Pengharaman Filem NOAH di Tiga Negara Arab - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

11 March 2014

Pengharaman Filem NOAH di Tiga Negara Arab




Filem NOAH adalah sebuah filem epik yang diarahkan oleh Darren Aronofsky dan ditulis oleh beliau sendiri dan Ari Handel. Filem ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Russell Crowe, Anthony Hopkins, Emma Watson, Jennifer Connelly, Douglas Booth, Logan Lerman, and Ray Winstone. Filem ini adalah berdasarkan cerita Noah's Ark. Filem menarik ini bakal ditayangkan di Amerika pada 28 Mac 2014. Trailer filem ini sudah pun berada di YouTube.

Filem ini menggambarkan tentang kisah kehidupan Nabi Nuh Alaihissalam dalam perjuangan dakwah terhadap umatnya termasuklah banjir besar yang berlaku pada masa itu. Malangnya filem ini telah mendapat tentangan daripada beberapa pihak dan juga negara. Apa yang menyakitkan hati umat Islam ialah filem ini menggambarkan watak suci Nabi Nuh. Begitu juga dengan ahli keluarga nabi. Keadaan ini sama seperti Nabi Muhammad Salallahualaihiwasallam yang digambarkan dengan lukisan pada tahun 2006 di Denmark.

Qatar, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu mengharamkan tayangan filem ini di negara mereka sebelum tarikh tayangan perdana. 


Untuk mengetahui hukum dan penjelasan tentang melakonkan watak nabi dalam filem, boleh baca di sini KLIK SINI UNTUK BACA

Hukum melakonkan watak nabi





Nota BH: Makin menjadi-jadi sikap manusia kini. Harap Malaysia juga mengharamkan filem epik ini. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda