Kisah dan Doa Ketika Banjir - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

28 December 2014

Kisah dan Doa Ketika Banjir



Banjir, Doa Ketika Banjir,
Keadaan banjir di Arena Square Kuala Kangsar

Dari Anas bin Malik, “Demi Allah, (pernah satu masa) kami tidak melihat matahari selama 6 hari (kerana hujan setiap hari). Kemudian pada hari Jumaat, ketika Rasulullah s.a.w berdiri menyampaikan khutbah tiba-tiba muncul seorang lelaki dari pintu masjid. Lelaki itu mengadap Nabi s.a.w sambil berdiri. Dia berkata, ‘Ya Rasulullah, banyak ternakan yang mati dan jalan terputus (kerana banjir). Kerana itu, berdoalah kepada Allah agar Dia menahan hujan.’ 

Kemudian Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya dan berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

ALLAHUMMA HAWAALAINA WA LAA ’ALAINA. ALLAHUMMA ’ALAL AAKAMI WAL JIBAALI, WAZH ZHIROOBI, WA BUTHUNIL AWDIYATI, WA MANAABITISY SYAJARI

Maksudnya: “Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pergunungan, dataran tinggi, tengah lembah, dan tempat tumbuhnya pohon-pohon.” 

Tiba-tiba (selepas Rasulullah membaca doa) hujan terus berhenti. Kami keluar masjid di bawah terik matahari."


Banjir, Doa Ketika Banjir,
Keadaan depan padang kawad istana 

Banjir, Doa Ketika Banjir,
Keadaan air Sungai Perak


Gambar-gambar di atas ni saya 'shoot' sendiri beberapa hari yang lalu. Kemungkinan air semakin surut. 

Bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan mangsa banjir, semoga mereka dan kita semua berada di bawah lindungan Allah SWT. InsyaAllah. 

#TemanOrangPerak #TemanOrangKualaKangsar


1 comment:

  1. Mampu doa yang terbaik untuk mereka.. sedih melihat

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda