#Cabaran20Hari | Belanjawan Hari Raya

Setiap tahun menjelangnya Aidilfitri, kita pasti akan membuat persiapan untuk menyambut hari yang bahagia ini. Baju raya, kuih raya, kereta raya, duit raya, perhiasan dan kelengkapan rumah, sudahkan anda memikirkan tentang perbelanjaan yang akan dikeluarkan untuk semua itu? Kalau dah ada, bagus. Anda boleh berjimat. 

tips bajet/belanjawan raya

Tidak salah untuk berbelanja bagi menyambut Aidilfitri. Asalkan berbelanja mengikut kemampuan diri dan keperluan sahaja. Jangan ikut orang lain. Orang itu beli macam-macam, kita jugak nak beli. Mudah je. Kita fikir sendiri, tak mampu jangan beli. Itu akan selamatkan poket kita daripada bocor dan tiris.

Bagi saya, mudah saja untuk jimat berbelanja sempena Aidilfitri. Ini apa yang saya praktikkan setiap kali nak berbelanja. 

1. Buat senarai barangan yang hendak dibeli. Sertakan bersama harganya dan jumlahkan.
2. Jika terlebih, saya akan kurangkan dengan potong barangan yang tidak berapa penting.
3. Berbelanja di tempat kita selalu membeli-belah sebab dah tau harganya atau tempat yang menyediakan harga yang amat berpatutan, sesuai dengan bajet kita.
4. Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan promosi. Beli ikut keperluan.

Untuk hari raya kali ini, baju raya dari Zalora je, tu pun tak perlu bayar sebab dapat baucar hasil review produknya. Alhamdulillah, dapat berjimat di situ. Lagipun baju raya tahun-tahun lepas masih muat untuk dipakai. Boleh guna semula. Untuk kuih raya, kebanyakannya buat sendiri. Perhiasan dan kelengkapan rumah sama seperti sebelumnya, cuma ubah kedudukan perabot bagi nampak lain. 


Ini adalah perkongsian dari laman Facebook Azizul Azli Ahmad, penulis buku 'Mudahnya Beli Rumah'
#‎TabungRaya‬

KITA GILA BELANJA
Terdapat beberapa ciri khusus kita adalah 'shopaholic' menurut istilah orang Jawa.
1. Membeli suatu barang secara berlebihan atau melampaui keperluan. Baju Melayu dah 17 pasang nak beli lagi.
2. Membeli secara mendadak dan tidak pernah merancang. Jumpa semua website beli tapi pakainya jarang.
3. Membeli hingga habis wang dan melepasi kemampuan kita. Baru awal bulan gaji dah habis, pinjam duit dengan kengkawan.
4. Wujud rasa tertekan dan ketagihan melampau untuk terus berbelanja. Kalau tak belanja rasa macam nak gigit tangan suami saja.

Jumpa kaunselor untuk atasi ketagihan ini, penasihat kewangan tidak boleh bantu apa apa.
Belilah rumah dulu baru beli tudung Nelopah atau spoiler kereta
‪#‎KetagihanMelampauMerbahaya‬

hahaha..sentap betul dengan kenyataannya tapi benar belaka kan.

Apa pun, berbelanjalah mengikut keperluan bukan kehendak. Jangan nanti dah habis raya, sakit pula yang datang. Sakit 'poket' selalu terjadi selepas raya. Berhati-hatilah saya dan anda dalam berbelanja :)


#Cabaran20Hari yang lain:

{ 11 comments.. read them below or add one }

Fendi Rocka Fendi Rocka Julai 08, 2015
Membeli bagi sesetengah orang adalah aktiviti rekreasi
Amalina Hussain Amalina Hussain Julai 08, 2015
Tips yang berguna. Saya dah 4 tahun tak beli kasut raya. Pakai je yang lama lama. Hehe. Jimat. Tq 4 sharing. :)
fiza hasan fiza hasan Julai 08, 2015
Alhamdulillah..Baju anak2 dah setel...Baju sndiri x kisah sgt
yoorin melacolea yoorin melacolea Julai 08, 2015
yoorin last minute baru gedik nak buat checklist. pasni nak buat tabung khas untuk raya lah.. memang raya ni duit abes banyak kat situ je
Maria Firdz Maria Firdz Julai 08, 2015
Saya.. baju raya dah beli sebelum puasa lagi... bajet bulan utk keluarga pula.
irra yyan irra yyan Julai 08, 2015
wow...saya jarang ber"rekreasi" la ..haha
irra yyan irra yyan Julai 08, 2015
saya beli kasut raya bila kasut dh koyak rabak,,ermmermm ermm tapi baru2 ni terbeli kasut yg tak selesa di pakai..nak kena shopping kasut raya ni
irra yyan irra yyan Julai 08, 2015
alamak, baju anak2 tak settle lagi...harap weekend ni boleh la beli baju cik kak tu...
irra yyan irra yyan Julai 08, 2015
wahhh....raya sakan lah yoorin
irra yyan irra yyan Julai 08, 2015
kak MF tertinggal ini tu..hihi bajet ke bulan ke? oppss tetiba jadi polis typo..hihi

baju raya daddy dan adam je beli sebelum raya...grrr baju raya anis xde lagi
irra yyan irra yyan Julai 08, 2015
fuhhh yg sampai kena jumpa pakar tu memang melampau giler dah tu...ade ke 17 pasang xcukup lagi..kita ni sepasang pon xde lagi..uhuukk

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)