Penyelesaian Laptop Tak Dapat Detect WIFI - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

09 June 2014

Penyelesaian Laptop Tak Dapat Detect WIFI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni secara tiba-tiba laptop saya tak dapat detect WIFI di rumah. Nak buat kerja pun susah. Berkali-kali restart dan shut down tapi tetap jugak tak jadi. Stress jugak wooo. 

Tapi yang peliknya WIFI jiran dekat2 rumah muncul je di 'Wireless Network Connection'. Apa pun jangan cepat gelabah, cari dulu penyelesaiannya. Saya pun godek cari info ni kat internet. Alhamdulillah dapat, tapi masih tak dapat selesaikan masalah ni sebab tutorial tu menggunakan modem jenis yang sama tapi model yang berbeza (erk..betoi ke?).


Ni modem kat rumah saya
Wireless N ADSL2+ 4-Port Wi-Fi Router
Kredit gambar kepada D-Link


Berikut adalah cara-cara penyelesaiannya:

1. Sambung laptop anda dengan modem atau router menggunakan LAN Cable. Ada dibekalkan bersama pembelian modem tu. Sambung kabel tu ke lubang petak kuning tu, yang bertulis nombor 1.

                                            

2. Masukkan 192.168.1.1 atau 192.168.0.1 ke dalam web browser dan tekan enter. Cuba satu-satu ye. 
Masukkan username: admin dan password: admin atau biarkan kosong. (Saya biarkan kosong pada kotak password tak jadi, jadi saya masukkan 'admin'). Kemudian klik 'LOGIN'.

Klik gambar untuk lebih jelas


3. Nanti akan keluar macam ni. Pergi ke 'Wireless' > 'Wireless Basic'.

Klik gambar untuk lebih jelas
DAN akan keluar macam ni . . .




4. Untick pada kotak 'Enable Wireless'.



5. Tukarkan 'Wireless Channel' kepada CH11 



6. Akhir sekali, klik butang 'APPLY'. OK, SIAP !  . . . Tahniah kome telah berjaye ^_^


Diharapkan tutorial ini dapai selesaikan masalah yang anda hadapi. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda