#Cabaran20Hari | Amalan Berbalas Juadah di Bulan Ramadhan

 Amalan Berbalas Juadah di Bulan Ramadhan

Seperti yang diketahui umum, bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Ramadhan bulan ibadah, kerahmatan dan keampunan. Marilah sama-sama kita gandakan amalan baik dan ibadat kepada Allah swt. 
Kredit foto: Younique Nurdani
Amalan berbalas juadah menjadi salah satu kebiasaan yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran. Kadang-kala kita terlalu sibuk mengejar dunia sehingga lupa pada jiran tetangga. Jadi, amalan ini dapat merapatkan hubungan sesama jiran. 

Jiran saya, iaitu opah saya sendiri. Kami selalu bertukar juadah seperti kuih-muih, lauk-pauk..tak kisahlah apa pun, janji makanan kan ;) Dengan jiran depan dan belakang rumah juga pun macam tu. Pelbagai jenis makanan dapat rasa. Kalau duduk kampung lagi meriah dengan amalan ini. Dalam masa yang sama dapat berkenalan lebih rapat dengan jiran kita. 

Selain itu, bagi orang yang tidak berkemampuan seperti fakir miskin dan gelandangan, apa salahnya kita bantu mereka dengan menyedekahkan makanan kepada mereka. Tidak perlu balasan, cukuplah dapat membuat mereka bahagia. Tambah-tambah pada bulan Ramadhan ini, sangat elok bersedekah dengan memberi makanan kepada orang yang berpuasa. Kongsi rezeki kita dengan orang lain itu lebih baik.

#Cabaran20Hari yang lain:

{ 10 comments.. read them below or add one }

yoorin melacolea yoorin melacolea Julai 04, 2015
Kat kl ni x nampak dah budaya mcm tu.. rindu kampung.. 😂
Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL Julai 04, 2015
susah .. dah tasituasinyahalaman di kampung halaman. Sini sunyisepi.
adk dayah adk dayah Julai 04, 2015
dekat kampung memang senang nak berbalas juadah ni, kalau dekat bandar macam kl ke apa ke, susah la nak nampak..huhu
cikgu hani cikgu hani Julai 04, 2015
alhamdulillah, berkongsi rezeki memang amalan mulia.....bestnya bertukar juadah.merasa la air tangan orang lain..
perubatan khalifah perubatan khalifah Julai 05, 2015
huhu, rindu ngan suasana ni. ni la satu-satunya yang melambangkan keindahan Islam tu, sampai bangsa lain pun cemburu lihat kemesraan sesama kita.
dulu, tinggal kat Pangkalan TLDM, Lumut, memang suasana bertukar juadah ni mekar sungguh kat sana.
hihi, paling best, budak kecik la...
mak suh hantar 10 biji karipap kat jiran sebelah, sampai kat umah jiran, dah tinggal 9 biji jer...ilang lak satu. haha...(bukan saya, k).
dugaan tau, bila nak kena hantar juadah ni. bau nyer,,,menggugat iman. hihi.
-blogspot : rawatankanser2013
sayidah napisah sayidah napisah Julai 06, 2015
hhhahaha musykil tu hilang satu.aiyok hahaha
sayidah napisah sayidah napisah Julai 06, 2015
lagi2 skrg ni mmg susah le naknmpk sbb kita pun kekadang tak amalkan hehe
sayidah napisah sayidah napisah Julai 06, 2015
kc dulu masak kecik2 selalu umi suh bg mknn kat jiran.lepastu jiran pulak balas hehhee. so swweet kan
aizamia3 aizamia3 Julai 07, 2015
Nak kejar masa sediakan juadah lagi, jadi dah jarang berbalas juadah antara jiran.

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)