Aku Penghidap Geographic Tongue - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

09 July 2015

Aku Penghidap Geographic Tongue

Geographic Tongue / Lidah Geografik

Lidah geografik atau dalam bahasa Inggeris Geographic Tounge. Apa Lidah geografik ni? Lidah geografik adalah di mana permukaan atas lidah seseorang muncul bentuk seperti peta. Ia juga boleh berlaku di tepi lidah.
Geographic Tongue, Lidah Geografik
Lidah geografik. Ada bentuk macam peta tu kan?
Kredit foto: anneahira
Anda selalu tengok lidah anda tak? Kalau ada bentuk macam peta dan berwarna putih susu, itu adalah lidah geografik.
Kredit foto: KiddiecareCentre
Hari ini saya telah menjalani pemeriksaan gigi. Masa doktor sedang periksa gigi saya, doktor gigi tu cakap lidah saya 'geographic tounge'. Sebelum ni dah beberapa kali jumpa dengan doktor gigi takde pulak cakap macam tu. Musykil jugak. Sampai je rumah, balik dari klinik pergigian, terus je hidupkan laptop dan buat carian di Google tentang geographic tounge atau lidah geografik ini.

Rupanya lidah geografik ini tidaklah bahaya. Lega..... Bukan disebabkan jangkitan atau kanser. Gejala lidah geografi ini adalah terdapatnya bentuk yang tidak tetap, licin dan tompok berwarna merah di atas permukaan lidah. Mengikut sumber, tompok ini mempunyai sempadan putih atau berwarna cerah.

Ia juga berbeza dari segi saiz, bentuk dan warna.  Tompok ini kelihatan di satu kawasan dan kemudian bergerak ke kawasan lain. Ia bertukar dengan cepat dalam masa beberapa hari, minggu atau bulan. Saya pun baru tahu ni. Tak perasan pun keadaan lidah sendiri.

Saya yakin anda pun tidak ambil tahu tentang keadaan lidah anda kan. hehe. Anda akan dapat tahu jika doktor gigi beritahu sendiri tentang itu.

Kira-kira satu dalam 10 orang dengan lidah geografi mungkin mengalami ketidakselesaan ringan atau rasa terbakar atau rasa pedih. Jadi, akan sering sensitif kepada bahan-bahan seperti  panas, pedas atau makanan berasid, asap rokok dan ubat gigi.

Punca dan Faktor Risiko Lidah Geografik

Lidah geografik berlaku apabila bahagian-bahagian pada lidah kehilangan lapisan lebam kecil yang
dikenali sebagai papila. Papila biasanya meliputi lapisan atas seluruh lidah anda. Mengapa anda
kehilangan papila ini dengan lidah geografi? Tiada siapa yang tahu dengan pasti. Mungkin ia disebabkan keturunan juga. Patutlah saya 'kena' lidah geografik ni. Keadaan lidah ayah saya juga sama seperti saya.

Apakah rawatan atau penjagaan yang bagus untuk Lidah Geografik?

Berjumpa doktor gigi atau doktor adalah cara terbaik untuk menyingkirkan masalah yang lebih serius. Dalam kebanyakan kes, dia boleh mendiagnosis lidah geografi dari penerangan gejala-gejala yang ada pada anda dan memeriksa anda dari mulut dan lidah.

Dalam kebanyakan kes, sakit atau tidak selesa akan menjadi lebih baik tanpa rawatan. Tetapi jika teruk dan sakit berterusan, ubat-ubatan boleh membantu. Ini adalah contoh-contoh apa yang doktor atau doktor gigi anda tetapkan:

  • Ubat penahan sakit
  • Anti-inflamasi
  • Mulut dicuci dengan anestetik
  • Kortikosteroid (Corticosteroids) digunakan secara langsung pada lidah
  • Makanan tambahan yang mengandungi zink

Jika anda tertanya-tanya tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk melegakan gejala dengan cepat, cuba hadkan bahan-bahan ini atau elakkan terus:

  • Tembakau
  • Panas, pedas, berasid atau makanan atau kering, kacang masin
  • Ubat gigi dengan bahan tambahan, agen pemutihan, atau perisa berat (ubat gigi untuk gigi sensitif adalah pilihan yang lebih baik)
Sumber: WebMD


Nak tempah design?


2 comments:

  1. Info yang menarik sebab saya pun baru tahu apa itu geographic tongue..

    ReplyDelete
  2. Anonymous13.11.15

    same la sis..cmne skrg?ade ape2 ubat yg dapat menyembuhkan x?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda