Segmen Khas : Islam Itu Indah - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

24 January 2013

Segmen Khas : Islam Itu Indah

24/1/2013
12 Rabiulawal 1434H





A. Senaraikan Rukun Islam? 

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.


B. Senaraikan Rukun Iman? 

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.


C. Bilakah Al-Quran diturunkan? 

Terdapat 2 pendapat:
1. Dinyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M), berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal.
2. Dinyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M) , berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.


D. Berapakah ayat dalam Al-Quran 

6236 ayat.

E. Berapakah surah-surah dalam Al-Quran 

114 surah.

F. Surah apakah yang paling teragung dalam Al-Quran?

Surah Al-Fatihah

saya tag semua bloglist saya ^_^
jom sama2 hidupkan ISLAM.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda