Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DSLR baru Nikon : D600

29/9/2012 
13 Zulkaedah 1433H


NIKON melancarkan kamera terbarunya, D600 yang disasarkan kepada pengguna peringkat pertengahan dengan harapan mengukuhkan kedudukannya di pasaran fotografi yang mana syarikat terbabit kini mengambil alih kedudukan nombor satu daripada pesaing terdekat.

Pengarah Urusan Nikon (Malaysia) Sdn Bhd Masanobu Tsunoda berkata, D600 menjadi produk terkini mampu menarik perhatian pencinta fotografi.

“Kami sudah menduduki tangga pertama untuk kategori DSLR dan CDSC dengan jumlah perkongsian pasaran sebanyak 29.9 peratus secara keseluruhannya di dunia yang dilaporkan agensi penyelidik, GFK Julai lalu.

“Oleh itu, model baru memberi semangat untuk mengekalkannya,” katanya ketika melancarkan D600 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia turut dihadiri Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Produk Pengguna Nikon Malaysia, David Ng dan Pengurus Kanan Perkhidmatan Profesionalnya, Mahfooz NR.

Beliau turut menjelaskan, pengeluaran produk Nikon kini kembali pulih selepas kilangnya di Bangkok , Thailand yang terjejas ketika banjir Oktober tahun lalu, beroperasi sepenuhnya tahun ini.

D600 dikategorikan sebagai kamera DSLR yang mempunyai saiz 141 x x 82 milimeter seberat 760 gram dengan pengesan imej CMOS 24.3 megapiksel di samping enjin berkuasakan Expeed 3.

Kamera terbabit menggunakan skrin bersaiz LCD 3.2 inci yang kalis debu dan air menyamai produk D800 dan D800E sebelum ini.

D600 dijangka dijual pada harga RM7,998 (badan saja) dan RM9,598 (dengan set kit AF-S 24-85mm f/3.5-4.4G VR).







terbaiklah D600 ni... kena kerja keras nak beli model ni..woohooo...


Kredit:

Catat Ulasan for "DSLR baru Nikon : D600"