Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur

Pengalaman Sahur

Pengalaman sahur

Sebut sahaja tentang puasa, mestilah ada sahurnya. Kenapa kita disunatkan bersahur? Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Terdapat pelbagai fadhilat daripada sahur yang boleh kita dapat. Berlipat kali ganda keuntungan yang Allah akan beri bagi mereka yang bersahur. Allah kurniakan keberkatan kepada puasa kita sepanjang hari melaksanakannya. Wah, banyak sungguh kelebihan sahur ni. Jadi, jangan tinggal sahur ye?

Di samping itu sahur juga membezakan puasa kaum muslimin dengan non-muslim. Ini kerana puasa kita bukan hanya untuk berlapar dan dahaga, tetapi supaya kita lebih bersabar dengan ujian pada siang harinya, supaya bertenaga untuk beribadat dan meneruskan rutin harian tanpa rasa penat.

Pengalaman sahur

Banyak ragam waktu sahur ni. Teringat zaman kanak-kanak dulu, punya la liat nak bangun sahur. haha. Selalu je tanya kat mak..kenapa kita kena bangun makan time pagi buta ni..mak dah terangkan banyak kali pun saya tetap liat jugak nak bangun. Kadang-kadang tak bangun terus. haha. Yelah, budak-budak bukan ambil kisah sangat puasa ni.. hehe

Meningkat ke alam sekolah menengah, saya tinggal di asrama. Kalau asrama tu memang kena bangun awal dalam pukul 4 lebih. Kalau lambat, habislah jawabnya. Selepas sahur tu nak berebut mandi lagi. Nak ke surau solat subuh jemaah pula lepas tu. Leceh kan..haha. Disebabkan inilah saya tak berapa suka turun ke dewan makan untuk bersahur. Tapi adatlah tinggal kat asrama kan ;) Jadi, nak elakkan daripada tak bersahur terus, saya makan kurma yang dibawa siap dari rumah, makan roti dengan jem dan buat air milo. Kalau dah malas sangat teguk air masak je senang..heeee. Saya pun jenis tak boleh nak ambil makanan yang berat waktu bersahur. Memang tak masuk kalau dipaksa telan pun.

Di universiti pula, saya hanya merasa beberapa kali sahaja puasa Ramadhan di sana. Selebihnya di rumah sendiri kerana cuti semester. Puasa di universiti juga tak banyak bezanya dengan tinggal di asrama sekolah menengah. Tetapi setiap hari perlu membeli juadah berbuka dan bersahur, sebab duduk di kolej, tak boleh masak sendiri kan. Cuma selepas sahur, diisi dengan membaca al-Quran atau al-Ma'thurat kerana kelas bermula seawal jam 8 pagi. Jadi ada masa terluang di situ. 

Begitulah antara pengalaman sahur yang saya sendiri rasai. Lain orang, lain pengalamannya.
Pengalaman sahur anda pula bagaimana?

#Cabaran20Hari yang lain:

3 ulasan for "#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur"

  1. wahh simple je sahur kak mai hehe

    BalasPadam
  2. Cukup untuk mengalas perut, nak makan berat2 takut mengantuk drive pergi kerja..

    BalasPadam
  3. Setiap pengalaman sahur memang indah kan.. Setiap fasa kehidupan tu lain-lain..

    BalasPadam