Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Servis Shoutbox Percuma Ciptaan Anak Tempatan

Assalamualaikum sume :)

Rata-rata bloggers da pun tau berita tentang Shoutmix chat yang telah pun memberhentikan servis percumanya. Ya, penggunaan Shoutmix amat meluas pada bloggers. Selain Shoutmix, terdapat juga servis chatbox yang lain seperti Cbox, ishoutbox dan yang terbaru hasil tempatan, FiBox. 


Servis Shoutbox percuma daripada FiBox.ws

Hari ni nak cite sikit tentang FiBox ni. FiBox merupakan salah satu shoutbox online yang percuma untuk digunakan. Fibox telah dibina dan dicipta oleh orang Malaysia sendiri, kagum kan? Dan, yang lebih menariknya lagi, orang yang mencipta fibox ini adalah bangsa dan orang melayu sendiri, bukan setakat melayu je, siap dengan agama Islam lagi tu. Hehe, nampaknye dah maju orang melayu kita sekarang sampai boleh buat shoutbox sendiri.

Di bawah ni, FiBox . Frame shoutbox tu ehsan Wan Hazel :)



Cara-cara nak daftar FiBox.

1. Pergi ke http://www.fibox.ws/ (klik je link tu)
2. Sign up atau log in menggunakan akaun facebook. Log in menggunakan akaun facebook adalah lebih              
      mudah.
3. Ikut arahan seterusnya dan sampai la anda akan dapat paparan seperti di bawah ni:




4. Kemudian, tetapkan ape yang patut ditetapkan seperti width, height, font dan colour dengan mengklik 'customize'. Untuk 'smiley', pilih Yahoo! Messenger dan klik 'setting' sama ada nak display total online user atau tak. Untuk semua ni, jangan lupe klik button save ye.

5. Apabila selesai set sumenye, copy kod kat dalam kotak (tengok anak panah).

   Kemudian paste kat HTML/Javascript dan siap. Preview dulu jadi atau tak. Pastu save.

Moh kite tuko chatbox baru. Free lagi . . . :)
Ok la, setakat ni saje untuk kali ni. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera sume.


Catat Ulasan for "Servis Shoutbox Percuma Ciptaan Anak Tempatan"