Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Salam Aidiladha 1433H

25/10/2012
9 Zulhijjah 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

Esok Hari Raya Aidiladha, 10 Zulhijjah 1433H jatuh pada 26 Oktober 2012. Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa lillahil Hamd. Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca dan yang sudi like fanpage blog ini. Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.. Taqabbala Allahu Udhiyatana Wa 'amalina. Semoga kita memaknakan pengorbanan Ibrahim dan keluarganya di dalam kehidupan kita. Semoga yang menunaikan haji mendapat haji mabrur dan membawa nilai-nilai haji itu ke dalam hidup.

Mesti ada antara pembaca yang dah pun berada di kampung kan? Bergembira bersama sanak saudara, bergotong-royong membakar lemang yang pelbagai jenis dan tak lupa jugak rendang. Kambing, lembu dan kerbau sedang menahan rasa gementar dan darah gemuruh untuk hari esok, sebelum tibanya waktu dikorbankan ^_^


Sekumpulan kambing di atas ni sedang bersantai layan mukabuku, siap ade kopi lagi tu..hik3..
meng'update' status terakhir barangkali. Yang pastinya haiwan korban, di syurgalah tempatnya. 


Antara kelebihan ibadah korban ialah:

Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37) 

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)


Ibadah haji, rukun Islam kelima.

Allah berfirman: “…Ibadah haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.” (Ali-Imran: 97)

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَلَكَ

Labbai kallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu
yang tiada sekutu bagi-Mu



Kullu wa antum bikhair !
Selamat berkorban !


3 ulasan for "Salam Aidiladha 1433H"

  1. Assalam, selamat Hari Raya Aidil Adha!!! ^_^

    BalasPadam
  2. kelakar pic uh :D hehe
    entri yg berilmu :)

    selamat hari raya aidiladha blogger :D

    BalasPadam
  3. Semoga aidiladha kali ni memberi erti dan makna! Selamat Eid Adha! Terbang dari sabahan hehe :')

    BalasPadam