Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna

Ramadhan tiba lagi


Ramadhan kareem!

Pejam celik, tak sedar kita telah memasuki bulan Ramadhan tahun 1436H. Sungguh cepat masa berlalu. Baru sahaja merasa puasa dan raya tahun lepas. Memang terasa pantas masa berjalan. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan. Sesungguhnya kita berada dalam golongan yang untung untuk merasai kemanisannya.

Bulan Ramadhan adalah madrasah atau sekolah untuk umat Islam. Kenapa madrasah? Kerana pada bulan yang mulia ini kita berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa taa'ala dengan melakukan pelbagai ibadat dengan harapan mendapat keredhaan dariNya. Bulan Ramadhan mengajar kita agar sentiasa mempraktikkan ibadat dan amalan baik dalam bulan selain bulan Ramadhan.


Malam ini kita telah memulakan ibadat solat sunat Tarawih buat pertama kali bagi Ramadhan 1436H. InsyaAllah moga kita istiqamah dalam menunaikannya sehingga ke akhir bulan yang penuh barakah ini. Saya pasti rata-rata umat Islam berazam untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah subhanahu wa taa'ala seterusnya mendapat keampunan dariNya pada bulan Ramadhan ini. Semoga ibadat kita diterima Allah subhanahu wa taa'ala. Jangan puasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga. 


Selamat manjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.



Nak tempah design?

4 ulasan for "Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"

  1. Betul tu, pejam celik dah masuk dah Ramadhan 2015.. apapun Salam Ramadhan AlMubarak...

    BalasPadam
  2. kejap je..kan?sebulan puasa ni pun rasanya cepat masa berlalu,.mesti punya lah..itu tanda akhir zaman...
    selamat berpuasa...

    BalasPadam
  3. salam ramadhan buat kita semua

    BalasPadam