Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PERINGATAN KEPADA BAKAL PENGANTIN

Adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu 

Adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu

Soalan: Tolong terangkan apakah perkara yang DIBENARKAN dan yang DILARANG di dalam adat PERKAHWINAN orang Melayu seperti
- bersanding,
- makan beradab,
- sirih junjung,
- tepung tawar,
- berinai,
dan sebagainya.

Ustaz Azhar Idrus menjawabnya: Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah: 
* Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin PEREMPUAN
- memakai pakaian yang mendedahkan aurat, 
- pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, 
- tabarruj dalam solekan dan perhiasan, 
- bermegah-megah, dan 
- sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal TINGGAL      SOLAT 1 WAKTU waktu akan DISEKSA 6000 TAHUN dalam API NERAKA.

Kalau nak bersanding juga, biarlah serba SEDERHANA dan disaksikan oleh golongan WANITA dan ahli KELUARGA sahaja dan JANGAN sampai MELANGGAR BATAS SYARAK.

* Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"! 
Ini HARAM sebab dia adalah LELAKI, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.

* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.

* Sirih junjung ini adalah adat agama HINDU, TIDAK DIBENARKAN kecuali pengantin memang JENIS MAKAN SIREH.

* Tabur beras kunyit ini juga asalnya ADAT DALAM AGAMA HINDU dan ianya adalah MEMBAZIR kecuali pengantin itu adalah PENGANTIN AYAM.

* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama HINDU dan MAJUSI. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.

* Tepung tawar adalah MEMBAZIR, kan lebih baik guna tepung buat CEKODOK bagi makan pada pengantin!

* Renjis air mawar boleh kerana BERTUJUAN untuk WANGIAN tapi jika pengantin JENIS TAK SOLAT jangan guna air mawar tapi renjis guna AIR LONGKANG!

* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin JENIS TAK SOLAT jangan.. bersilat tapi KASI dia "flying kick" terus!

* Berinai dijari adalah HARAM bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan WANITA SAHAJA.
- Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin.
- Baik, kalau begitu pengantin lelaki bolehlah pakai bra sebab kahwin punya pasal !

Bagi perempuan pula, janganlah pakai INAI LEBIH² sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti TATU PULAK.

Berlebih-lebihan juga HARAM hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.

* Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi DAH ADA sekarang yang cium MULUT terus depan tok IMAM dah jadi macam orang KRISTIAN.

Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki...

* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut
- Ini dah ikut adat orang KRISTIAN. Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan.

Tinggallah adat-adat yang BID'AH dan kembali kepada SUNNAH. tulah lebih kurang untuk panduan kita bersama.

Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kesah cuma kita KENA INGAT kita kena JAWAB soalan-soalan dalam KUBUR nanti..

Ada satu lagi bagi yang bakal berkahwin, jika hari perkahwinan si suami membenarkan isterinya memakai TUDUNG letak di DALAM BAJU. maka SUAMI itu telah menanggung DOSA si isteri, dan suami dikira DAYUS.

Pemakaian tudung sebegini adalah menjadi kebiasaan WANITA pada AKHIR ZAMAN.. Marilah sama² meminta bakal isteri memakai tudung yang ikut syariat.

Ini adalah peringatan kepada saya dan yang lain juga. Di samping itu, dengan mengikut syariat yang dituntut agama Islam dapat menjimatkan kos perkahwinan. Bagaimana? Laksanakan yang wajib, kurangkan adat-adat yang selalu dibuat dalam kebanyakan majlis perkahwinan. Banyak yang saya dengar ada yang mengeluh selepas majlis perkahwinan selesai dan bukannya gembira. Kerana apa? Kerana belanja yang melebihi bajet kita. Jangan nak majlis nampak grand, tapi kita banyak meminjam sana sini. Buatlah mengikut kemampuan kita sendiri.

Sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, saya pernah bekerja di studio fotografi milik seorang yang berbangsa Cina. Dia pernah berkata kepada saya, "Mereka (pengantin Melayu) tak malu ke posing2 romantik depan photographer? Saya pulak yang rasa malu dengan meraka". Saya pun tak tau nak balas apa...bagi saya elok lah aksi-aksi begitu sewaktu berdua suami isteri sahaja. Ye tak?

Saya tahu tidak semua yang seperti ini. Itu adalah apa yang dilihat oleh dia sendiri. Sebab dia tahu agama Islam ni bagaimana :) Mana tahu satu hari nanti Allah beri hidayah kepadanya. 

Buatlah sesuatu dengan niat kerana Allah. InsyaAllah, urusan kita dipermudahkan.


Nak tempah design?

4 ulasan for "PERINGATAN KEPADA BAKAL PENGANTIN"

  1. susah sikit nak tegur di zaman serba moden dan terbuka ni..nanti dia kata" yang penting niat..." hhehehe..

    BalasPadam
  2. ramai yg sedar tp susah nk hindar..

    BalasPadam
  3. bersederhana lagi manis, elok.

    BalasPadam
  4. Apa yang baik kita laksanakan, apa yang buruk tinggal-tinggalkan...

    BalasPadam