28 Februari 2012

Membuat Doodle Menggunakan Excel. jom !

kakak ni ucap assalamualaikum  . . .
jawab2. sape tak jawab dosa. sape jawab gatal. hehe..tak de la..gurau je :)




28/2/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua  ^_^

Da beberapa hari tak menaip ni. huhu . . . Cuti masih bersisa beberapa hari saja lagi sebelum memulakan sesi pengajian setelah hampir 5 bulan bercuti. Lame tu . . . Selesai keje part time selama 4 bulan, baki sebulan lagi nak berehat je. Bulan ni tak keje da, jadi ngadap laptop je la kejenye.

Da lame tak men'doodle' ni, hari ni ade la mase nak menconteng sikit. hoho . . .  Selama ni saya buat doodle  dengan menggunakan photoshop dan paint je. Tapi hari ni doodle dibuat dengan menggunakan microsoft excel. EXCEL? buleh ke nak buat doodle guna excel?  . . . buleh je . . . Saya pun baru je belajar buat doodle guna excel ni.

Jom tengok doodle yang saya baru buat ni. Tergelak-gelak saya tengok . . . hihi.

Apa pendapat korang tentang doodles ni?

1st doodle . . .
mata pun takde bulu mata. tak reti buat. hik3. sian dia pakai shawl camni..hihihi



2nd doodle . . .
dia baru je beli tshirt mase shopping tadi. tapi shawl kureng sikit . . .hihi




3rd doodle . . .
uih . . . bintang2 baju kakak ni


4th doodle . . .
bulat mata kakak ni . . . alamak, kat mata dia ade kaler biru la. kene tumbuk ke?
kih3 . . .


Hadoii . . . lawak pulak tegok doodles ni. hik3. pasni nak try lagi buat doodle guna excel. seronok!
Jom try buat doodle guna excel !

21 Februari 2012

Tutorial : Letak Lagu Youtube Di Blog (Autoplay , Pause Only , Repeat)

21/2/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sume :)
Ape kabo? hehe . . . petang2 ni saya nak kongsi satu tutorial iaitu cara letak lagu youtube di blog seperti yang ada dalam blog saya ni. 

camni la rupenye . . .

Disebabkan ramai yang request tutorial ni, saya pun buat la tutorial ni. Tutorial ni 100% di'copy dari blog Lyssa. Thanks a lot Lyssa !

Tanpa membebel lebih panjang, jom kita mulakan tutorial.


1. Log in > Dashboard > Design > Add a Gadget > Html/JavaScript

2. Korang copy kod ini :

<div style="position: fixed; top: 25px; left:3px;">
<param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/Wrl8weYTmGU&feature=relmfu&loop=1&amp;autoplay=1&amp;rel=0&amp;fs=1&amp;color1=0xFFFFFF&amp;color2=0xFFFFFF&amp;border=0&amp;loop=0" />
<param name="allowFullScreen" value="true" />
<embed src="http://www.youtube.com/v/Wrl8weYTmGU&feature=relmfu&loop=1&amp;autoplay=1&amp;rel=0&amp;fs=1&amp;color1=0xFFFFFF&amp;color2=0xFFFFFF&amp;border=0&amp;loop=0" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="false" width="30" height="25"></embed>
</div><br /><br /><br /><br />


3. Paste di ruangan Html/JavaScript tadi tu ..

4. Yang warna merah , korang paste je URL lagu dari youtube ! Tak tahu nak cari macam mana ? Korang ikut step ni ...

5. Pergi ke >>> LINK INI

6. Taip lagu apa yang korang nak . Lepas tu , tekan Share ! Tekan Embed !
7. Tick pada Use Old Embed Code SAHAJA .

8. Copy kod ! Paste di Note Pad atau Word Pad .

yang tu ye Notepad...


9. Bila dah paste akan jadi macam ni :

<object width="420" height="315"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/Wrl8weYTmGU?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/Wrl8weYTmGU?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="420" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>


10. Copy URL lagu sahaja seperti yang ditunjukkan ni . (seperti atas ni)

11. Gantikan URL ni masuk dalam kod seperti no 2 tadi (ganti yang warna merah) . Dah kan ?

12. Sekarang macam mana pulak nak buat pause kita ikut warna yang kita suka ?

13. Yang warna biru tu , tukarkan dengan kod warna . Cari kod DEKAT SINI !!

14. Kalau da siap boleh la save. Pastu tengok blog korang, jadi tak. Kalau tak jadi bagi tau ok. Kalau tak    jadi pun bagi tau jugak.


Jangan segan untuk bertanye yek :)

Pada sesiapa yang tak berapa faham atau tak jadi, boleh PM saya di fanpage FB Blog BingkisanHati, saya akan buatkan coding untuk korang ye.

# sebelum tu like FB ni dulu ye :)



Saya Join, Pasti Dapat Doodle

klik banner ni untuk join



Petang2 gini saya join satu segmen; Saya Join, Pasti Dapat Doodle. Nak join? Klik banner di atas ye :)


Detail saya
Nama Panggilan Saya :  Maisarah
URL belog : maisarahmyblog.blogspot.com
Negeri Kelahiran : Perak
Warna Kesukaan : Biru 


Kawan2 blogger yang ditag:


Sesape yang nak doodle cute dari fizgraphic.com ni, join segemen ni eh. :)

SMS Kurang Ajar . . . kurang ajar sungguh !

gambar kredit kepada myMetro online


Tak patut betul. Memang tak patut. Sudah la meragut, sempat lagi hantar SMS dengan menggunakan telefon bimbit mangsanya. Haihhhh . . .

Ikuti berita selanjutnya . . .

ALOR SETAR: “Dia cuma berani di belakang, orang macam ini perlu diberi pengajaran,” kata Muhamad Hafiz Azizan, 23, suami mangsa ragut di Jalan Gelam-Jalan Datuk Kumbar, di sini, Jumaat lalu.

Muhamad Hafiz berkata, hatinya geram apabila menerima SMS dipercayai daripada peragut yang menggunakan telefon bimbit isteri yang berada di dalam beg diragut.

SMS berbunyi ‘Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.’
Dia berharap, peragut terbabit ditangkap polis dan dihadapkan ke muka pengadilan.

SMS itu juga membuatkan, isterinya, Nuramiza Ezzanie Azmi, 21, semakin marah kerana peragut menyalahkan dirinya.

*********

‘Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.’

 *Mat Rempit sekalian, kalau nak diiktiraf sila berlumba di litar ye. Da menang nanti, dapat la pengiktirafan.
   Salah kau la mat rempit, nak salahkan mangsa kau pulak.



18 Februari 2012

Contest Blog Gorgeous by Raraa

klik banner di atas untuk join


Hari ni rajin la sikit nak blogwalking. Tetibe ternampak satu contest yang menarik dan saya join contest tu. Contest Blog Gorgeous by Raraa. Blognya comel je. :)

Saya join contest ni sekadar untuk menambah kenalan di dunia maya ni. Tapi kalau terpilih sebagai salah seorang pemenang, alhamdulillah :) . Blog saya ni pun tak seberapa jika dibandingkan dengan bloggers lain...banyak lagi blog-blog yang gorgeous. Mencuba nasib di sini. . . Pada sesiapa yang nak join contest ni, sila buat perkara berikut:

Syarat-syarat
  • Terbuka kepada follower Raraa . FOLLOW
  • Like Fanpage Raraa CLICK
  • Like blog ni dan klik semua icon cute ni 
  • Like & follow sponsor Here
  • Buat entry tentang Contest Blog Gorgeous by Raraa sertakan banner berlink & syarat 
  • Tag 3 buddies // pastikan mereka tahu
  • Letak link entry korang di  kotak komen Raraa bukan tagboard taw


Rakan blogger yang telah ditag:

Freebies #1 | Pink Polka Dot Background

18/2/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sume :)

Hari ni saya nak bagi freebies pertama saya kepada pembaca sume, pink polka dot background. Nak tengok contoh kalau background ni dipasang untuk jadi background, sila klik link ni NorSuhayani. Dia adik saya.hehe. Ok la, sesiapa yang nak boleh ambil tapi jangan lupa tinggalkan komen ye :)


 

 

 

 


untuk copy URL = right click > copy image URL

*jangan lupa follow dan klik like untuk dapatkan freebies yang lebih menarik lagi yek :)

14 Februari 2012

Tutorial | Letak Link Dalam Entri

14/2/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sume :)
Apa khabar sume pembaca? Moga berada dalam keadaan sihat la hendaknya. *macam nak tulis surat tak rasmi jek* .Ok la, hari ni saya nak kongsi satu lagi tutorial blogspot iaitu cara meletakkan link dalam entri. Cara ini juga digunakan oleh blogger untuk tag. Walaupun rata-rata blogger da tau cara nak meletak link dalam blog, bagi newbie tentu masih tercari-cari sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal tentang ini. Tutorial ini telah pun diminta oleh seorang blogger. Ni blog dia Cerita Cintaku. Moh ramei2 terjah blog dia.
Tanpa membebel lebih panjang berjela, moh kita mulakan tutorial.



Step 1  

Pergi ke Dashboard > Posting > New Post  dan mulakan proses menaip.

Contoh:




Step 2

Highlight perkataan yang nak diletak link. Lihat gambar:




Kemudian, klik 'Link' pada bar. Lihat gambar :

ikut anak panah biru tu


Step 3

Setelah klik 'Link' separti dalam gambar di step 2, akan muncul popup seperti ni : 



* kotak Text to display bermaksud perkataan yang nak diletak link. Kalau da highlight seperti dalam step 2, perkataan tersebut automatik akan berada dalam kotak tu.

* kotak To what URL should this link go bermaksud taip URL yang nak kita link kan dengan perkataan tu. Seperti dalam gambar:


Kemudian, klik 'ok'. Perkataan tersebut telah di 'link' dengan URL tersebut.

Ok, selesai :) 
Jika masih terdapat kekeliruan, jangan segan untuk bertanya yek, saya sedia menjawab. InsyaAllah :)

 *klik gambar-gambar di atas untuk tumbesaran berganda-ganda.

03 Februari 2012

Luahan perasaan seorang hamba Allah kepada seorang ustaz . . .

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yang saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz... saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz... terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yang amat saya cintai itu.

Ustaz... sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz... pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz... saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz... isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz... kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz.. selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz... jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz... sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….



Ini adalah kisah benar. Moga kita mendapat iktibar dan pengajaran daripada luahan hati seorang hamba Allah tersebut.

sumber: inbox email saya :)

02 Februari 2012

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?




Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
Nak kena tutup sana, tutup sini
Ce tengok budak lelaki, pakai baju pagoda orang tak bising pun . . .
Perempuan, stoking pon kena pakai
Ce suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari . . .
Kompem tak tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pun susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sebab sakit
Ce tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dengan penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Ce tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Ce pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan?
Tapi dengan hati yangg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah
Mereka cakap, Allah tak adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yang bebel
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat mereka . . .

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
> Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

-Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya


Betul, isteri kena ikut cakap suami
>Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.

Kalau paling ramai dia ada 4 orang isteri.

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu.

Tapi perempuan, seandainya ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki.

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu.

MashaAllah, hebatnya perempuan kan?


Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Ce dengar pula lagu2 yang berkumandang di radio . . .
Banyak lagu pasal perempuan kan?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita tak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu?

Masih tak adil lagikah Allah terhadap perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni, perempuan senang nak masuk syurga.

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah terhadap perempuan?

Oh perempuan, sedarlah . . .
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yang tak berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan . . .



Sekadar perkongsian bersama


~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi.