Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mayat wanita separuh bogel disangka patung

16 Safar 1435 H

Di Rompin, mayat wanita telah dijumpai oleh dua beradik. "Seluruh badan menggigil sebaik mendapati objek disangka patung yang terdampar di pantai itu sebenarnya mayat wanita dalam keadaan separuh bogel," kata Lina Besar, 21.

Lina menemui mayat berkenaan di pantai Bernas, berhampiran Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin di sini, jam 12 tengah hari tadi. 

Lina dan kakaknya, Zakiah, 24, ke pantai berkenaan untuk mengutip botol plastik sebelum menemui mayat wanita berusia lingkungan 40-an dalam keadaan tertiarap. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya masih mengenal pasti identiti mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah, pahang untuk bedah siasat dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di talian 09-4145222," katanya. - myMetro


Catat Ulasan for "Mayat wanita separuh bogel disangka patung"