26 April 2012

Fotografi | Saya budak baru belajar .. jemput komen





Choral Speaking Dalam Bahasa Melayu. jom layan. . .




Teringat zaman sekolah dulu.

13 April 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE 76 MEI 2012

13/4/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni bukak UiTM Student Portal sebab nak tau update pasal konvo ni. Alhamdulillah, konvo akhirnya. hoyehhh. . . Selalunye kalau online mesti bukak student portal ni. Penting untuk tau ape yang lecturer update untuk kos (subjek) masing2. Kan3? ^_^

klik gambar untuk tumbesaran berganda-ganda
kredit: UiTM


Da tengok gambar kat atas ni? Bagus . . . yang belum tibe masenye untuk konvo, diminta bersabar. Giliran anda selepas ni :)

Bagi yang akan konvo ni, da settle langkah 1 dan 2? Kalau dah, graduan perlu ikut langkah terakhir yang akan mula dibuka pada 16/4/2012 hingga 11/5/2012. Alert dengan tarikh ni ye. Penting tu.

Untuk lebih lanjut tentang istiadat konvokesyen ni, lawati website ni KLIK.



*mood: taksabonakkonvo

11 April 2012

Tutorial : Letak Iklan Terapung di Blog [ 2 Cara ]

11/4/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Malam ni saya nak kongsi tutorial iaitu cara letak iklan terapung di blog. Terdapat 2 cara untuk meletak iklan di blog. Jom ikut tutorial ni.

Cara Pertama


Step 1


Pergi ke Dashboard > Design > Page Elements > Add a gadget > Html/Javascript


Step 2

Copy & Paste code di bawah

<style type='text/css'> a.linkopacity img { filter:alpha(opacity=50); -moz-opacity: 0.5; opacity: 0.5; -khtml-opacity: 0.5;} a.linkopacity:hover img { filter:alpha(opacity=100); -moz-opacity: 1.0; opacity: 1.0; -khtml-opacity: 1.0; } </style> <div style='display:scroll; position:fixed; top:200px; left:-12px;'>
<a class='linkopacity' href=' URL IKLAN ANDA ' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='jom buat duit'><img border="0" src="URL GAMBAR IKLAN ANDA" /></a><br />


warna pink     boleh tukarkan kepada yang sesuai mengikut ketinggian dari atas.
warna merah :  gantikan dengan URL iklan anda.
warna biru     :  gantikan dengan ayat anda.
warna ungu    :  gantikan dengan URL gambar iklan anda.



Step 3

Save. Jadi x? Kalau jadi bagus. Kalau tak jadi, jangan segan untuk bertanya ye.


________________________________

Cara kedua

Step 1

Pergi ke Dashboard > Design > Page Elements > Add a gadget > Html/Javascript


Step 2

Copy & Paste code di bawah

<div style="position: fixed; top: 50px; right:0px;">
KOD IKLAN 
</div>

warna biru     boleh tukarkan kepada yang sesuai mengikut ketinggian dari atas.
warna merah :  gantikan dengan URL iklan anda. Kalau dari nuffnang atau adverlets, ambil kod untuk sidebar.


Step 3

Save.



Selamat mencuba.
Kalau jadi bagus. Kalau tak jadi, jangan segan untuk bertanya ye ^_^

Tutorial : Buat Scroll Box Pada Sidebar / Widget

11/4/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni nak kongsi tutorial cara buat scroll box pada sidebar atau widget sebab ade blogger request tutorial ni.
Sebelum tu, bagi sesape yang belum tahu ape itu scroll box, cmni la rupenye. . .

yang kaler pink kat tepi tu


Tanpa melengahkan masa anda, moh ikut step by step tutorial ni.


Step 1

Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML

kemudian 'Tick Expand Widget' ...kalau tak tick, tak jumpa apa yang nak dicari nanti.


Step 2

Cari perkataan untuk widget yang korang nak modify tu dengan menggunakan ctrl+F. Contoh pada blog saya (mengikut gambar di atas) ialah My Blog List kemudian tekan enter. Jumpe kan?
Pastu, cari kod ini dibawah perkataan My Blog List tu..

<div class='widget-content'>

tukarkan kod itu kepada kod di bawah ini..

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>

Kemudian kalau korang ketinggian mengikut citarasa sendiri, korang boleh adjust dekat height tu ye..

Kalau nak tukar untuk widget yang lain, stepnye same je seperti di atas ni.



Step 3

Preview dulu, kalau jadi save.


____________________________________________________________________

Nak scroll bar yang berwarna macam dalam blog saya ni?

Ikut tutorial ni KLIK

Da siap? Preview dulu sebelum save.



Selamat mencuba yek. Kalau menjadi komen ye, kalu x jadi pun komen jugak. hehe...



07 April 2012

Tempahan Header Blog . . . Meh Tengok Sini


blog ni telah diedit full beserta header









blog ni telah diedit full beserta header






blog ni telah diedit full beserta header




Ini adalah antara contoh design header dan blog yang saya da buat.
Yang lain banyak lagi, ade dalam hard disk. Tak larat nak letak banyak2 ^_^

Berminat?..


Harga berpatutan :)
Ape lagi..jom la

05 April 2012

PROTON PREVE

5/4/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Da bace tentang model terbaru kereta Proton? Cun la model yang ni . . . nampak mewah . Kalau cukup duit da lame rembat sebijik model ni..hehe..berangan jap. Model ni dijual dengan harga bermula RM62,000 hingga RM75,000.  


Cun kan? 

gambo : ehsan encik gugel


TEKA-TEKI mengenai nama sebenar kereta global Proton, yang menggunakan kod P3-21A akhirnya terjawab apabila model terbaru kereta Proton itu dikenali sebagai Proton Preve (disebut Prae-vae) yang diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’.

Perkataan itu juga dipinjam dan diolah daripada bahasa Sepanyol, Preve yang membawa maksud ‘memperuntukkan’ sekali gus menggambarkan model berkenaan bukti keupayaan Proton selepas 27 tahun ditubuhkan dalam mengeluarkan produk bertaraf global setaraf dengan jenama kereta antarabangsa lain.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohamad Tahir berkata, kereta itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan ini dan dijangka mula dipasarkan kepada orang ramai dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum di eksport ke Australia dan negara Timur Tengah.

“Sejak mula dibuka untuk tempahan, Proton menerima sebanyak 1,000 unit dan yakin dapat menjual Preve kira-kira 4,000 hingga 5,000 unit sebulan memandangkan ciri serta reka bentuk ditawarkan akan menarik perhatian pembeli,” katanya pada majlis memperkenalkan nama Proton Preve kepada media dan sesi pandu uji Preve sejauh 156 kilometer di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, Proton menjangkakan untuk mengeksport model berkenaan sebanyak 20 peratus daripada jumlah pengeluarannya dan berhasrat menambah sehingga 10 peratus lagi pada masa depan. “Kos pembangunan Preve membabitkan sebanyak RM450 juta dan model ini ditempatkan dalam segmen C akan dijual pada harga bermula RM62,000 hingga RM75,000 serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6 liter CFE (premium), 1.6 liter CVT (eksekutif) serta 1.6 liter manual.

Selain itu, model Preve amat berlainan daripada model terdahulu yang lebih tertumpu kepada pasaran domestik namun ciri-ciri diwujudkan dijangka mampu menarik perhatian pembeli asing kerana lebih mengutamakan ciri keselamatan termasuk peningkatan ketahanan, penjimatan bahan api serta sistem pengendalian lebih baik.


04 April 2012

.: Wordless Wednesday 13 | Test power kamera henpon :.







by me, sony hazel je . . . huhu

ok la, malam ni ade test. doakan saye dan kawan2 dipermudahkan dalam menjawab soalan CHM458 yek :)

4/4/2012.

03 April 2012

Siapa Wanita Cantik?

3/4/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . . . 
wanita sumenye cantik. tak de yang cantik dan yang paling cantik di dunia ni sebab sume yg Allah ciptakan adalah sempurna dan ade hikmah di sebaliknye.

Wanita cantik memang ada. Jom tengok siapakah wanita cantik tersebut . . .


kredit : incik gugel



Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.
Cantik itu subjektif!