Siapa kata jadi perempuan tu SENANG? - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

02 February 2012

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?




Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
Nak kena tutup sana, tutup sini
Ce tengok budak lelaki, pakai baju pagoda orang tak bising pun . . .
Perempuan, stoking pon kena pakai
Ce suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari . . .
Kompem tak tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pun susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sebab sakit
Ce tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dengan penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Ce tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Ce pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan?
Tapi dengan hati yangg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah
Mereka cakap, Allah tak adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yang bebel
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat mereka . . .

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
> Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

-Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya


Betul, isteri kena ikut cakap suami
>Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.

Kalau paling ramai dia ada 4 orang isteri.

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu.

Tapi perempuan, seandainya ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki.

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu.

MashaAllah, hebatnya perempuan kan?


Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Ce dengar pula lagu2 yang berkumandang di radio . . .
Banyak lagu pasal perempuan kan?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita tak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu?

Masih tak adil lagikah Allah terhadap perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni, perempuan senang nak masuk syurga.

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah terhadap perempuan?

Oh perempuan, sedarlah . . .
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yang tak berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan . . .



Sekadar perkongsian bersama


~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi.

1 comment:

  1. Siapa kata jadi perempuan itu senang tetapi memang senangpon.
    Jadi seorang lelaki bayak tanggungjawab.
    *Mustahil lelaki boleh jadi perempuan atau sebalikNya.
    Haram lelaki menyerupai perempuan atau sebalikNya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda