Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

3 Rekaan Wajib Beli Nurita Harith

3 Rekaan Wajib Beli Nurita Harith

Siapakah pemilik nama Nurita Harith? Ada yang sudah lama mengenali beliau dan masih ada yang belum mengetahui tentangnya.


Nurita Harith semakin dikenali semenjak tampil dalam rancangan TV Project Runaway dan sebenarnya kerjaya beliau sebagai pereka fesyen telah bermula sebelum itu lagi. Pemengang Ijazah daripada Surrey Institue of Art in London dalam bidang fesyen ini merupakan seorang pereka fesyen tanah air yang sentiasa dikagumi dengan hasil rekaan yang kemas dan elegan. Nurita juga dikenali dengan koleksi pakaian yang kerap menggunakan tona lembut dan ciri-ciri kewanitaan.

Seperti tahun-tahun yang sudah, tahun ini Nurita Harith turut menghadiahkan para penggemar fesyen dengan koleksi raya beliau yang terbaru iaitu NH by Nurita Harith. Masih mengekalkan penggunaan warna-warna pastel sebagai tona utama, rekaan kali ini bukan sahaja sesuai untuk digayakan sempena musim perayaan, malah juga sesuai untuk menghadiri majlis-majlis istimewa yang lain.

Diantara kesemua rekaan NH by Nurita Harith, berikut merupakan 3 rekaan wajib beli khusus untuk penggemar fesyen tegar tanah air:

Nurita bijak memberikan sentuhan moden ke atas sesuatu rekaan dengan masih mengekalkan lagi ciri-ciri ketimuran. Berikut merupakan rekaan baju kurung moden ala kimono yang sememangnya terhasil daripada idea segar Nurita Harith!

Jika anda mahu kelihatan lebih low-profile dan simple, rekaan baju kurung moden ini sememangnya sesuai untuk anda gayakan di pagi Syawal. Cukup ringkas tetapi elegan!


Dan untuk anda yang bertubuh langsing, rekaan dress Nurita Harith ini pastinya menyerlahkan lagi penampilan anda persis seperti seorang model terkenal.

Jadi, tunggu apa lagi!

Jom dapatkan koleksi NH by Nurita Harith di Zalora hari ini untuk anda tampil cantik menawan pada hari lebaran yang bakal menjelma.

4 ulasan for "3 Rekaan Wajib Beli Nurita Harith"

  1. nampak eksklusif..... :)

    BalasPadam
  2. Dekat nak raya ni mesti ramai yg nak beli..

    BalasPadam
  3. cantiknya warna kurung moden tu..

    BalasPadam
  4. menarik rekaan dia.. saya suka simple2 ni. x suka abstrak sangat. serabut

    BalasPadam