#Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Selalunya anda semua makan apa semasa sahur? Mestilah makanan kan..hihi. Biasanya anda pilih makanan yang ringan atau berat seperti nasi berlauk untuk bersahur? 
Resepi hidangan sahur ringkas, roti telur mata kerbau
Kredit foto: Astro Awani
Bagi saya, resepi yang mudah dan ringkas menjadi pilihan untuk bersahur. Resepi paling ringkas untuk sahur bagi saya adalah roti telur goreng mata kerbau. haha. Memang sangat ringkas kan? Bahan-bahan yang diperlukan amat mudah didapati. Bahan yang sentiasa ada di dapur. Saya jenis yang tidak berapa gemar ambil makanan yang berat seperti nasi ketika bersahur jadi resepi ringkas ini adalah sebagai alternatif.

Kenapa roti telur goreng mata kerbau? Ia adalah gabungan biasa untuk sandwic ringkas, namun ia kaya dengan khasiat. Telur adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi (sumber: Astroawani). Roti pula adalah sumber karbohidrat yang tahan lama, membuatkan kita kurang rasa lapar. Jangan ingat resepi yang ringkas dan mudah seperti ini kurang dengan khasiat ya. 

Cara nak buat roti telur goreng mata kerbau amat ringkas, tak perlu susah-susah dan pening untuk siapkannya. Hanya sediakan dua keping roti dan gorengkan sebiji telur. Lapis bersama hirisan buah tomato dan daun salad. Letakkan sos cili dan mayonis juga secubit taburan lada hitam di atas telur goreng sebagai penyedap rasa. Nak lebih sedap boleh letak sekeping keju cheddar di atas telur goreng tersebut. Siap! Resepi ringkas ini sedap dan mengenyangkan. Tak percaya? Cubalah.

Anda juga boleh olah resepi ini dengan menukarkan telur kepada buah seperti pisang dan sapukan mentega kacang di atas hirisan pisang itu. Untuk pengetahuan anda pisang adalah buah yang mengenyangkan dan merupakan sumber tenaga. Pengambilan pisang dapat mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama daripada pengambilan gula.

Anda boleh mencuba resepi hidangan sahur paling ringkas ini kalau susah nak terima makanan yang berat seperti nasi untuk sahur.

Apa resepi hidangan sahur paling ringkas bagi anda pula?

#Cabaran20Hari yang lain:

{ 11 comments.. read them below or add one }

Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL Jun 29, 2015
selamar bersahur.Mai... ringkas dan mudah.
Eny Abdullah Eny Abdullah Jun 29, 2015
sedap nya telur tuuu... kan mai hidangan paling versatike ni telur goreng lah kan..
irra yyan irra yyan Jun 29, 2015
gambaq tu tak menahan...penuh khasiat nk menahan lapar sepanjang hari
Iris Jasmine Iris Jasmine Jun 29, 2015
senang je nak buat kan hehehee.
yoorin melacolea yoorin melacolea Jun 29, 2015
yoorin pon kengkadang buat camtu je.. hahahaha.. win laa..memg ringkas sangat..
Zaidalifah Hussin Zaidalifah Hussin Jun 29, 2015
Salam Mai, Menu kita sama berasaskan telur
http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html

tp lebih ringkas :)
Maria Firdz Maria Firdz Jun 29, 2015
Telur banyak khasiatnya.. Dan boleh mengenyangkan juga.
RahimAim BudakPrihatin RahimAim BudakPrihatin Jun 29, 2015
Nampak sama... Tapi bukan dia..bukan dia... mari cek entry Along..Haha..

http://www.rahimaim.com/2015/06/cabaran20hari-resepi-sahur-paling-ringkas.html
aizamia3 aizamia3 Julai 07, 2015
Macam mana ringkas sekalipun, anak2 tetap nak makan nasi..

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)