Bapa Benar Lelaki Asing Tiduri Zuriat - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

01 September 2012

Bapa Benar Lelaki Asing Tiduri Zuriat

1/9/2012
14 Syawal 1433H

kredit : myMetro

‘Jual’ anak untuk rokok

BATU PAHAT: Bagi memastikan bekalan rokoknya sentiasa cukup serta tidak perlu dibeli, seorang bapa menawarkan empat anak perempuannya berusia 17 hingga 25 tahun tidur bersama lelaki hidung belang sebagai tukaran.

Lebih menjijikkan, kegiatan itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini, malah ketika anaknya tidur bersama lelaki, bapa durjana berusia 53 tahun terbabit berada di situ sambil merokok.

Kegiatan itu yang berlarutan sejak dua bulan lalu itu, bagaimanapun hanya membabitkan rakan bapa durjana itu, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat anaknya akur perkara itu atau terpaksa melakukannya.

Bagaimanapun, kegiatan keji itu berakhir malam kelmarin, selepas rumah lelaki terbabit diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat sempena Ops Ambang Merdeka.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Sanggup seorang bapa 'menjual' anaknya dengan cara begitu. Kenapa tidak si bapa sendiri yang keluar bekerja untuk dirinya? Tu la... ketagih rokok tapi duit takde nak beli. Akibat cetek pemikiran, penyelesaian begini yang terjadi. Anak-anak menjadi mangsa. Dunia oh dunia.......


Kredit: myMetro


hot stuff untuk anda! klik sini >>> http://bit.ly/OIiyk3

1 comment:

  1. astarfirulallahazim...kejamnya ada bapa sperti nie..sggup jual anak semata krn sebatang rokok...nauzubillah

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda