20 Disember 2013

Mayat wanita separuh bogel disangka patung

Mayat wanita separuh bogel disangka patung
16 Safar 1435 H

Di Rompin, mayat wanita telah dijumpai oleh dua beradik. "Seluruh badan menggigil sebaik mendapati objek disangka patung yang terdampar di pantai itu sebenarnya mayat wanita dalam keadaan separuh bogel," kata Lina Besar, 21.

Lina menemui mayat berkenaan di pantai Bernas, berhampiran Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin di sini, jam 12 tengah hari tadi. 

Lina dan kakaknya, Zakiah, 24, ke pantai berkenaan untuk mengutip botol plastik sebelum menemui mayat wanita berusia lingkungan 40-an dalam keadaan tertiarap. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya masih mengenal pasti identiti mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah, pahang untuk bedah siasat dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di talian 09-4145222," katanya. - myMetro


Tempahan Design Blog: Blog Nadia Syakila

16 Safar 1435 H

Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
Klik sini untuk lihat hasil tempahan --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/search/label/Portfolio
PM ke FB Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^


 Jom terjah blog ni. Produk Shaklee pun ada dijual di sini ^_^


Yang ini edit full template (termasuk coding installation), header, body dan footer.


Template blog


19 Disember 2013

06 Disember 2013

Pameran Fotografi Anjuran Nikon

3 Safar 1435 H




Moh datang ramai-ramai ke pameran fotografi yang dianjurkan oleh Nikon ini. 

Tarikh: 1 Dis - 31 Dis 2013
Tempat: Nikon Photo Gallery, Nikon Centre Kuala Lumpur, Berjaya Times Square

Pastinya pameran ini menggamit pecinta seni fotografi. 


Review DSLR | Sony Cyber-shot DSC-RX10

3 Safar 1435 H

Sony Cyber-shot DSC-RX10 

Sony memperkenalkan siri barunya melalui RX10 yang mempunyai apertur maksimum F2.8 bersama kadar zum 24-200mm dengan kebolehan mengaburkan latar belakang mengikut tahap tertentu. 

Ia menggunakan lensa jenis Carl Zeiss Vario-Sonnar T yang memperincikan kualiti foto anda selain kadar sensitiviti empat kali lebih baik berbanding kamera kompak yang dipengaruhi resolusi sebanyak 20.2 megapiksel. 

Pemprosesan imej BIONZ X pula memaksimumkan kualiti gambar dan mempamerkannya semula seakan-akan anda masih berada di lokasi rakaman.

Bercakap mengenai tontonan semula gambar, RX10 mempunyai ‘viewfinder’ yang beresolusi tinggi menggunakan OLED Tru-Finder Four bersama skrin besar 3.0 inci.



Spesifikasi Sony Cyber-shot DSC-RX10 

Harga: RM4,199 
Sensor: ExmorR CMOS 
Resolusi: 20.9MP 
Lensa: Carl Zeiss Vario-Sonnar T F: F2.8 
LCD: 3.0 inci 
Pemprosesan Imej: BIONZ X 
Ketahanan Bateri: 350 foto 
Dimensi: 129 x 88.1 x 102.2mm 
Berat: 813g


Dimensi Sony Cyber-shot DSC-RX10 

Saiz di tangan




 Dari pandangan atas

Zoom

Flash




Perbandingan antara Sony Cyber-shot DSC-RX10 (kiri) dengan Nikon Coolpix P7800 (kanan)







Sumber: myMetro, DPREVIEW