30 Oktober 2011

Who Know Everything?


Wikipedia : I know everything !
Google : But I have everything !
Facebook : So what? I know everybody !
Internet : Hey without me, you all are nothing !
Electricity : Silent ! Who's The Boss now ?!!
Benjamin Franklin: Ehem..ehem..Who's discover Electricity?
Allah : Well,well. I created all of you...


Love ALLAH, will you? (:



26 Oktober 2011

Selamat Hari Lahir Maisarah

Assalamualaikum sume :)

Tanggal 26, bulan Oktober tahun 1990, telah dilahirkan seorang bayi perempuan yang agak cute *haha* oleh seorang insan yang bergelar ibu. Bayi perempuan cute tersebut telah diberi name Maisarah. Pendek je namenye, senang..hehe. Bayi tu sekarang ni telah pun menjengah ke usia remaja, so tak boleh la nak panggil baby lagi.hehe

Hari ni, 26 Oktober 2011, genaplah 21 tahun umur remaja tersebut. Selamat Hari Lahir Maisarah.

Maisarah a.k.a tuan punye blog 'Bingkisan Hati' ni la...hehe..

Terima kasih kepade sume yang wish besday kat saye. Syukran kathiiran . . . :)


* tetibe mak tanye soalan ni, bila nak kawin?....keh3

22 Oktober 2011

Muammar Gaddafi | Tembakan di Kepala Punca Kejadian

GADDAFI kelihatan melihat kesan darahnya dengan dikerumuni penentangnya.
GADDAFI kelihatan melihat kesan darahnya dengan dikerumuni penentangnya.

MISRATA: Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala.

Ada beberapa kesan darah pada tubuhnya meskipun ia tidak sebanyak seperti yang diilihat pada video sejurus beliau ditangkap.

Sementara itu, terdapat tanda-tanda pertelagahan antara pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dengan pejuang dari Misrata mengenai tempat pengebumian Gaddafi.

Tidak dapat dipastikan sama ada pejuang di Misrata merasakan mereka mempunyai kata putus untuk menentukan pengebumian bekas pemimpin Libya itu memandangkan mereka yang berjuang untuk menggulingkannya dan kemudian memburunya hingga kepada kematiannya.

“Mereka tidak bersependapat mengenai tempat pengebumian,” kata seorang pegawai NTC yang enggan namanya disiarkan.

“Menurut Islam, Gaddafi sepatutnya dikebumi segera tetapi sehingga ini masih belum ada persetujuan dicapai sama ada mayatnya akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain,” katanya.

Gaddafi masih hidup ketika ditangkap tetapi kemudian mati di tangan pemberontak dalam keadaan yang masih tidak jelas.

Pegawai NTC, Ali Tarhouni yang juga Menteri Minyak dalam kerajaan sementara berkata, keputusan mengenai tempat pengebumian masih belum dicapai. “Saya mengarah mereka menyimpan mayat itu dalam setor beku selama beberapa hari bagi memastikan semua orang tahu Gaddafi sudah mati,” katanya kepada Reuters.
Ketika ditanya mengenai urusan pengebumian, termasuk di mana bekas pemimpin itu akan dikebumikan, dia berkata: “Belum ada keputusan lagi.” Ali juga memberitahu, satu keputusan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri kerajaan sementara Libya akan ditentukan, kemungkinan minggu depan. — Reuters

21 Oktober 2011

Gaddafi terbunuh di Sirte


KUBU...seorang pegawai NTC menunjukkan saluran pembetungan tempat Gaddafi bersembunyi.


TRIPOLI: Terkulai di kaki pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), gambar Muammar Gaddafi itu menjadi bukti terhadap dakwaan kematian bekas pemimpin Libya berkenaan, semalam.

Menurut laporan awal, Gaddafi ditemui berlindung dalam saluran sistem pembetungan di tengah Sirte sejurus selepas pejuang NTC memasuki bandar kelahirannya itu dalam serangan terakhir.

Seorang daripada pejuang NTC berkata, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak ketika cuba menyerah diri.

Beberapa laporan media Arab melaporkan, Gaddafi, 69, menemui ajal akibat kecederaan pada kakinya.
Imej rakaman kamera telefon bimbit yang dikeluarkan sejurus selepas penangkapannya tersebar menunjukkan Gaddafi ditawan.

Pemberontak berkata, Gaddafi bersenjata sepucuk pistol bersadur emas ketika ditemui.

Pemimpin NTC, Abdel Majid Mlegta, berkata selain kaki, Gaddafi turut ditembak di kepala.

“Berlaku tembak-menembak sengit di antara pejuang NTC dengan penyokong Gaddafi sebelum dia mati,” katanya.

Menurut Abdel Majid, Gaddafi ditembak ketika cuba melarikan diri, manakala sumber lain mendakwa, bekas diktator Libya itu cedera terkena tembakan sekurang-kurangnya sekali di perut.

Gaddafi dan keluarganya melarikan diri sejak Nato dan pemberontak mula menguasai Tripoli pertengahan Ogos lalu.
Laporan penahanan Gaddafi yang memerintah selama 42 tahun muncul tidak lama selepas tentera NTC mengumumkan mereka menawan Sirte.

Laporan awal CNN dan NTC mendakwa, Gaddafi berjaya ditahan, manakala al-Jazeera menyatakan, “pemimpin utama” Libya diberkas kerajaan baru Libya, tetapi tiada butiran diberi.

Pada awal pagi semalam, NTC mendakwa, sekurang-kurangnya lima kereta membawa pejuang yang setia kepada Gaddafi cuba melarikan diri dari Sirte.

Pegawai NTC sebelum itu memberitahu Reuters, Gaddafi ditahan berhampiran Sirte ketika dia menyertai konvoi cuba melarikan diri sebelum diserang jet Nato.

Katanya, panglima tentera era Gaddafi, Abu Bakr Younus Jabr, terbunuh dalam operasi itu. - DM


KREDIT

20 Oktober 2011

Tutorial | Page FB Untuk Blog . Cantik !

Assalamualaikum. Salam sume. :)

FB adalah salah satu cara untuk membuatkan blog kite lebih dikenali ramai. Lebih baik lagi jika blog tersebut memiliki fan page nye sendiri. Kalau nak tau cara buat fan page FB blog korang, sila klik link ni yek. tutorial cara letak like box facebook atau fan page FB. Tapi yang tu jenis yang biase kite tengok. Kali ni saye nak ajar camne kite nak buat fanpage FB blog kite jadi lebih menarik, macam yang ade kat sidebar blog saye ni :)

Tanpa menaip lebih merepek lagi, jom start.

Step 1

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript.

2. Copy dan paste code di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript dan ubah seperti yang dinyatakan dalam nota di bawah.


<center>
<iframe style="height:250px; width:85%; " scrolling="no" frameborder="0"href=" 
URL PAGE 
"src="http://www.facebook.com/plugins/fan.php?id= 
NO ID PAGE 
&width=292&height=250&connections=25&stream=false&header=false&logobar=false&css=https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/fblike.css" ></iframe></center><center><iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php?href= 
URL PAGE 
&send=false&layout=standard&width=292&show_faces=false&action=like&colorscheme=light&font&height=40" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden; width:250px; height:40px;" allowtransparency="true"></iframe></center><p align="right"> <small><a href="http://maisarahmyblog.blogspot.com/2011/10/page-fb-untuk-blog-cantik.html
">Get tutorial here </a></small></p>


Penting !!!

 * Sila LETAK URL PAGE FB anda pada URL PAGE dalam coding kat atas tu. Seperti gambar di bawah:


 * Nak cari ID PAGE ?  , sila bukak page fb anda tu, pastu amik nombor je pada URL page blog anda. Sila tengok gambar di bawah:

amik nombor seperti yang diwarnakan je.


Step 2

Preview dulu, kalo sempurna klik save.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan tuan punye blog....hehe

19 Oktober 2011

.: Wordless Wednesday 9 :.



Berdosenyeeeeeeeee......minum la kome....haha

09 Oktober 2011

Pencarian 50 blogger oleh Chegu Zubir

Chegu Zubir



Assalamualaikum sume . . .

Saye join segmen terbaru daripada Cikgu Zubir...
Segmen ni diberi tajuk Pencarian 50 blogger (klik link kat atas tu untuk join)
Moh ramei2 join segmen ni :)


Peace.

Mana Mak?

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “mana mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “mana mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “mana mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "mana mak?"

Ateh menjawab, “entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “mana mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "mana mak?"

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya "Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kuih koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. Ibu 3 ka
li lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?




* share la yer...moge citer ni dapat memberi teladan pada kite sume.

RM11.311 Bilion Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggunakan peruntukan Belanjawan 2012 berjumlah RM11.311 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif membabitkan usaha memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, komitmen tersebut juga selari dengan iltizam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

“Menerusi belanjawan tersebut sejumlah RM249.85 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah.

“KDN menerusi Bahagian NKRA akan memanfaatkan jumlah tersebut bagi memperhebatkan pelbagai agenda yang dikenal pasti mampu menyumbang matlamat kepada pencapaian sasarannya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mahmood berkata, pelbagai inisiatif akan diperhebat antaranya termasuk usaha pembangunan bandar selamat; menyediakan laluan pejalan kaki serta laluan bermotor berasingan bagi mengurangkan risiko jenayah ragut.

Inisiatif lain adalah meningkatkan sistem peralatan penggera keselamatan serta pemetaan berkomputer menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi membantu operasi polis membanteras kegiatan jenayah secara lebih berkesan.

Beliau seterusnya berkata, inisiatif tersebut juga akan digerakkan menerusi komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima RM442 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan tambahan RM200 juta lagi yang diumumkan sebagai peruntukan khas untuk tujuan transformasi menjadikan PDRM sebagai pasukan keselamatan lebih moden dan selari keperluan semasa.

Jelasnya, KDN menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut diperuntukkan sejumlah RM7.56 juta bagi memperkasa Unit Khas Bergerak (UKB) yang berfungsi melaksanakan program `outreach’ memproses permohonan dokumen pengenalan diri di lokasi pendalaman dan pesisir pantai.

“Pendek kata RM10.49 bilion yang diperuntukkan kepada KDN bagi belanja mengurus dan baki RM821 juta untuk perbelanjaan pembangunan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menggerakkan segala usaha yang mampu menjamin impak maksimum kepada usaha memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta Negara,” jelasnya lagi. – mynewshub.my

06 Oktober 2011

Hati-hati Dengan Aircond Kereta !!!




JANGAN hidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita.

p/s: sentiasa berhati-hati dengan sume situasi.
       kongsi dengan sume yek.

05 Oktober 2011

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan Inai

Assalamualaikum. 
Hari ni jom same2 kite belajar sedikit tentang ilmu agama. Kepada wanita khususnye termasuk la saye ni.....

Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Same2 kita renungkan wahai pembaca yang budiman.

.: Wordless Wednessday 9 :.




Sebuah patung yang diukir di sebuah muzium lilin di US.
Ape perasaan anda melihat gambar ni?

04 Oktober 2011

Darjat seorang isteri

Assalamualaikum .

Entry kali ni ditujukan khas untuk insan yang bergelar wanita termasuk la saye yang bakal bernikah dengan insan yang bakal menjadi penyeri hidup * insyaAllah pada mase akan datang ni...hehehehehe * . Pada yang da ade bakal ehem2, yang bakal bernikah, yang baru bergelar pasangan suami isteri dan juge yang telah lame hidup berpasangan ni, elok la same2 kite mengambil pengajaran dan muhasabah diri ten

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah."


Kepada yang bakal mendirikan istana bersama yang tercinta, pilihlah yang mana yang anda akan jadi untuk suami anda.
Kepada yang telah lame berumah tangga, muhasabah diri anda.

p/s: sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat.

Doodle Pertama


Assalamualaikum.
Saje nak share, ni la doodle pertame saye..taraaaaaaaaaaaaaaa ! hehe...
Baru je belajo ni.. banyak kekurangannye lagi.

Peace.

Jom Belajo Loghat Perak #2

Assalamualaikum sume :)
Huuu...semenjak cuti ni, saye jarang hapdet blog ni. Almaklum la . . . line berukband incik maxis punye tak bape laju. Di tempat tinggal ni wilayah incik celcom barangkali..huhu. Nasib baik ade jugak peluang yang incik celcom beri kat incik maxis untuk berlari laju walaupun kura-kura lebih laju rangkaknye. *merepek pulak dah....* . Salah satu cara untuk melepaskan tension terhadap signal berukband yang tak berape laju. hoho.

Ok la.. hari ni, moh kite belajo bercakap menggunekan loghat Perak dalam bahagian kedua ni. ( sambungan daripada bahagian pertama ).


Kebanyakkan perkataan yang mempunyai hujung ‘ING tinggal ‘IN saja:

Contoh seperti di bawah ni:

Kambing = kambin
Kucing = kucin
Lembing = lembin
Dacing = dacin
Cacing = cacin
Guling = gulin
Pusing = pusin
Bising = bisin


Kebanyakkan akhiran ‘IR diganti dengan ‘IO, ‘ AR diganti dengan O :
Acar = aco
Air = ayo
Ajar = ajo
Akar = ako
Asar = aso
Fikir =pikio
Pasir =pashio
Putar = puto..........ada ungkapan orang marah.....puto dek hawa taun lah kamu..makna nya biar kamu.
Kena taun
Kikir=kikio
Cicir = cicio
Kafir=kapio
Lendir = lendio
Hanyir= hanyio
Bibir = bibio.................tapi kalau bebio dah jadi cacing halus seperti hampas kelapa selalu kedapatan pada dubur kanak kanak.
Biar=bio...........sebab itu ada kata kata orang tua bebio kalu di bio naik ke mata buta.
Makna nya sakit cacaing pada bebudak ne tak bleh di biar kan begitu saja tanpa diubati kerana kalau sudah sampai naik kemata boleh mengakibatkan buta.

Bakar = bako
Belukar = beluko
Tikar = tiko
Seluar = seluo
Ular = ulo
Sambar = sambo
Selimbar = selimbo
Takar = tako
Besar = beso.........itu chik beso maknanya encik besar..panggilan kepada abang sulong dalam sesetengah keluarga sadah diperak (mungkin tak semua mengamal nya), anak-anak saudaranya pula akan memenggil ayah beso.

Chegar=chego (batu bulat lonjong didalam sungai ).

* itu yang ada nama kampong chego galah (chegar galah) di kuala kangsar, penempatan keluarga sadah di hulu perak selain di sebelah hilirnya di kampung pulau pisang di daerah parit.

Zikir = jikio

Ce kome try bercakap dalam loghat Perak... jom buat ayat :)

Ni ayat teman :
Teman jumpe ulo dalam beluko dah kene bako.


Bersambung dalam bahagian ketiga (akan datang).

Peace.