Tutorial | Letak Link Dalam Entri - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

14 February 2012

Tutorial | Letak Link Dalam Entri

14/2/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sume :)
Apa khabar sume pembaca? Moga berada dalam keadaan sihat la hendaknya. *macam nak tulis surat tak rasmi jek* .Ok la, hari ni saya nak kongsi satu lagi tutorial blogspot iaitu cara meletakkan link dalam entri. Cara ini juga digunakan oleh blogger untuk tag. Walaupun rata-rata blogger da tau cara nak meletak link dalam blog, bagi newbie tentu masih tercari-cari sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal tentang ini. Tutorial ini telah pun diminta oleh seorang blogger. Ni blog dia Cerita Cintaku. Moh ramei2 terjah blog dia.
Tanpa membebel lebih panjang berjela, moh kita mulakan tutorial.



Step 1  

Pergi ke Dashboard > Posting > New Post  dan mulakan proses menaip.

Contoh:




Step 2

Highlight perkataan yang nak diletak link. Lihat gambar:




Kemudian, klik 'Link' pada bar. Lihat gambar :

ikut anak panah biru tu


Step 3

Setelah klik 'Link' separti dalam gambar di step 2, akan muncul popup seperti ni : 



* kotak Text to display bermaksud perkataan yang nak diletak link. Kalau da highlight seperti dalam step 2, perkataan tersebut automatik akan berada dalam kotak tu.

* kotak To what URL should this link go bermaksud taip URL yang nak kita link kan dengan perkataan tu. Seperti dalam gambar:


Kemudian, klik 'ok'. Perkataan tersebut telah di 'link' dengan URL tersebut.

Ok, selesai :) 
Jika masih terdapat kekeliruan, jangan segan untuk bertanya yek, saya sedia menjawab. InsyaAllah :)

 *klik gambar-gambar di atas untuk tumbesaran berganda-ganda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda