Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Sen Digantikan dengan Gula-gula Kerana GST

GST dan kesannya kepada rakyat

Sudah lama ku pendam perasaan ini. Argghhhh...tak tertahan lagi menanggung keseorangan. Nak ku luahkan secara terbuka. 5 sen ku telah dirampas!!! 5 sen amat berharga kepada rakyat yang berada di tahap sederhana mungkin 'orang atasan' kata berada di tahap yang paling rendah. 

Baru-baru ini saya membeli barangan keperluan rumah di sebuah pasar raya di Kua** Ka*****. Setelah berpuas hati dengan barangan yang dipilih, saya kemudiaannya ke kaunter untuk membuat pembayaran. Setelah dikira tambah tolak darab bahagi, saya memberi sejumlah wang kepada juruwang itu. Dia pun menekan-nekan mesin simpanan duit. Lalu resit diberikan kepada saya dan melihat berbaki RM 0.05. Dengan tidak teragak-agak, juruwang tersebut memberi gula-gula tidak bersalah ini kepada saya kerana tidak mempunyai syiling 5 Sen. Saya bertanya kepada juruwang tersebut, "Cik, baki 5 Sen nya mana ya?", lalu dia menjawab "Syiling 5 Sen habis dik". Hmmmm..kecil hati ini mendengarnya. :( Kerana GST kah saya diberikan gula-gula ini? Hati kecil ini berkata-kata.

Saya tak nak gula-gula yang akan merosakkan gigi dan menaikkan kencing manis, saya nak 5 Sen saya. Nak simpan dalam tabung sampai dapat saploh ribu sama macam gaji orang atasan. 5 Sen amat berharga dan semakin bernilai pada masa kini...percayalah...

GST, gula-gula, kesan GST, impak GST
Gula-gula inilah yang menjadi ganti 5 Sen
Sampai begitu sekali kah impak GST kepada peniaga dan pembeli? Mungkin 5 Sen ini nampak kecil di mata rakyat yang berada tapi bagi yang amat memerlukan pula bagaimana? 5 Sen campur 5 Sen dah jadi saploh sen...dan seterusnya. Nilainya nampak kecil tetapi memberi kesan.

Tidak mengapalah. Hasil GST ini nanti akan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan negara. Moga kami dapat merasainya. InsyaAllah.

Sekian luahan perasaan rakyat marhaen yang inginkan keadilan.

*Ini bukan entri politik kotor kutuk mengutuk sana sini. Cuma luahan perasaan dan pandangan sahaja yang dilontarkan.


Nak tempah design?

5 ulasan for "5 Sen Digantikan dengan Gula-gula Kerana GST"

  1. simpa gula2 tu..nanti next time bayar pakai gula2

    BalasPadam
  2. memang mnyakitkan hti. tp ad sesetngh kedai x kasi terus balancenye. haha, mcm beli roti gardenia. jd 90 sen plk.,.

    BalasPadam
  3. hihihihi, gula gula penuh bermakna tuu kak mai .. hihi

    BalasPadam
  4. sgt kurang ajar peniaga tu!
    sib baik maisarah, kalau aida memang da kena hempuk da dia!

    BalasPadam