PROTON PREVE - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

05 April 2012

PROTON PREVE

5/4/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Da bace tentang model terbaru kereta Proton? Cun la model yang ni . . . nampak mewah . Kalau cukup duit da lame rembat sebijik model ni..hehe..berangan jap. Model ni dijual dengan harga bermula RM62,000 hingga RM75,000.  


Cun kan? 

gambo : ehsan encik gugel


TEKA-TEKI mengenai nama sebenar kereta global Proton, yang menggunakan kod P3-21A akhirnya terjawab apabila model terbaru kereta Proton itu dikenali sebagai Proton Preve (disebut Prae-vae) yang diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’.

Perkataan itu juga dipinjam dan diolah daripada bahasa Sepanyol, Preve yang membawa maksud ‘memperuntukkan’ sekali gus menggambarkan model berkenaan bukti keupayaan Proton selepas 27 tahun ditubuhkan dalam mengeluarkan produk bertaraf global setaraf dengan jenama kereta antarabangsa lain.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohamad Tahir berkata, kereta itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan ini dan dijangka mula dipasarkan kepada orang ramai dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum di eksport ke Australia dan negara Timur Tengah.

“Sejak mula dibuka untuk tempahan, Proton menerima sebanyak 1,000 unit dan yakin dapat menjual Preve kira-kira 4,000 hingga 5,000 unit sebulan memandangkan ciri serta reka bentuk ditawarkan akan menarik perhatian pembeli,” katanya pada majlis memperkenalkan nama Proton Preve kepada media dan sesi pandu uji Preve sejauh 156 kilometer di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, Proton menjangkakan untuk mengeksport model berkenaan sebanyak 20 peratus daripada jumlah pengeluarannya dan berhasrat menambah sehingga 10 peratus lagi pada masa depan. “Kos pembangunan Preve membabitkan sebanyak RM450 juta dan model ini ditempatkan dalam segmen C akan dijual pada harga bermula RM62,000 hingga RM75,000 serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6 liter CFE (premium), 1.6 liter CVT (eksekutif) serta 1.6 liter manual.

Selain itu, model Preve amat berlainan daripada model terdahulu yang lebih tertumpu kepada pasaran domestik namun ciri-ciri diwujudkan dijangka mampu menarik perhatian pembeli asing kerana lebih mengutamakan ciri keselamatan termasuk peningkatan ketahanan, penjimatan bahan api serta sistem pengendalian lebih baik.


2 comments:

  1. chantek2...nak 1..kikiki

    ReplyDelete
  2. @una imana

    cun kan?..hehe. jom simpan sekupang sehari, da cukup nanti dapat la beli kete ni..hihik

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda