#Cabaran20Hari | Aktiviti di Pagi Raya - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

12 July 2015

#Cabaran20Hari | Aktiviti di Pagi Raya

#Cabaran20Hari | Aktiviti di Pagi Raya

Aktiviti di Pagi Raya, #Cabaran20Hari

Kurang lima hari sahaja kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagaimana dengan persiapan anda sempena hari raya nanti? Semuanya dah lengkap? Bagus jika begitu, bolehlah kita fokus pada amalan kita dalam bulan Ramadhan ini yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi. 

Aktiviti di Pagi Raya

Kebiasaannya, sebaik sahaja bangun pagi terus mandi sunat hari raya. Seterusnya keluarga dan saya solat subuh berjemaah. Selesai sahaja solat subuh, ibu dan saya menyediakan sarapan pagi. Setelah selesai menyediakan sarapan dan bersarapan bersama, kami semua bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri. Setiap kali 1 Syawal, kami sekeluarga akan tunaikan solat sunat Aidilfitri di surau kampung. Ini kerana surau terletak berdekatan dengan rumah. Suasana di surau kampung ini mengingatkan semula zaman kanak-kanak. Rasa gembira. Nampak kemesraan sesama penduduk kampung dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Selesai solat sunat, kami sekeluarga pulang ke rumah. Selalunya akan berkunjung ke rumah opah yang terletak di sebelah rumah kami. Saudara-mara yang jauh berkumpul di rumah opah. Kami bersalaman dan bermaafan antara satu sama lain serta bertanya khabar. Hari raya pertama selalunya kami berada di rumah menunggu kedatangan tetamu. Bermula hari raya kedua kami akan berkunjung ke rumah saudara-mara terdekat.

Inilah aktiviti di pagi raya yang biasa saya sekeluarga lakukan . . .


#Cabaran20Hari yang lain:

1 comment:

  1. Hehehe betul2 lepas tu serbu rumah saudara2 . selalunya raya 1st makanan sedap2. yummm ! eh hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda