Review SayidahNapisah | Hati Perempuan Sayidah Napisah - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

22 May 2015

Review SayidahNapisah | Hati Perempuan Sayidah Napisah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah dua orang ahli EFG telah di review. Bagi sesiapa yang belum baca, anda boleh baca review yang lepas seperti di bawah

Siapa pula akan direview kali ini? Teruskan pembacaan anda . . .

Dan...yang bertuah kali ini adalah Sayidah Napisah juga dikenali sebagai Kak Cik, lebih mudah dipanggil KC je. Comel tak gambar di bawah ni? Comel? Kalau anda rasa KC comel sila singgah isi borang maklum balas di blog sayidahnapisahdotcom ok :)
Sayidah Napisah | Kak Cik | KC
Berblogging seawal umur 17 tahun, KC menyatakan tujuannya berblog adalah untuk memberi informasi yang bermanfaat kepada semua pembaca dan semoga menjadi saham di akhirat sana. Pelbagai maklumat yang anda boleh dapatkan tentang isu semasa mahupun global, fakta dan sebagainya di blog KC. Bagi peminat drama Melayu, jangan segan silu untuk singgah di blog KC, sayidahnapisahdotcom. Macam-macam tajuk drama ada kat situ. Anda boleh download banyak drama yang best giler di blog KC ni. Running Man pun ada jugak tau.

Untuk pengetahuan anda, KC kini sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Matematik. Dia memang cintakan Matematik!

KC yang aktif berblog, aktif memberi komen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik. Gambar di bawah adalah bukti KC seorang pelajar cemerlang. Dari jauh kelihatan gigi dua baris miliknya. 


KC seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel, sila rujuk gambar ye. KC bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik sebagai tenaga pengajar di sekolah ataupun universiti. 


Seorang blogger yang ceria, KC yang ramah dan mudah mesra, sering menjadi mangsa usikan dalam EFG dan dia juga apa kurangnya suka mengusik juga. Itulah KC.

Kc dan makanan berpisah tiada. Bertuahnya badan disumbat-sumbat makanan pon tiada gemuknya. Tapi ini pengakuan empunya badan sendiri, "Suka makan walaupun gemok tak sedar diri hahaha". Nak makan pun boleh senyum, gelak lagi kan :P Seronok dan gembira bertemu dengan makanan barangkali.


KC dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga. Senyuman penambat hati abang-abang dan kakak-kakak juga adik-adik EFG. Mungkin ada yang cair melihat senyuman KC ni. 


Rupanya model colgate sejak dari zaman sekolah :D

KC dan rakan-rakannya sewaktu zaman persekolahannya
Comel kan kan kan? KC masa kecik-kecik dulu
Selepas beberapa tahun KC menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya KC menukar domain kepada satu nama yang feminin dan matang sesuai dengan penampilannya kini iaitu sayidahnapisah.com.


Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu. hahaha

KC yang kini 22 tahun, memegang falsafah hidup, "Allah always be there for me". Dan matlamat hidupnya, "no matter what people say, i know what i am doing and Allah will be always there for me".

Akhir kata, ucapan untuk KC yang comel ke?,

Semoga menjadi anak yang solehah, sentiasa istiqamah dalam usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Majulah KC untuk negara.

4 comments:

  1. trauma tengok gambar KC banyak2

    ReplyDelete
  2. nak tanya ni kak maiii


    mana kak mai?


    kak maiiii


    kak maii

    kc matang ke? ahahhaah

    ReplyDelete
  3. wah gadis colgate ni. hehe. jom terjah

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda