27 Oktober 2013

Hasil Tempahan Design Facebook Timeline Cover

22 Zulhijjah 1434H

Nak buat tempahan design Facebook Timeline Cover dengan harga yang berpatutan?
PM ke FB Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^

Kalau nak buat tempahan doodle pun boleh.


Jom cuci mata ^_^











Tempahan Design Blog: Duzzaira Healthcare Sanctuary

22 Zulhijjah 1434 H

Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
PM ke FB Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^

Kalau nak buat tempahan doodle pun boleh.


Jom terjah blog yang menjual produk Shaklee ni ^_^


Yang ini edit full template (termasuk coding installation), header, body, footer, menutab, banner, watermark dan iklan percuma selama sebulan di blog Bingkisan Hati.




Template (sila ke blog asal untuk melihat dengan lebih jelas)


 Banner

Watermark


25 Oktober 2013

Diana Amir sah bergelar isteri

20 Zulhijjah 1434 H




PUTRAJAYA - Tanggal 25 Oktober menjadi saksi penyatuan pasangan Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 27 dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam ini.

Tepat jam 9.30 malam dengan sekali lafaz, pelakon 7 Petala Cinta ini sah menjadi isteri kepada Habib, yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Pasangan ini dinikahkan Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin.

Pengantin perempuan manis mengenakan busana merah jambu dan putih manakala Habib pula tampan dengan baju Melayu putih tajaan khas pereka terkenal, Ezuwan Ismail.

Tanpa wang dan dulang hantaran, Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.

Hadir sama pada majlis itu, Penerbit Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar (K) David Teo, Heliza, Yatt Hamzah dan Irma Hasmie. - Sinar Harian.


# Alhamdulillah.  Selamat sudah Diana Amir menjadi isteri kepada Mohd Habib Bullah A Rahman. Cukup sederhana majlis pernikahan mereka. Sama cantik, sama padan ^_^

Harga gula RM2.84 sekilogram esok

20 Zulhijjah 1434 H





KUALA LUMPUR - Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata langkah pengurangan subsidi gula seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 2014 hari ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.

"Lebihan penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara di masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Hasan berkata beliau mahu rakyat khususnya peniaga melihat pengurangan subsidi gula secara positif dan tidak menaikkan harga barangan makanan berasaskan gula secara mendadak.

"Kita mesti letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya, bukannya meletakkan kepentingan keuntungan peniaga itu sendiri, oleh itu, saya minta supaya peniaga juga bersama-sama dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat ini," katanya.

Ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat, Najib mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dimansuh berkuat kuasa esok. - Bernama


24 Oktober 2013

Tempahan Design Blog: ZIQNANA D'BEAUTY

19 Zulhijjah 1434 H

Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
PM ke Fanpage Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^

Kalau nak buat tempahan doodle pun boleh.


Jom terjah blog produk kecantikan ni ^_^

Yang ini edit full template (termasuk coding installation), doodle, header, body, footer, menutab, banner dan iklan percuma selama sebulan di blog Bingkisan Hati.



Template


Banner

17 Oktober 2013

Sony Xperia Z1, produk serba lengkap

12 Zulhijjah 1434 H
SONY Xperia Z1


Apabila Alexander Graham Bell mencipta telefon pada usia semuda 29 tahun pada 1876, beliau mungkin tidak pernah membayangkan evolusi mesin komunikasi terbabit melangkau terlalu jauh yang merubah kehidupan manusia.

Daripada telefon biasa hinggalah ke telefon bimbit kemudian hadir pula telefon pintar yang kini digunakan kebanyakan pengguna di dunia.

Pada mulanya, rekaan telefon hanya mementingkan komunikasi atau cara dua orang berhubung namun kini segalanya berubah.

Sebelum ini, ciri telefon hanya menerima dan menjawab panggilan kemudian anda boleh menaip khidmat pesanan ringkas (SMS) seterusnya bersosial di aplikasi yang memudahkan urusan harian.


TELEFON dengan kamera menakjubkan menggunakan pemprosesan imej BIONZ.


KAMERA Sony Xperia Z1 antara ciri mengagumkan.


Manakala jika bercakap dari aspek rekaan pula, anda akan mendapati perubahan ketara telefon selaras dengan penggunaan serta tabiat manusia yang mahukan fungsi berbeza maka lahirlah ciri seperti kalis air dan skrin terang.

Antara syarikat yang berjaya mengevolusikan telefon pintar sehingga menjadikannya produk lengkap bagi pengguna adalah Sony Mobile Communications (Sony) yang sudah memberi definisi baru kepada telefon pintar.

Meskipun pelbagai produk dihasilkan sebelum ini, Sony berjaya menonjolkan diri dengan Xperia Z yang dikenali sebagai telefon tahan lasak, kalis air dan dilengkapkan lensa kamera menakjubkan.

Kini, versi kedua Xperia Z iaitu Z1 diperkenalkan yang pastinya lebih membawakan inovasi terbaru selaras dengan perkembangan syarikat terbabit yang kerap membawakan teknologi baru meskipun kurang mendapat nama.

Sony Xperia Z1 membawakan inovasi kamera terus dalam telefon pintar yang menghasilkan fotografi menakjubkan tanpa perlu membawa kamera digital kompak bersama, cukup sekadar telefon sebagai peranti kamera anda.

Menurut Ketua Pasaran Sony Malaysia, Cheong Wah Tong, Xperia Z1 menjadi medan syarikatnya membawakan pengalaman yang sukar dilupakan pengguna.

“Kita menawarkan Xperia Z1 yang pasti sukar dilupakan pengguna,” katanya.

Menurutnya, ia bukan saja membawakan teknologi syarikat induk Sony dalam telefon pintar tetapi menawarkan produk yang serba lengkap.

“Kolaborasi secara menyeluruh kami dengan syarikat induk membawakan telefon yang benar-benar berkuasa tinggi,” katanya.

Xperia Z1 membawakan inovasi yang diiktiraf iaitu lensa dengan sudut lebar 27 milimeter bersama apertur F2.0 yang dioperasikan pengesan imej jenis CMOS 1/2.3 bersama resolusi setinggi 20.7 megapiksel.

Malah, lebih hebat lagi produk ini menggunakan pemprosesan imej sendiri iaitu BIONZ membolehkan teknologi sama dalam kamera kompak dibawa masuk dalam telefon yang berbentuk kompak dan nipis.

Bukan hanya cakap kosong, berdasarkan ujian badan bebas, Sony Xperia Z mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi menewaskan kebanyakan telefon pintar lain di pasaran yang jauh ketinggalan dari aspek teknologi.

Z1 merakam imej dengan cantik, terperinci dan cerah walaupun anda berada dalam persekitaran yang gelap.

Manakala ciri shutter yang laju dan zum 3x lebih baik mengelakkan foto anda menjadi kabur pada jarak tertentu.

Bukan saja mementingkan kamera, beberapa aplikasi yang sudah siap dalam Xperia membawakan kemudahan walaupun anda bukan jurugambar profesional.

Antara aplikasi tersedia termasuk Social Live yang membolehkan foto dipindahkan ke Facebook dengan pantas tanpa perlu membuka aplikasi terbabit terlebih dulu manakala Info-eye menyediakan maklumat berkaitan foto yang dirakam seperti ‘landmark’ dan sebagainya.

Ia juga menyediakan kaedah Timeshift Burst yang mana kamera akan merakam 61 imej dalam masa dua saat dengan separuh daripadanya dirakam sebelum menekan shutter memastikan anda mendapat imej yang benar-benar dikehendaki.

Selain itu, terdapat kesan AR yang membolehkan pemilihan foto dan menyuntingnya bagi menyediakan fotografi lebih ceria dibantu teknologi ‘augmented reality’ SmartARTM khas Sony kepada pengguna.

Xperia Z1 mempunyai rekaan OmniBalance yang mengandungi bahan premium dan kejuruteraan mantap di samping telefon pintar lengkap format IP55 dan IP58 bagi kemudahan kalis air dan kalis debu.

Ia beroperasi pada pemprosesan Qualcomm Snapdragon 800 2.2 GHz Quad Core CPU dan lengkap rangkaian 4G LTE yang mempunyai grafik mengagumkan.

Paling penting, Xperia Z1 menawarkan bateri 3000mAh yang menghilangkan kerisauan pengguna berkaitan pengguna bateri bagi telefon pintar.

