Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

#Cabaran20Hari | Pengalaman Manis di Bulan Puasa

Pengalaman manis di bulan puasa

Pengalaman manis memang banyak pada bulan puasa. Manis sentiasa. Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, hati terasa tenang dan perasaan gembira hadir kerana semangat yang berkobar-kobar bertemu Ramadhan.
bunga api, raya
Kredit foto: ryanethezaine
Kalau sewaktu zaman kanak-kanak, main bunga api dan mercun menjadi perkara utama dalam bulan puasa. hehe. Kalau tiada stok bunga api, memang tak sah. Jadi, kena pusing satu kampung tinjau2 siapa yang ada jual bunga api. haha. Gigih betul. 

Panjut pula dibuat sendiri oleh abang menggunakan buluh. Buluh pula senang didapati, tidak perlu susah-susah nak cari. Belakang rumah je. 
Pelita buluh
Kredit foto: Anak Kedah
Bermula dari langkah memotong buluh mengikut saiz yang dikehendaki, selalunya tidak terlalu panjang, cukup untuk 3 atau 4 lubang untuk diletakkan tali sumbu. Kemudian buluh dicuci, seterusnya buluh yang telah dipotong mengikut panjang, ditebuk 3 atau 4 lubang padanya. Tempat nak letak tali sumbu tu, apa entah namanya, hanya menggunakan tin biskut aluminium yang tidak dugunakan lagi. Dah siap gulung kepingan tin aluminium selepas dipotong, masukkan tali sumbu atau tali guni. Minyak tanah pun diisi ke dalam buluh tersebut. Memang bersungguh-sungguh buat panjut tu sampai siap. Selalunya panjut dipasang bermula pada malam Ramadhan ke 27. Seronok tengok nyalaan api di panjut buluh itu. Sampai terbakar pun ada. haha

Tapi zaman sekarang ni semakin kurang yang buat panjut buluh ni. Pelita plastik dan aluminium ada dijual di kedai atau pasar raya. Jadi, orang sekarang lebih memilih jenis itu mungkin sebab mudah dan senang didapati. 

Masa di sekolah menengah pula, jawab PMR dalam bulan puasa. Sebenarnya belajar dalam bulan puasa ni lagi cepat serap ilmu. Yela, perut tengah kosong, oksigen pun banyak untuk otak. Rasa tenang je belajar. Alhamdulillah, dapat keputusan PMR diluar jangkaan. 

Itu antara pengalaman manis saya pada bulan puasa. Pengalaman manis anda pula bagaimana?

#Cabaran20Hari yang lain:


13 ulasan for "#Cabaran20Hari | Pengalaman Manis di Bulan Puasa"

  1. kebanyakan perkara manis dulu dah tak berlaku zaman kanak2 sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..sepatutnya perlu berterusan

      Padam
    2. sbb skrg asyik dgn gadget kott.huhu

      Padam
  2. Pengalaman manis ena ketika berpuasa semua ketika kecil kecil dulu. Zaman tengah enjoy tak hingat dunia. Hehehe. Skrg ni adalah sikit2 tapi tak sehebat dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..zaman kanak-kanak dulu tak kisah pun nak buat apa ^_^

      Padam
  3. kalau ikutkan pengalaman time kecik2 paling best kenangan =)

    BalasPadam
  4. sekarang macam dah kurang buat panjut tu.. kat rumah kampung yoorin pon abah dah tak buat lampu pelita.. dah pakai lampu elektrik..hahaha.. kalau dulu lepas buka je berebut nak isi minyak tanah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua ni ikut peredaran masa kan :)

      Padam
    2. lampu elektrik lagi jimat masa hehehe

      Padam
  5. pengalaman bila dah tua ni kena cuba nak buatkan semua kenangan masa dulu untuk anak-anak pulak..hee..rindu panjut tu

    BalasPadam
  6. wahh di luar jangkaan yeee. berap dapat PMR tu? hehehe. wah bestnya buat panjut tu.zaman kakcik takde lah merasa buat panjut hehe

    BalasPadam
  7. teringat kenangan tinggal di kampung dulu.. meriah.. ;)

    BalasPadam