27 Mac 2012

Tempoh sah Baucar Buku 1Malaysia Sehingga 30 April

27/3/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)




Semalam baru je 'habiskan' Baucar Buku 1Malaysia (BB1M). Takut tak sempat nak tukar sebab tempoh sah baucar adalah sehingga 31 Mac. Tetibe hari ni dengar citer tempoh sah baucar dilanjutkan sehingga hujung bulan April. Dengan perasaan ingin tahu yang mendadak, saya pun search la kt gugel berita tentang ni. Ha'a la. Memang betul sah sehingga 30 April. Tapi takpe la. Sume barang yang diperlukan da pun dibeli. Buku pun da cukup. Bawah ni adalah berita tentang tempoh sah baucar tersebut . . .

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melanjutkan tarikh tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sehingga 30 April ini untuk dimanfaatkan lebih 30,000 pelajar baru kemasukan kedua ke institusi pengajian (IPT) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu dibuat kerana pelajar yang baru mendaftar di IPT antara Januari hingga Mac mendakwa mereka mungkin tidak dapat menggunakan baucar berkenaan kerana tarikh lupusnya terlalu hampir iaitu Sabtu ini.
“Saya ingin menegaskan hanya pelajar mendaftar sebelum 31 Mac layak mendapat kemudahan BB1M. Mereka yang mendaftarkan selepas tarikh itu tidak layak menerima BB1M.
“Berdasarkan rekod kementerian, 1.27 juta pelajar sudah menerima 5.1 juta BB1M yang dianggar bernilai RM255 juta, termasuk mereka yang mendaftar sejak Januari lalu hingga sekarang.

“Daripada 5.1 juta baucar BB1M yang diagihkan, hanya kira-kira 50 peratus sudah diterima balik oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) daripada kedai buku untuk ditukarkan dengan wang tunai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penghargaan Kursi Pengajian Melayu di Luar Negara di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyerahkan watikah pelantikan pemegang Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), China, kepada Prof Dr Mohd Taib Dora.

Katanya, BB1M selebihnya mungkin masih berada di tangan pelajar atau kedai buku yang belum menunaikannya dan beliau meminta kerjasama 292 kedai buku di seluruh negara yang menyertai program itu supaya menerima baucar berkenaan walaupun tarikh lupus yang dicetak padanya ialah 31 Mac ini.
KPT juga akan mengeluarkan notis menerusi akhbar utama bagi memaklumkan kepada pemilik kedai buku dan pelajar IPT bahawa tarikh tempoh sah BB1M kini dilanjutkan sehingga 30 April ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled mengumumkan kementeriannya bercadang menubuhkan dua lagi Kursi Pengajian Melayu iaitu di Jerman dan Jepun tidak lama lagi.

Katanya, Goethe-University of Frankfurt di Jerman turut menyatakan minat untuk mengembangkan Pengajian Melayu di universiti berkenaan.

Katanya, penubuhan kursi berkenaan dicadangkan kerana Frankfurt adalah pusat perbankan serantau di Eropah, sekali gus menjadi langkah strategik bagi mempromosikan Malaysia sebagai pelopor bidang pengajian perbankan Islam pada peringkat global.


Sumber : Berita Hairan...eh silap pulak. Berita Harian  ^^,

26 Mac 2012

Segmen : Saya Suka Doodle Part 2

26/3/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
Hari ni saya join 1 segmen oleh Apit. Harap2 dapat la doodle comey kat bawah ni. ^_^




Nama : Maisarah
Warna feveret :  #FABDFF

Nak join?
klik banner kat atas tu :)

24 Mac 2012

Tutorial : Cara Membuat Menu Tab

24/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok la, kali ni saye nak wat tutorial cara membuat menu tab yang comel, contohnye macam menutab blog ni yang ade kat bawah header tu. Tutorial ni telah pun diminta oleh sorang blogger. Tanpa banyak menaip yang lebih merepek, jom kite mulakan tutorial kali ni.


Step 1

Mula2, design menu tab yang korang nak gune photoshop, paint atau ape saje yang seangkatan dengannye. Apabila da siap men'design', jangan lupe tulis ape yang tajuk menutab tu yek.

Saya ada sediakan beberapa contoh menutab yang saya design sendiri. Tab yang simple. Kalau nak guna, korang boleh copy pastu tulis la tajuk menutab tu, contohnya 'home' dengan menggunakan photoshop, paint dan lain2 lagi. Tu pun kalau nak guna. ehehe.







Step 2

Buka Dashboard > Design > Page Elament > Add Gadget > HTML/Java Script
Copy kan code dibawah ni, dan letak dalam HTML/Java Script


<a href= " URL Pages anda " target = " _blank"><img src=" URL Pic Tab Menu " width="155" height = "80" /></a>

* Nak cari URL Pages? 
   Pergi ke Dashboard > New Post > Edit pages (selang 2 dari new post). Tengok gambar bawah ni, klik yang biru tu.



Pastu akan keluar camni


right click kat yg petak biru tu (ikut arrow) untuk dapatkan URL pages (klik copy link address). Pastu paste URL tu pada kod tadi.



Penting!

  • Rujuk sini untuk buat pages/menutab.
  • Kalau nak letak 3 tab, copy je code kdalam step 2 sebanyak tiga kali dan ubah URL Pages anda dan URL Tab Menu. 
  • Saiz tab menu boleh diubah mengikut kesesuaian. Hanya adjust 'width' dan 'height' . 
  • Sila letak code <center> dihadapan code korang yang first, dan letak </center> di code yang paling akhir untuk memastikan tab menu berada ditengah-tengah. Contoh:
 <center><a href= " URL Pages anda " target = " _blank"><img src=" URL Pic Tab Menu " width="155" height = "80" /></a> </center>


Selamat mencuba ^_^
Kalau ada sebarang masalah, tanya je ye.

Tutorial : Cara letak pages/menutab dalam blog

24/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Hari ni saya nak kongsi satu tutorial iaitu, cara letak pages/menutab dalam blog. Sebabnya ade yang request buat tutorial ni. Bagi sesiapa yang belum tahu apa tu menutab, tengok gambar di bawah ni:



Tu la dia menutab . Yang terletak di bawah header tu.
Nak buat? Jom ikut tutorial mudah ni.



Step 1

Pergi ke Dashboard > Posting > Edit Pages > New Page



Lepas klik 'new page', akan keluar seperti di bawah ni:


Taip le ape yang korang nak taip . . .



Step 2

Kalau dah siap, preview dulu jadi ke tak. Kemudian, klik 'save'.
Pastu akan keluar camni



Kalau nak letak kat sidebar, pilih 'Blog sidebar'.
Kalau nak letak kat bawah header, pilih 'Blog tabs'.

Kemudian, klik 'save and publish'.




Step 3
Pergi ke Dashboard > Design > Add a gadget > Pages
Akan keluar camni


Korang boleh drag and drop page order tu. Susun ikut hati anda.
Da siap, klik 'save'.


Selamat mencuba ^_^
Jangan segan untuk bertanya kalau ada sebarang masalah.

Tutorial : Letak Copyright Pada Blog

23/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)
Moga berada dalam keadaan sihat hendaknya *ayat surat tak rasmi*.

Ok la, hari ni saya nak kongsi satu tutorial sebab ade yang request iaitu cara meletak copyright. Sila scroll blog ni sampai  bawah sekali. Yang ni la copyright . . .



Haa...camtu la rupanya. Copyright ni diletakkan di bahagian bawah sekali tu.

Jom mulakan tutorial ni.


1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html
2. Tekan Ctrl + F untuk mencari kod di bawah.

</body>  

3. Apabila da jumpa kod tersebut, paste kod bawah ni dibahagian atas kod yang korang cari tadi.

<script type='text/javascript'>
window.setTimeout(function() {
document.body.className = document.body.className.replace(&#39;loading&#39;, &#39;&#39;);
}, 10);
</script>
<center>TULIS AYAT COPYRIGHT KORANG KAT SINI</center>

4. Sebelum save,preview dulu. Da puas hati, klik save. Siap!


__________________________________________________________________________________

Kalau tak nak letak ayat, nak letak gambar pun boleh. Contonhnya seperti yang ade dalam blog ni (sila scroll sampai bawah ye :)  Da jumpa? Nak buat macam tu tak? Meh try . . .