Manakala teknologi Walkman, album dan filem yang dimasukkan bersama dan boleh diakses secara ‘online’ mahupun ‘offline’.

Skrin dan paparan Xperia Z1 menggunakan teknologi BRAVIA TV yang memuatkan paparan Triluminos untuk mudah alih khas menawarkan warna mewah termasuk X-Reality iaitu teknologi super resolusi pintar menganalisis serta mengoptimumkan kualiti bagi video terbaik.

Sony Xperia Z1 turut lengkap dengan sambungan aksesori atau peranti lain termasuk TV, fon telinga, pembesar suara, tablet dan banyak lagi.

Antara produk lain yang dipasang bersama telefon ini yang dijual pada harga RM2,399 termasuk:

1. QX10/QX100 - lensa khas untuk telefon pintar menjadikan fotografi lebih menarik.

2. Pemegang telefon IPT-DS10M - pemegang telefon digital yang mengesan wajah senyum sebelum merakam.

3. Tripod SPA-MK20M: tripod untuk telefon.

4. SmartWatch 2 - jam tangan pintar yang membolehkan anda membaca mesej, menjawab panggilan dan melihat notifikasi.

Sumber: myMetro

# SUPERB Sony Xperia Z1! muzik, TV, fotografi...lengkap.

16 Oktober 2013

Tempahan Design Blog: Blog Fanis Amini

11 Zulhijjah 1434 H


Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
PM ke Fanpage Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^

Jom terjah blog ni ^_^


Yang ini edit full template (termasuk coding installation), header dan body.





Tempahan Design Blog: Blog Kereta Sewa Shah Alam

11 Zulhijjah 1434 H


Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
PM ke Fanpage Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^


Jom terjah blog ni ^_^


Yang ini edit full template (termasuk coding installation), header, body, footer, menutab, banner dan iklan percuma selama sebulan di blog Bingkisan Hati.


Template


Banner

Tempahan Design Blog: Blog Rabiatul Adawiah

11 Zulhijjah 1434 H

Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
PM ke Fanpage Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^


Jom terjah blog Cik Rabiatul Adawiah ^_^


Yang ini edit full template (termasuk coding installation), header, body, footer dan cursor.

Template


14 Oktober 2013

Tempahan Design Blog: Blog Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam, Klang dan Subang

9 Zulhijjah 1434 H
Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
PM ke Fanpage Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^


Ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa? Jom singgah sini ^_^ 


Yang ini edit full template (termasuk coding installation), header, body, footer, menutab, watermark dan banner serta iklan percuma selama sebulan di blog Bingkisan Hati.


Template



Banner
Watermark

13 Oktober 2013

Vivian Mahu Bunuh Diri? | Video 'Regret' oleh Pasangan Alvin dan Vivian

8 Zulhijjah 1434 H




SELEPAS dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kontroversi, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin, seolah-olah "lenyap" dari dunia siber yang menjadi "pemusnah" kepada kehidupan mereka selama ini.

Namun dua hari lalu, pasangan yang menggelarkan diri sebagai Alvivi ini kembali muncul dengan sebuah klip video pendek berjudul "Regret".

Klip video yang berdurasi satu minit lima puluh sembilan saat itu memaparkan Vivian yang mengenakan gaun putih dengan ekspresi wajah penuh emosi.

Klip video yang ditulis dan diarahkan sendiri oleh Alvin ini seolah-olah menunjukkan kekesalan watak dalam klip ini yang dilakonkan oleh Vivian dengan apa yang telah dilakukan selama ini.

"Saya fikir susah menjadi orang dewasa..., apabila saya mengikut kata hati saya, semua orang mengatakan saya salah," antara skrip yang dilontarkan dalam klip video itu.

Sebelum itu, klip video memaparkan bagaimana kehidupan Vivian ketika dia kecil, di mana dia diajar untuk mengejar cita-cita, yakin dengan diri sendiri, bersuara lantang namun semua itu berbeza apabila usianya menginjak dewasa.

Menurut klip video itu, semuanya berubah dan orang mula membenci apabila dia cuba menjadi dirinya dan melakukan apa yang dia rasakan betul sehinggakan orang yang disayang juga enggan menyayanginya lagi.

"Sebenarnya saya penat, mereka menang, saya kalah....," ujar Vivian dalam nada penuh kesah.

Babak akhir pada klip video itu menunjukkan Vivian mengelar lengannya dan menamatkan "perjuangannya".

"Mungkin ini adalah masa untuk menamatkan perjuangan bermakna saya sekaligus... hanya dengan satu tindakan segera," katanya lagi yang dipetik dalam klip video yang dimuatnaik di YouTube pada Rabu lalu.

Sehingga hari ini video itu sudah disaksikan lebih 60,000 pengunjung YouTube.

Pasangan bloggers seks, Alvivi sebelum ini ditahan selama lapan hari atas kesalahan mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membenarkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, diikat jamin bersyarat, selepas membuat semakan kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Pasangan itu dilarang memuat naik sebarang artikel, komen dan penulisan menghasut serta memuat naik gambar lucah dan jelik yang boleh menimbulkan unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut mengenakan syarat kepada kedua tertuduh iaitu mereka perlu menyerahkan pasport, dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada Internet dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan.  - Sinar Harian.


# Moga mereka mendapat hidayah dari al-Khalik. InsyaAllah.

11 Oktober 2013

Tempahan Design Blog: Emey Yateng's Blog

6 Zulhijjah 1434 H

Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
PM ke Fanpage Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^

Jom singgah blog hijau ni ^_^

Yang ini edit full template (termasuk coding installation) , header, body dan footer.

Template


10 Oktober 2013

Tempahan Design Blog: Lianah Beauty Care

5 Zulhijjah 1434H

Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
PM ke Fanpage Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^


Blog ni adalah blog bisnes. 

Yang ini edit full template, header, banner, doodle, iklan percuma selama sebulan di blog ini.

TEMPLATE

BANNER



61 tahun guna ‘paru-paru’ besi

5 Zulhijjah 1434 H


MARTHA memilih untuk kekal dalam paru-paru besi kerana ia memberinya kebebasan.
MARTHA dibantu dua pembantunya sepanjang hidup dalam mesin paru-paru besi.

New York: Seorang wanita Amerika Syarikat menghabiskan 61 tahun hidup dalam tiub besi untuk terus bernafas selepas penyakit polio menyebabkan dia lumpuh.


Martha Mason terbaring dalam tiub yang digelar sebagai paru-paru besi yang berfungsi sebagai sejenis pengalih udara, menambah dan mengurangkan tekanan udara bagi mengembang dan mengecutkan paru-paru Martha kerana ototnya amat lemah. Martha terbaring dalam silinder besi berukuran 2 meter panjang dan seberat 362 kilogram itu, membaluti tubuhnya kecuali kepala.


Martha lumpuh ketika berusia 11 tahun selepas menghidap polio sejurus selepas wabak itu membunuh adik lelakinya, Gaston.

Selepas adik lelakinya dikebumi, Martha menyedari yang dia juga menghidap simptom sama, tetapi merahsiakan kebimbangannya untuk tidak membuat ibu bapanya sedih.

Dalam bukunya ‘Bernafas: Hidup Dalam Rentak Paru-Paru Besi,’ Martha menulis: “Saya tahu saya menghidap polio. Saya tidak mahu orang lain tahu mengenainya. “Sehari sebelum itu saya dengar ibu bercakap dengan rakannya mengenai paru-paru besi yang dipakai Gaston. “Saya tahu saya tidak akan berdepan kesukaran itu kerana saya ada paru-paru yang sihat.” Dalam video dirakam sebelum kematiannya pada 2009, Martha berkata: “Saya sering berfikir bagaimana perasaan ibu bapa saya apabila saya jatuh sakit - mereka turut mengebumikan satu-satunya anak lelaki mereka. “Orang lain dan saya sendiri menyangka ibu bapa saya akan hidup lebih lama daripada saya. Doktor berkata, paling lama pun, saya hanya akan hidup setahun, tetapi sehingga hari ini saya masih hidup. Terima kasih kepada paru-paru besi itu.” Mereka yang menulis mengenai kisah hidupnya berkata, semangat dan keinginan Martha untuk menjalani kehidupan biasa adalah kunci kepada umur panjangnya.

Walaupun mengalami keadaan yang sukar, Martha yang dilahirkan pada 1937 dan tinggal di Lattimore, North Carolina berjaya menamatkan pembelajaran sekolah menengah dengan keputusan terbaik, selain turut menganjurkan parti makan malam.

Dalam video itu Martha berkata: “Hidup seperti ini sudah menjadi perkara biasa buat saya saya tidak pernah memikirkan mengenainya.” “Mesin ini berfungsi daripada gegendang telinga saya seperti beg udara besar. Terdapat kaedah lain pengalihan udara, tetapi saya memilih untuk tidak melakukannya. - Agensi. Sumber: myMetro.


# Inilah kuasa ALLAH swt yang kadangkala kita tidak perasan tentangnya.



06 Oktober 2013

Berita Semasa | Pengurusan Belanja Kerajaan Makin Lemah

1 Zulhijjah 1434 H



SHAH ALAM - Pengurusan perbelanjaan kerajaan dilihat semakin hari semakin lemah berdasarkan laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan berlakunya perbelanjaan dan pembelian tidak masuk akal.

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin berkata, akibatnya rakyat terpaksa menanggung kerugian berikutan ketidakcekapan menguruskan kewangan sektor awam berkenaan.

"Perbelanjaan perlu cekap dan berhemat kerana kerajaan bekerja untuk rakyat. Rakyat yang miskin tetap miskin. Apa yang berlaku disebabkan kita tidak menjaga amanah negara dengan baik.

"Sejak dua tahun lalu, (ketidakcekapan) nampak serius. Kalau dilihat daripada Laporan Audit itu ada perbelanjaan dan pembelian yang tidak masuk akal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, justeru pihak yang berkenaan tidak boleh melenting dengan laporan didedahkan itu sebaliknya menerima teguran tersebut sebagai didikan dalam usaha menambah baik semua kelemahan yang dinyatakan audit.

Katanya, setiap juruaudit sedia ada dalam setiap jabatan kerajaan perlu main peranan dalam permasalahan tersebut. - Sinar Harian.


# Dah terbukti kan. Bukan omong kosong. 
Jagalah amanah negara dengan baik. Jujur dan ikhlas dalam setiap pekerjaan. Baru datangnya berkat daripada Allah swt. InsyaAllah. 


05 Oktober 2013

Tempahan Design Blog: Vera's Closet

29 Zulkaedah 1434 H

Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini -->  http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
PM ke Fanpage Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^

Blog ni adalah blog bisnes. Basecode blog ni adalah daripada Sora Templates. Sebelum ni, blog ni nampak skema. ehehe
Ini adalah hasil setelah blog 'dicantikkan'.



Template

Tempahan Design Blog: Ceritera Hati Kita

29 Zulkaedah 1434 H

Nak buat tempahan edit/design/customize blog dengan harga yang berpatutan?
Klik sini --> http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
PM ke Fanpage Blog Bingkisan Hati jika berminat ye ^_^


Tempahan ni full design termasuk header, footer, body, menutab, banner, coding installation 
Jom singgah blog ni

Template
[Kualiti screen capture kurang memuaskan, sila ke blog ini http://haticintakita.blogspot.com/  ]

Banner

04 Oktober 2013

Empat Ucapan yang Paling disukai Allah Taala

28 Zulkaedah 1434 H


1) Barangsiapa membaca LA ILAHA ILLALLAH, maka sesungguhnya Allah menuliskan bagi setiap satu perkataan itu 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).

2) Barang siapa membaca ALLAHU AKHBAR, maka sesungguhnya ia menunjukkan keagungan Allah dan dituliskan bagi mereka yang membacanya 20 kebaikan, menghapuskan 20 keburukan (dosa).

3) Barangsiapa membaca SUBHAANALLAH, maka Allah menuliskan baginya 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).

4) Barangsiapa membaca ALHAMDULILLAH, maka sesungguhnya ia adalah pujian bagi Allah. Allah menulis baginya dengan perkataan tersebut 30 kebaikan dan menghapuskan 30 keburukan (dosa).

# Jom sama-sama kita amalkan. Ganjarannya amat besar! InsyaAllah hati akan lebih tenang dengan mengingatiNya.