijo pagi ni, tak abis le pose teman nih....
sabo je la....

14 Ogos 2011

Don't Make Ramadhan an Eating Contest !

Jom tonton vid ni by productiveramadan . . .




pilih yang mane 1 untuk kite ikut :)
Renung-renungkan dan selamat beramal .

12 Ogos 2011

Insaflah Pak Cik . . . ish3


Assalamualaikum :)
Selamat berpuase hari ke-12 . . . penuh tak pose sampai hari ni? hihik..


Pagi2 camni, jom bace berita ni, credit to incik myMetro .


KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang mengalami masalah kesihatan, termasuk darah tinggi, bernasib baik tidak menghabiskan bulan Ramadan ini di penjara apabila dibenarkan diikat jamin selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, 27 Julai lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal L Saleh, membenarkan tertuduh, Mat Amin Hussin yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan, diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selepas mengambil kira faktor usia tertuduh.

Dalam prosiding semalam, Zainal berkata, tertuduh dan ahli keluarga serta rakannya tidak dibenarkan menghampiri atau mengganggu mangsa.
“Dalam kebanyakan kes rogol, saya jarang membenarkan orang yang kena tuduh dikenakan jaminan, namun mengambil kira kepada fakta usia, saya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 15 September depan.

“(Bagaimanapun), jika ada sebarang gangguan terhadap mangsa yang tinggal sekampung dengan tertuduh, jaminan itu akan dibatalkan serta-merta dan tertuduh akan ditempatkan di penjara sehingga kes ini selesai,” katanya.

Zainal berkata, sepatutnya dalam usia lanjut, tertuduh perlu sentiasa menginsafi diri dengan banyak melakukan kerja amal, bukan masih terbabit kesalahan seperti itu.
“Sepatutnya pada peringkat usia pak cik, harus sentiasa berada di surau atau di masjid, tidak sesuai berada dalam kandang orang salah seperti hari ini (semalam),” katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada kira-kira jam 2 petang 22 Julai lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

ish3 ...pak cik ni...dah le rumah kate pergi, kubur kate mari, ade masalah kesihatan pulak tu ...dan lagi wat gini kat bebudak..haish..manusia2.. 


p/s : sentiase ghaddul basar (menundukkan pandangan)

11 Ogos 2011

Kuih Oh Kuih

Selamat berpuase sume :)

Sume tau Malaysia terkenal dengan makanannye yang sodap2 belake. Ade rakyatnye yang menghembuskan nafas terakhir disebabkan makanan. Sume ni gara-gara makanannye terlalu sedap atau terlalu tak sedap. hoho.. salah satu jenis makanan ialah kuih. Berbagai-bagai jenis kuih ade kat Malaysia nih.. setiap negeri mempunyai kuih tradisi tersendiri. Ade yang bulat, ade yang petak, ade yang kembong, ade yang tak de rupe. haha.

Jom kenali kuih-muih di Malaysia serta karakternye... hihik

  • Kuih paling Gangster-Lompat Tikam
  • Kuih paling Sexy-Puteri Mandi
  • Kuih paling Keji-Taik Itik
  • Kuih bajet Cute-Cek Mek Molek
  • Kuih awet Muda-Seri Muka
  • Kuih paling Alim-Kuih Ketayap
  • Kuih Penyakit Lelaki Kronik- Batang Buruk
  • Kuih Suka Pukul-Kuih Lompang
  • Kuih Dalam Zoo-Badak Berendam
  • Kuih untuk Saman Polis Trafik- Kuih Samprett
  • Kuih yang Bangun Sendiri-Kuih Bangkit
  • Kuih orang taj mandi-  Kuih Bau-lu (haha.....)
  • Kuih Paling Tenteram-Kuih Makmur
  • Kuih Paling lembap-Kuih Siput
jangan bagi meleleh ayor lio kome tu.....geli teman kang,,,


haha...jangan gelak lebih-lebih suda..kang tak pepasal batal pose tu..
ok le..setakat ni saje..tak bape larat nak menaip panjang2...pose ni. :)

Selamat berbuke sume...
Assalamualaikum ....peace