#Cabaran20Hari | Kenangan Tarawih di Surau Zaman Kanak-kanak - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

05 July 2015

#Cabaran20Hari | Kenangan Tarawih di Surau Zaman Kanak-kanak

Zaman kanak-kanak memang banyak meninggalkan kenangan manis berbanding kenangan pahit. Nak buat apa pun rasa bebas je. Kanak-kanak zaman 90an main panjat pokok, terjun sungai, main pondok-pondok, main guli, main masak-masak...dan macam-macam lagi. haha. Seronok sangat waktu tu. Kanak-kanak sekarang payah nak jumpa macam tu dah sebab wujudnya gajet elektronik. Kalau jumpa pun, kanak-kanak yang tinggal di kampung sahaja.

Kenangan tarawih di surau zaman kanak-kanak

Masuk je bulan Ramadhan, mulalah pasang angan-angan nak buat itu ini. Nak improve diri kononnya. Nak buat baik. haha. Nama pun kanak-kanak kan, tak boleh nak ikut apa yang dirancang pun ;)

Terawih malam 1 Ramadhan, hari pertama tarawih selalu baik je, menurut perintah. Masuk tarawih malam kedua pun baik lagi. 
Kredit foto: Youtube
Tarawih malam ketiga buat 4 rakaat je. Khusyuk dah lari. hehe. Lepas tu main bunga api dengan kawan-kawan dekat surau. Kami buat surau tu jadi macam surau sendiri je. Siap kena warning dengan pak imam lagi sebab bising. haha. Main sorok-sorok pun ada. Malam yang gelap tu pun berani main sorok-sorok. Tak makan nasihat orang tua langsung. hihi. Malam-malam tarawih yang lain pun lebih kurang sama je. Berubah kejap kalau ditegur. Lepas tu buat balik. hahaha.

Mungkin anda pernah buat macam ni kot masa kanak-kanak. Yang perempuan kot ada bawa patung Sailormoon ke..haha..comel je kan ^_^



#Cabaran20Hari yang lain:

5 comments:

  1. saya takde kenangan terawih masa kecik. masjid jauh dari rumah. nak pulak masa tu mana ada naik rumah banyak mcm sekarang. malam memang sunyi je. yang dengar pun banyak bunyi cengkerik. masa tu kawasan tu tak membangun sangat macam sekarang. perempuan pulak lagi la mama papa tak bagi merayau mana2 hihihihihi

    ReplyDelete
  2. biasalah kanak-kanak tak sama dengan zaman sekarang yang habiskan masa depan gadjet

    ReplyDelete
    Replies
    1. termasuk mak ayah kanak-kanak hehe

      Delete
  3. atotototooo comel je main dalam gelap kihkih. kc takde pun kenangan macam tu hehe

    ReplyDelete
  4. Kak Mai. Gambar upin ipin kita sama. Hahaha ;P

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda