#Cabaran20Hari | Memori Raya 90an, Zaman Kanak-kanak - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

10 July 2015

#Cabaran20Hari | Memori Raya 90an, Zaman Kanak-kanak

#Cabaran20Hari | Memori Raya 90an

90an adalah zaman kanak-kanak saya. Zaman yang banyak meninggalkan kenangan yang manis. Tersenyum dan ketawa seorang diri apabila teringatkan waktu dulu. 
Gambar sekadar hiasa. Bukan gambar saya ye ;)

Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak

Baju Raya dan Kasut Raya

Baju raya selalunya ditempah awal Ramadhan lagi. Kadang-kadang beli je. Bila baju raya dan kasut dah ada dalam almari, selagi belum raya, hari-hari mesti nak buka almari tengok baju dan kasut raya. Lepas tu belek-belek baju dan kasut tu dengan adik. Adik pun layan je. Perempuan kan.. Tak sabar nak tunggu hari raya pertama tiba, nak pakai baju raya baru. haha

Kutip Duit Raya

Masih segar dalam ingatan. Bermula dari tadika sampai la darjah 3, memang akan 'kutip' duit raya di setiap rumah jiran. haha. Masuk darjah 4 dah tak minat nak buat macam ni lagi sebab fikir dah besar padahal badan kecik je. Waktu ini rezeki murah sangat. hehe. Saudara-mara yang datang mesti bagi duit raya. Gembira betul. 

Bab kutip duit raya ni, saya ada 'geng' tau. Saya, abang saya dan 3 orang anak jiran sebelah. Kalau pergi beraya keliling kampung, mesti bawa beg tangan kecil sekali untuk isi duit raya. Sampai ke rumah paling ceruk dan paling jauh dalam kampung kami pergi. Sanggup berjalan kaki je. Hari raya pertama, mula operasi dalam pukul 10 pagi. Selesai dalam pukul 7 petang. Sampai je rumah memang kena ceramah jawabnya. Padan muka. hahaha. Tapi 'hasil kutipan' hari raya pertama tu memang masyuk, dapat seratus lebih tu. Masa tu, angka ni dah cukup besar pada kami yang masih kanak-kanak ni. Bukan senang nak dapat dan pegang duit banyak tu kan. Hasil tu akan disimpan di bank dan dalam tabung.

Ini antara memori raya zaman kanak-kanak saya yang mampu membuat saya tersenyum mengenangkannya. Zaman kanak-kanak 90an, tak kenal pun gajet itu ini. Kenal kawan je :)


#Cabaran20Hari yang lain:

3 comments:

  1. Bab kumpul duit raya tu memang best

    ReplyDelete
  2. Hui... Byk tu seratus lebih tu...

    ReplyDelete
  3. Ingat lagi zaman kecik-kecik dulu.. Tiap ari keliling kampung nak collect duit raya.. Balik2 kire duit then lawan dengan abang adik siapa punye duit raya yang best..hihi. Tp anak2 skrg lain situasinya.. Kite dah tak boleh biarkan mereka merayau sesuka hati.. Bahaya sekarang. Takut ada pengintip duk intai budak2.. nauzubillah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda