30 Disember 2015

Tempahan Design Blog Wadi Bas & Van

Servis edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semakin hari, semakin ramai yang menjalankan perniagaan sebagai alternatif untuk masa depan yang lebih cerah. Nabi Muhammad telah bersabda bahawa 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan.

Kali ini dapat pelanggan yang juga pemilik blog kuning ungu ini. Blog ini menyediakan perkhidmatan sewa bas catar dan van eksekutif untuk pelbagai kegunaan. Anda juga boleh membuat tempahan dengan pemiliknya. 

Blog pakej 2: Blog Wadi Bas & Van
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murah
design blog murah


Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


29 Disember 2015

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

rahsia penyakit

Asas 5 jari:
  • Jari telunjuk : Usus
  • Jari tengah : Jantung
  • Jari manis : Imuniti 
  • Jari kelingking : Rahim/tulang belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda. Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. Cuba periksa tapak tangan kome, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Selain itu, urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu menghadapi stress ataut tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini dikira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. Ce sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakn anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

28 Disember 2015

Tempahan Design Blog Shaklee Di Fajar Ini

Servis edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini dapat tempahan daripada pengedar Shaklee. Sudah tentu pemiliknya ingin mempromosikan produk Shaklee di blognya. Hijau menjadi warna tema untuk blog ini sinonim dengan warna logo Shaklee, yang juga menggunakan bahan semulajadi untuk produk mereka.

Menjalankan aktviti perniagaan di blog juga adalah salah satu cara perniagaan yang berkesan. Ramai peniaga sudah mula berjinak-jinak menggunakan blog sebagai langkah untuk mempromosikan dan mewar-warkan perniagaan mereka seiring dengan kemajuan teknologi.

Jom ke blog Di Fajar Ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan produk Shaklee.

Blog pakej 5: Blog Shaklee Di Fajar Ini 
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murah
design blog murah
design blog murah
Template

design blog murah
Banner blog

design blog murah
Watermark

Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


27 Disember 2015

25 Disember 2015

Kronologi Ringkas Hidup Rasulullah ﷺ

Kronologi Ringkas Hidup Rasulullah

Assalamualaikum semua.

Kita telah pun menyambut Maulidur Rasul semalam bersamaan 12 Rabiulawal 1437H (Khamis). Tema sambutan Maulidur Rasul 1437H ialah 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'. 

Rasulullah Nabi Muhammad ﷺ merupakan cahaya yang menyuluh kegelapan alam jahiliyyah. Hadirnya dinanti oleh umat manusia untuk menghentikan kekufuran dan kesyirikan.

Baginda Rasulullah ﷺ amat menyayangi umatnya. Baginda telah berusaha bersungguh dalam menyebarkan dakwahnya menegakkan Islam sehingga mencapai kejayaan. Pelbagai pengajaran dan nilai-nilai murni yang dapat kita ambil iktibar dan contohi daripada perjuangan dan keperibadian Rasulullah ﷺ. 

Namun, adakah kita sudah benar-benar kenal dengan Rasulullah ? Bagaimana dengan sejarah hidup baginda? Jom ketahui serba sedikit kronologi ringkas hidup Rasulullah ﷺ.

kronologi hidup Nabi Muhammad

Mengingati dan sayang baginda Rasulullah ﷺ bukan hanya pada hari sambutan Maulidur Rasul sahaja. Tetapi setiap hari, setiap masa dan tidak kira di mana kita berada. Mengikut sunnah Rasulullah ﷺ sama ada dalam perbuatan mahupun percakapan perlu diserapkan dalam diri. Sentiasa berselawat ke atas baginda Rasulullah , semoga kita sebagai umatnya mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak. InsyaAllah.

sunnah Nabi Muhammad


23 Disember 2015

Seorang Ibu Itu 'Bodoh' Kerana . . .

Jasa seorang ibu

jasa ibu

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah menghargai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

# 'Bodoh' di dalam ayat di atas bukanlah bermaksud bodoh yang sebenar. Pelbagai maksud disebalik 'bodoh' itu. Jasa seorang ibu yang tidak ternilai harganya.

* Hargailah ibu kita, hanya seorang ibu yang kita ada di dunia ini. I love U MAK !


22 Disember 2015

Tempahan Design Blog Miriam Merry Go Round

Servis edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog Miriam Merry Go Round milik si gadis manis, Miriam Goh bertemakan warna pilihannya iaitu putih dan  merah sedikit merah jambu serta hitam. Pemiliknya memang inginkan template yang simple sahaja, maka jadilah seperti yang diminta.

Alhamdulillah, pemiliknya berpuas hati dengan rekaan blog ini dan menutab responsive di bawah header blog miliknya.

(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)


design blog murah
design blog murah
design blog murah
Template

design blog murah
Banner Blog

design watermark murah
Watermark

Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)



21 Disember 2015

Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX

Internet plan, Prepaid tahan 2 tahun lebih, SMS dan call rate murah dengan One XOX

Assalamualaikum
Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX | Ramai orang nak jimat kan? Jangan tak tahu kita juga boleh JIMAT dengan talian telefon yang kita gunakan. Kelebihan talian OneXOX ni adalah ia sangat menjimatkan di tambah pula simkadnya murah sahaja.
simkad-onexox-murah-best-kelebihan

Masalah dan penyelesian dengan Simkad OneXOX

Antara masalah yang kita hadapi sekarang ialah:
1. Call tidak dapat tetapi kredit kena tolak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
2. Call sekejap pon kena caj seminit panggilan.
>>> Kadar panggilan serendah 5 sen sahaja KESEMUA RANGKAIAN telco. Tak kira la biru ke.. merah ke.. oren ke..
3. KREDIT BANYAK LAGI TETAPI DAH EXPIRED, NAK KENA TOPUP...!!!!
 >>> The best OneXOX top up boleh tahan sehingga 2 tahun 4 bulan. Top up sekali je tunggu sampai 2 tahun akan datang baru top up semula Kalau kredit tak habis-habis la. Biasanya ayah dan mak kita kat kampung la hadapi massalah ni kan? Top up bayak lagi, tapi tak boleh nak call sebab top up dah expired. So, jom la berubah ke OneXOX. Tahan lama kau.
4. Nak add family ataupun friend tetapi diorang pakai telco lain pulak.
>>> Rasanya ade ke telco yang membolehkan kita add friend ataupun family ke semua rangkaian? Tapi dengan OneXOX kita boleh add 10 nombor famili dan rakan-rakan dari semua rangkaian telco. Waowwww...!!!! 
5. Kita ter-on internet, habis kredit tanpa disengajakan.
>>> Ini satu hal kan? Dengan OneXOX jangan risau selagi anda tidak melanggan data internet, tak kisah la ter-on ke.. Sengaja on internet ke.. Tak kan ada cas 'Pay Per Use' la. Confirm...!! Lebih lebih lebih lagi data internet dia amatlah laju.
6. Call masuk voice mail je, habis kredit kena tolak banyak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
7. Internet slownye. Nak send gambar dalam wassap pun berjangut nak tunggu
>>> Pelan internet yang laju dan tiada 'Pay Per Use' dan di jamin tiada kehilangan kredit
Kan OneXOX boleh selsaikan masalah-masalah korang kan? By the way, sim kad OneXOX ni hanya RM10. Ianya tidak menzalimkan betul tak...? Banyak JAMINAN terbaik yang bakal korang dapatkan. Tiada pay per use data dan program-program yang menyedut kredit secara halus. Kredit anda selamat dari ditipu. Memang banyak berlaku pemotongan kredit oleh telco gergasi tanpa kerelaan pelanggan. Rela ke kita sering di tipu? Sudah-sudah la kan kena tipu?

simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang sim kad MURAH tapi best ni, boleh hubungi PapaG menerusi telefon atau email:

No. tel: 019-614 1393 (PapaG)
Email: faizalmusa88[@]gmail.com

24 hour 7 day uolsss. 

Apa lagi, jom bertukar ke sim One XOX untuk lebih penjimatan!


16 Disember 2015

Koleksi Blouse Moden Online

Koleksi Blouse Moden Online

Fesyen blouse semakin mendapat tempat di hati para wanita. Rekaannya yang pelbagai dan juga menepati citarasa, mungkin itu menjadi sebab blouse semakin digemari pada masa kini.

blouse moden

Apabila mencari blouse sempurna yang sesuai dengan diri, terdapat banyak jenis gaya untuk dipertimbangkan. Gaya yang anda pilih akan bergantung pada kesesuaian acara atau peristiwa yang anda perlu memakainya. Kerana kadang-kadang anda mungkin memerlukannya untuk satu majlis makan malam dengan seseorang, mesyuarat perniagaan yang penting, percutian atau pakaian harian di pejabat.


Blouse adalah antara item fesyen paling penting dalam almari pakaian seseorang wanita. Tahukah anda terdapat pelbagai cara untuk menggayakan blouse sama ada dengan memakai butang sepenuhnya, masukkan ke dalam seluar atau skirt, ikat di hujungnya atau paling mudah biarkannya begitu sahaja.

Pemakaian blouse yang betul dapat membuatkan seseorang lebih menawan namun tetap kasual yang bergaya – bergantung dengan cara anda menggayakannya. Namun untuk blouse Muslimah lebih sesuai jika ia dibiarkan lepas dipadankan bersama Muslimah bottom pilihan anda sendiri seperti seluar jeans, skirt labuh ataupun seluar panjang.

blouse moden


Blouse wanita dinamakan kerana rekaan potongannya yang longgar dan banyak wanita yang menyukainya kerana ia adalah antara top fesyen yang menyerlahkan sifat feminin mereka. Koleksi blouse moden online untuk wanita diperbuat daripada pelbagai bahan fabrik bermutu tinggi. Ketika memilih ada beberapa faktor yang anda harus utamakan seperti potongan, warna dan juga stail baju blaus tersebut bergantung dengan jenis bentuk badan anda bagi mendapatkan persalinan yang selesa.

blouse moden

Sebelum anda keluar dan membeli sehelai blouse, saiz yang bersesuaian dengan diri penting supaya nampak kemas terletak di badan. Jangan lupa untuk cuba sebelum ambil keputusan untuk belinya. Pilih blouse mengikut kesesuaian bentuk badan, ini akan membuatkan anda kelihatan cantik dan sedap mata memandang.



15 Disember 2015

Tempahan Design Blog D'Pinang Homestay Melaka

Tempahan edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah blog D'Pinang Homestay Melaka bertemakan warna hijau dan kuning dapat disiapkan juga. Template blog yang simple, memudahkan pengunjung blog mencari maklumat tentang homestay yang ditawarkan.

Teringin bercuti di Melaka? Segera ke blog D'Pinang Homestay Melaka sebelum penuh!

(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murah
design blog murah
design blog murah
Template

design blog murah
Banner blog
design blog murah
Watermark

Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)



14 Disember 2015

Permohonan Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Ambilan Januari 2016

Permohonan Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Ambilan Januari 2016

Keputusan peperiksaan PT3 bagi tahun 2015 sudah pun diumumkan. Tahniah dan berjaya diucapkan kepada pelajar yang berjaya mencapai target masing-masing. Apa sekalipun, jangan mudah mengalah. Jadikan keputusan PT3 ini sebagai langkah permulaan untuk lebih berjaya pada peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) nanti.

Ada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Ada yang setia dengan sekolah lama mereka. Kejayaan tidak mengira tempat kita belajar, asalkan diri sendiri punyai semangat dan bersungguh-sungguh dalami ilmu.

mohon sekolah teknik 2016

Permohonan Program Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Secara Online

Kepada pelajar yang berminat dengan pendidikan teknik dan vokasional, boleh mendaftar untuk kemasukan kolej vokasional dan sekolah menengah teknik ambilan Januari 2016.

Untuk memohon kolej vokasional dan sekolah menengah teknik secara online, sila klik pautan yang disediakan.

Permohonan berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2015:
Di laman tersebut disediakan dengan pelbagai pautan seperti institusi dan kursus yang ditawarkan, syarat permohonan, carta alir permohonan, info kursus dan juga panduan permohonan.

Untuk makluman semua, tarikh akhir permohonan adalah pada 20 DISEMBER 2015, 11:59 PM.

Ramai rakan-rakan saya yang dahulunya belajar di sekolah teknik berjaya kecapi cita-cita mereka kini. Anda juga boleh ubah masa depan. Pilihan di tangan anda. 


Tempahan Design Blog Winner My Union

Tempahan edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog Winner My Union, juga merupakan fanpage kumpulan Winner dari Korea. Pemilik blog ini memilih warna hitam dan putih sebagai warna tema dan inginkan template yang simple untuk pembacanya.

Pemiliknya berpuas hati dengan servis design blognya. Alhamdulillah.

Blog pakej 5 (tanpa banner blog dan kotak komen FB): Blog Winner My Union
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murah
design blog murah
design blog murah
Template
watermark blog murah
Watermark
Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)



13 Disember 2015

Tarikh Rasmi Keputusan Peperiksaan PT3 2015

Tarikh Rasmi Keputusan Peperiksaan PT3 2015

Tarikh Rasmi Keputusan Peperiksaan PT3 2015

Keputusan PT3 2015
Kredit gambar: MySumber
Setelah berpenat lelah demi mencapai kejayaan di dalam peperiksaan dan masa depan, calon peperiksaan PT3 2015 akan menerima keputusan mereka.

Esok bersamaan 14 Disember 2015 (Isnin), merupakan tarikh rasmi keputusan peperiksaan PT3 2015 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 


Semakan Keputusan PT3 2015 Menerusi Sekolah

Calon PT3 2015 boleh mengambil slip keputusan PT3 di sekolah masing-masing bermula pada pukul 10.00 pagi pada hari keputusan PT3 diumumkan keluar iaitu pada 14 Disember 2015. Format pakaian adalah memakai baju sekolah dengan kemas.

Semakan Keputusan PT3 2015 Secara Online

Semakan boleh dibuat menerusi http://www.moe.gov.my/ atau http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php setelah tarikh keputusan diumumkan keluar.

Sumber: Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2015 Diumumkan Keluar | melvister.com


Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat menikmati hari minggu. Rehatkan minda dan kumpul tenaga.

Jom sertai segmen mudah dikelolakan oleh Farhana Sharif, Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif.
KLIK BANNER UNTUK SERTAI
TAMAT : 26 DISEMBER 2015

Selamat bersegmen!

10 Disember 2015

Tempahan Design Blog Ana Maryam

Tempahan edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gabungan warna kelabu dan ungu lembut menjadi warna tema blog pilihan Ana Maryam. Inginkan template dan header yang simple seperti blog yang saya design sebelum ini tapi tak sama 100%.

Alhamdulillah, pemilik blog ini amat berpuas hati dengan design ini.

Blog pakej 1 + header: Blog Ana Maryam
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design header blog murah
design blog murah

Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)



08 Disember 2015

Jadual Agihan Pembayaran BR1M 2016

Jadual Agihan Pembayaran BR1M 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Anda sudah memohon atau mengemaskini permohonan BR1M 2016? Jika belum, anda masih boleh berbuat demikian sehingga 31 Disember 2015. Klik pautan ini untuk memohon baru atau mengemaskini permohonan -> Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2016.

Jadual agihan pembayaran BR1M 2016 telah pun diumumkan di portal e-BR1M. Berikut adalah jadual agihan pembayaran mengikut kategori (lihat gambar di bawah):

Jadual agihan pembayaran BR1M 2016
Sumber: Portal e-BR1M
Pastikan maklumat anda betul, jika terdapat kesalahan maklumat terutama kepada yang mengisi borang secara manual, mungkin nama akan tercicir. Jika anda telah memohon dan termasuk dalam golongan yang layak menerima bantuan BR1M tetapi lambat atau tidak masuk bayarannya, umumkan kepada kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri berdekatan anda.


07 Disember 2015

Tempahan Design dan Cetak Kad Bisnes Shawl by EKEB's

Design dan cetak kad bisnes / bisnes kad / kad nama / name card murah

Assalamualaikum.

Kad bisnes Shawl by EKEB's bertemakan elegan dengan warna hitam dan emas siap sempurna dicetak. Pemiliknya berpuas hati dengan design dan cetakan kad ini.

Jenis material yang dimita pelanggan adalah 260gsm art card dengan kemasan matte laminate yang kalis air dan tahan lama.

kad bisnes murah

Berminat untuk membuat tempahan design dan cetak pelbagai jenis kad
seperti kad bisnes, kad nama, kad jemputan atau tag label dengan 
harga yang amat berpatutan dan berkualiti?

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email : maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


05 Disember 2015

Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2016 di Semua Cawangan LHDNM

Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2016 di Semua Cawangan LHDNM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bermula tarikh hari ini, 5 Disember 2016, golongan yang layak menerima BR1M boleh mengemaskini permohonan dan juga membuat permohonan baru bagi yang belum membuat permohonan. Anda boleh memohon BR1M 2016 mulai 5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015 (tertakluk kepada pindaan).

Permohonan baru BR1M atau kemaskini permohonan boleh dibuat di atas talian (online) di portal e-BR1M atau melalui kaunter Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016.

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter BR1M 2016 di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM):
Sumber: Portal e-BR1M

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila ke portal e-BR1M atau terus ke kaunter LHDNM berdekatan anda.


Giveaway Disember 2015 Cash RM500

Giveaway Disember 2015 Cash RM500

Giveaway Disember 2015 Cash RM500
KLIK BANNER UNTUK SERTAI

Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


03 Disember 2015

Mood Republik Bakal Tiba di Perak!

Mood Republik Bakal Tiba di Perak

Sekian lama menunggu, akhirnya Mood Republik, festival nombor 1 di Malaysia datang ke Perak. Berita baik untuk warga Utara ni. Festival fesyen yang paling ditunggu-tunggu oleh para penggemar fesyen terkini! Harganya pun boleh tahan. Dapat harga kasih sayang lagi tu!

Mood Republik Perak

Yeahh..boleh la pergi nanti, tak jauh dari rumah ni. hehehe. Cuti sekolah ini memang ramai la yang akan ke Mood Republik. Jadi, jom sama-sama kita ke sana.

Tempat: Aman Jaya Convention Centre & Casuarina Hotel, Ipoh, Perak
Tarikh: 5 dan 6 Dis 2015
Masa: 8 Pagi sehingga 12 Malam.

Antara artis yang datang hadir di Mood Republik Perak:
Emma Maembong LIVE untuk maembongexclusive_HQ
Noorneelofa LIVE untuk naelofarhijab
Yatt Hamzah LIVE untuk Suci
Didie Alias LIVE untuk Dhaniaofficial juga merangkap emcee untuk festival ini.

90 jenama terkenal dan sering menjadi rebutan menyertai festival ini. Pelbagai busana wanita, lelaki, kanak kanak, sepatu, kecantikan, aksesori dan banyak lagi disediakan.

Calaqisya
Radiusite
Jubah Souq
Sincerelybyushawls
Zawara
Sugarscarf
RinaSallehClothing
Fana Couture
Hijriahome for XXXL
Zefiks
Widad Kids
Farmasi Colour Cosmetic
Aisha Wong Accessories
Jelitasara
Anggun Zara
Rayyan Haya
Gayekinisha
Ammarahijabi
Dewi Sofiea
Qairahijab
Telekung Siti Khatijah
Imaan Boutique
Dreemika
The Morata Shoes
The Calashoes
2morrow Shoes
Furby & Sugar for Men
dan banyak lagi!

Apa? 10 000 goodie bags disediakan untuk 10 000 yang terawal? Ya, percuma lagi tu. Kalau nak dapatkan goodie bags boleh beratur bermula jam 6 pagi. Memang kena pergi awal kalau nak. Kalau lambat melepas.

Mood Republik Perak

Jom sama-sama kita ke Mood Republik, festival nombor 1 di Malaysia Sabtu dan Ahad ini. 
INGAT FESYEN, INGAT MOOD REPUBLIK.


Tempahan Design Blog Sarah Amran

Tempahan edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, blog milik Sarah Amran siap dan pemiliknya berpuas hati. Cantik juga gabungan warna kelabu dan hijau turquoise yang dipilihnya. Boleh jadikan warna tema perkahwinan ni. hehehe

Ok. Jom ke blog Sarah Amran, sambil tambah kenalan.

Blog pakej 1 + header: Blog Sarah Amran
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murahdesign blog murah
Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)