Koding nye lebih kurang sama seperti nak tulis ayat tu. Cuma kalu lau nak letak gambar ni ade penambahan kod sikit.

Ikut step 1 sampai 3 seperti di atas.

Da sampai step yang ketiga, gantikan TULIS AYAT COPYRIGHT ANDA DI SINI  dengan kod di bawah ni:

<img src="URL GAMBAR" width="700" height="80" />

*gantikan URL GAMBAR dengan URL gambar pilihan anda.
*adjust width dan height gambar mengikut kesesuaian. . .

Kalau da siap, preview dulu. Puas hati? Boleh la save.

Kalau jadi, bagitau ea. Tak jadi pun bagitau jugak. . . Jangan segan bertanya :)

Selamat mencuba !

20 Mac 2012

Blog Comel Pilihan Ben Ashaari

20/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Kaifa haluk? Dalam bahasa Melayu bermaksud ape khabar. Jawabnye, alhamdulillah bikhair. Mesti korang tau kan maksud tu?..hehe. Pejam celik, pejam celik. Nasib baik tak pejam terus. Da nak masuk minggu ketiga berada di UiTM Shah Alam ni. . . alhamdulillah rezeki pun bertambah. Moga dipermudahkan segala urusan olehNya sepanjang saya menuntut ilmu di sini.

Bukan nak merepek tujuannye petang2 ni, cuma saya nak berterima kasih sangat2 dan manyak2 kat abang BEN ASHAARI sebab promote blog saya yang tak seberapa ni. Saya terkejut beruk tapi bukan beruk. Yelah, banyak lagi blog yang lagi ohsem dari blog saya ni. Abis je bace entri ni Blog comel pilihan ku .. . Saya terus improve blog ni. Bagi saya, kritikan lagi penting daripada pujian kerana kritikan membawa kepada kejayaan. Macam mak kite membebel kat kite tu . . . ape yang mak kite cakap sebenarnye betul walaupun membebel. hehehe..

Nak bace entri tu? klik link ni Blog comel pilihan ku .. tulisan Ben Ashaari.


Ok. Nak bersiap pegi lecture ni. Papai :)

Assalamulaikum.

18 Mac 2012

Pantun Pecah Dara

18/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jangan terkejut pulak bace tajuk entri kali ni. Beribu kemaafan sekiranya tajuk entri ni tak berapa baik. Tapi isi yang ingin disampaikan amat mendalam. Special untuk kaum hawa termasuk saya. Pantun ni adalah peringatan kepada kita semua supaya beringat sebelum terlambat dan menyesal di kemudian hari. Pantun ni saya jumpa kat FB . Kawan2 FB share. Jadi tak salah kan nak sebarkan perkara untuk peringatan kepada kita semua... Kredit kepada pencipta asal pantun ni kot2 dia ada terbaca la kan :)


Bermula dengan sekadar mengurat
Lalu bertemu di satu tempat
Maka tangan pun mula melorat
Lawan peluk tak kurang hebat

Bila peluk sama rapat
Nafas pun tersekat-sekat
Baju sendat turut terangkat
Gunung berluruh turut d’pnjat

Tinggi rendah,bacaan disukat
Jarum meter bepusing ligat
Lubang kosong mula tersumbat
Habis longgar dlunya ketat

Ular sakti menikam tepat
Bisa terpancut kononnya ubat
Ubat cinta tak pernah tergugat
9 bulan perut sarat

Dulu kosong skrg berat
Bila ditnya kata terjerat
Time kangkang kononnya nikmat
Cepat lah abg cepat lah cepat

Pikir dunia tak ingat akhirat
Dapat baby dibuang merempat
Masalah selesai kononnye selamat
Buat dulu pastu taubat

Tapi sekarang sudah terlambat
Segala amalan di hitung di catat
Tunggu lah masa tunggu lah saat
Di akhirat kelak HANG TAKKAN SELAMATTT.

Kepada anak2 dara sekalian termasuk saya, share pantun ini jika anda sayangkan dara anda Lah!


Ok. Bahasa ketiga, Bahasa Mandarin

18/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera + selamat malam. .eh, pagi da rupenye . ngeee

Ok la. Sem ni sem 3. Tahun kedua. Sem ni 7 kos (subjek) yang kene amik. Salah satu daripadanya, Bahasa Mandarin.


snap gune cam fon jek...ahakk

Buku kat atas ni adalah buku bahasa Mandarin. Da tertulis kat buku tu kan? :)
Bahasa Mandarin bukanlah bahasa fonetik, sebutannya tidak ada kaitan dengan tulisan aksara Cina. Sistem khas 'Hanyu Pinyin' telah dicipta untuk tujuan mempelajari sebutan bahasa Mandarin. Hanyu Pinyin merupakan sistem global yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ni maksudnye cam tulisan jawi yang dirumikan. Yang baru belajar bahasa ni kalau guna simbol perkataan Cina tu sampai abis sem tak sudah2 dapatnye. hihik.. Sebab tu ada sistem ni.

Bagi kos 3rd Language atau Bahasa Ketiga saya telah memilih bahasa ni. Kenapa? Sebab bahasa ni meluas penggunaannya di seluruh dunia. Kat Malaysia ni pun berbilang bangsa. Jadi, kalau kene tipu pun tau nak balas ape nanti. hehe.. Seronok belajar bahasa ni. Baru tau cara sebenar untuk sebut perkataan2 bahasa ni. Kalau tak sebelum ni main tiru2 je ape diorang cakap. haha. merepek je banyak. Sekarang ni alhamdulillah, 4 bahasa dalam tangan. Bahasa Melayu, English, Arabic dan bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin ni adalah baru bagi saya dan sedang merangkak untuk belajar ^_^

Antara bahasa lain yng ditawarkan untuk kos 3rd Language ni adalah bahasa Arab, Jerman, Jepun dan France.

*Kalau amik bahasa Korea best jugak. leh sembang2 ngan Dong Hae bile jumpe nanti.ehehehe

17 Mac 2012

Segmen 3 : Menambah Followers Di Blog Anda

17/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua . . .

Hari ni join satu segmen lagi; Menambah followers...ehehe
Segmen dikelolakan oleh Cik Uncha. Nak join segmen? klik banner di bawah ni untuk lebih lanjut.



Ape lag, jom join ^_^

12 Mac 2012

D-NA ? Ape tu?



Ni la D-NA nye . . . hehe.. kpop lover mesti kenal kan? Lagu ni menjadi ringtone henpon saya. ehehe

11 Mac 2012

Kecik-kecik dah pandai main dadah

11/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari ni terbaca satu berita di akhbar Metro, online punye... terkejut jugak. Kecik-kecik dah mula berjinak dengan najis dadah. Baru sekolah rendah tu. Penggunaan dadah telah memberi kesan yang buruk kepada pelajar ni. Jom ikuti berita daripada myMetro ni.



KUALA LUMPUR: Sungguh membimbangkan apabila penagihan syabu bukan saja menular di kalangan pelajar seawal usia 13 tahun, malah ada budak semuda 10 tahun dijadikan ‘keldai dadah’ oleh sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa.

Selain menjejaskan pembelajaran dan memudaratkan kesihatan mental serta fizikal, penyalahgunaan syabu yang juga dikenali sebagai ‘ice’ dan ‘batu’ di kalangan pelajar boleh menjerumuskan mereka ke kancah jenayah.

Buktinya, ada yang ‘berperangai hantu’ apabila berani mencabul rakan sekelas, bergaduh dengan guru dan mencuri duit ibu bapa.
Bagi pengedar cilik pula, kemiskinan hidup menjadi alasan mereka mudah terjebak dengan pujuk rayu sindiket dadah biarpun upah diterima tidak seberapa.

Berikut pengakuan beberapa pelajar dan individu yang sukar melupakan ketagihan selepas terjerat dengan bahan terlarang itu sejak di bangku sekolah, selain kisah keberanian pengedar kanak-kanak di Sabah demi sesuap nasi. . . .

ok . . .nak tau lebih lanjut lagi, sila beli akhbar Metro di kedai2 berhampiran anda yek :)


* Walau miskin mana sekalipun, jual dadah bukan jalan singkat sebagai cara mudah untuk mendapatkan wang. Menoreh getah kan lagi bagus? :)


10 Mac 2012

Video baik punye . . .jommmmm

10/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Jom layan satu video pepagi buta cenggini . . .



Mak aih . . . sedapnye suara budak ni. Kecik-kecik da ada suara sedap.

Apa pandangan anda?

07 Mac 2012

.: Wordless Wednesday 12 :.



Terbaik la ! hahaha. Tu la. Sayang sangat kat muto sampai tido sekatil.

06 Mac 2012

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU

6/3/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ^_^



Hari ni join segmen kritik mengkritik blog dari abang Ben. Orang kata, kritik tu lagi penting daripada pujian sebab kita dapat memperbaiki kekurangan. Kritikan dapat membantu kita mempelajari sesuatu daripadanya.

Blog ni jugak mempunyai kekurangan. Tak salah kan kalau nak kritik atau mengutarakan pendapat tentang kekurangan blog ni ^_^. Jadi, korang boleh la mengkritik secara hikmah agar sama2 dapat manfaatnya. :)

Nak join segmen ni? Klik banner di atas ni ye.

*Cepatttt … Tutup malam ni , pukul 7 malam ( 6/3/2012) ..


Fibox menyanyi lagu Latinnya . . .

6/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ^_^ .

Cuaca di Shah Alam ketika ni tak berapa panas dan tak berapa mendung. Tak tau nak describe camne. haha. Kelas hari ni pun 2 je. Tamat pukul 1.30 petang tadi. Kelas pun tak berapa nak jalan. Biasa la . . . minggu pertama. Sibuk dengan pelbagai urusan. Ada jugak yang masih dalam mood cuti. hehe. Balik je dari kelas, makan kemudian solat. Pastu terus online. hehe. Online je bukak blog sendiri dulu. Pelik! Apesal lagu Latin ade kat blog saya ni? Padahal lagu kat blog saya ni lagu korea. Jenuh jugak cari mana puncanya. Rupa-rupanya lagu ni Fibox shoutbox yang 'nyanyi'. haihhhh . . .

Nasib baik sekarang ni da ok. Fibox tak lagi 'menyanyi'. Baru nak tukar shoutbox lain. Tau takot . . .hehe.

Alam Lain?

5/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Baik? Sihat? Gembira? Harap semuanya ada  ^_^

jom pegi sekolah..jom !
dibuat menggunakan microsoft excel



Beberapa hari da tak update blog ni disebabkan sibuk dengan urusan pendaftran universiti ni...penat2..
Hari ni hari pertama persekolahan saya. Eh, silap la..Semester baru la. hehe. Doodle kat atas ni ketika saya berada di tingkatan 5, seorang pengawas sekolah. Tu cerita 5 tahun lepas. Sekarang punye cerita lain. Alhamdulillah...da melangkah ke peringkat ijazah sarjana muda setelah selesai menamatkan program diploma selama 3 tahun.

Alam lain?  Yela  . . .dulu kat utara, sekarang ni kat tengah Malaysia. hehe.. Hari ni, sibuk giler tapi tak la sampai giler kan. . . Biasa la, hari pertama sem kena daftar, jumpa ketua program. Nak cari kelas pun sampai sesat. haha.

Tak lupa jugak kat baucar buku 1 Malaysia ni. Dalam sibuk2 tadi sempat jugak tuntut baucar ni kat pejabat kewangan fakulti. Yela, tinggal sebulan je lagi tempohnya. Tak pepasal je tak dapat guna, rugi je nanti..Ni tinggal nak memborong je lagi ni.. hehe

Ni pulak kos (subjek) yang kena belajo sem ni . . .



23 jam kredit tu . . . mak aih.. tapi nasib baik boleh buat pengecualian kredit subjek yang setara daripada diploma. alhamdulillah. Bahasa pulak tak tau nak balaja bahasa ape. Antara bahsa yang ada ; bahasa jepun, jerman, arab, mandarin dan france . . .

Ok la...mata pun da penat nak menghadap laptop ni. Layu da. Penat tadi pun tak abis lagi *macam penat sangat je  -_ - *

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. . .

*Kelas hari Selasa bermula pada pukul 11.30pagi. hehe.. sukenye....