Jom Guna WhatsApp di Dekstop

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jom guna Whatsapp di dekstop. Saya baru mula guna semalam. Mudah dan cepat, tak perlu nak belek2 telefon sementara buat kerja di dekstop. Anda tak perlu muat turun aplikasi seperti BlueStacks untuk menggunakan aplikasi Whatsapp pada dekstop yang mungkin akan memberatkan loading laptop anda. 

Hanya beberapa langkah mudah untuk anda ikuti jika ingin menggunakan aplikasi ini pada dekstop.

1. Pastikan anda menggunakan aplikasi Whatsapp yang terkini. Jika anda masih menggunakan yang lama, sila update ok. 

2. Klik https://web.whatsapp.com/ . Akan keluar seperti di bawah ni.

Cara Guna Whatsapp di dekstop, Whatsapp, BlueStacks, Blog Bingkisan Hati


3. Scan code yang tertera menggunakan telefon anda yang cangih manggih ituu.. Cara nak scan code ada di bawah code yang tertera (Rujuk gambar atas).

4. Dah siap semua akan keluar macam ni,

Cara Guna Whatsapp di dekstop, Whatsapp, BlueStacks, Blog Bingkisan Hati

Chatting la sesuke hati kome sampai lebam. hahaha

*Cara ini sama seperti menggunakan aplikasi WeChat di dekstop

Saya pun mudah nak ambil tempahan customer sebab tak payah pening kepala kejap2 nak tengok henfon. Kejap2 kang nak tengok laptop. Migrain terus hempas henfon. hihihi

Ok la. Sesiapa yang nak tempah design, jangan segan silu sampai menyorok bawah tempurung, whatsapp je saya kalau nak respon yang cepat. Nombor telefon sila belek kat sidebar ye.

TQ sebab sudi baca ^_^






{ 12 comments.. read them below or add one }

CikSiti CikSiti Januari 23, 2015
salam tq for info.tp kalau henfon tak canggih acane??
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Januari 23, 2015
alamak,,klu henfon tak canggih ce tanye pihak wasep..kot nt dorg bg smartphone free ke..best jugak tu ^_^ @CikSiti
Stephanie Liew Stephanie Liew Januari 23, 2015
alamak..baagusnya..senanglah nak wasap lepas ne..tak payah nak belek2 telefon lgi hihi..thanks for sharing :)
Firzanah Azhar Firzanah Azhar Januari 23, 2015
laptop pun dah boleh berwassap pehh
Farra N Farra N Januari 23, 2015
makin maju teknologi skrg..
Nur Izzati Nur Izzati Januari 24, 2015
lagi senang nk type kat lappy hehe and easy to use too!
anajingga anajingga Januari 24, 2015
menarik juga apps ni, cuma rasanya kat hp lebih mudah ketika di luar waktu kerja kan :)
Mizz'strawery Smile Mizz'strawery Smile Januari 25, 2015
Kena try ni! *Pssst! lepas ni kalau hp habis bateri kita boleh lari maraton cek kat laptop! >< hihi

http://cicihana.blogspot.com/
Mia Liana Mia Liana Januari 25, 2015
salam... menarik juga ni... thanks
Tashira Sha Tashira Sha Februari 18, 2015
baru tahu pasal ni. haha

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)