KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

21 July 2015

Laptop Overheating Rupanya!

Petang tadi lebih kurang pukul 5 petang, pihak kedai komputer menghubungi saya dan memberitahu bahawa laptop dah siap dibaiki. Dia beritahu lagi, laptop saya ni overheating. Panas melampau. Patutlah asyik terpadam je. Sebabnya habuk banyak berkumpul pada kipas laptop.

Apabila habuk banyak berkumpul pada kipas laptop, ia akan menyukarkan pengaliran udara untuk mengalir dengan baik. Mujur ini je masalahnya. Risau juga kalau ada masalah lain.

Solusinya, kipas laptop perlu dibersihkan supaya pengaliran udara dalam keadaan yang baik. Semua tu saya serahkan pihak kedai yang uruskan. Kalau saya buat sendiri memang jadi macam tikus membaiki labu la nanti. Selain itu, saya juga perlu beli bateri laptop yang baru. Ini juga mungkin jadi penyebab terjadinya overheating.

Esok akan ambil laptop di kedai. Tak sabar nak mula kerja ni.

Kongsikan

Artikel berkaitan

Laptop Overheating Rupanya!
4/ 5
Oleh

Langgan melalui email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk melanggan.

4 komen

Tulis komen
avatar
21.7.15

takut pulak sbb anis selalu letak atas katil..

Reply
avatar
22.7.15

nasib tu ja masalahnya kan.. tak apa lah, nanti dah boleh guna balik..

Reply
avatar
25.7.15

kalau nak letak atas katil pastikan guna cooling fan..

Reply
avatar
25.7.15

Alhamdulillah, nasib baik overheating je

Reply

Terima kasih atas komen anda