Resepi | Popia Goreng Inti Sosej Berkeju - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

08 July 2015

Resepi | Popia Goreng Inti Sosej Berkeju

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kali ini saya nak berkongsi resepi dengan anda iaitu 'popia goreng inti sosej berkeju'. Panjang nama popia ni. hehe. Resepi ini mudah disediakan dan hanya mengambil masa yang singkat untuk disiapkan. 
Popia Goreng Inti Sosej Berkeju

Popia goreng inti sosej berkeju ini sedap rasanya. Anda perlu cuba resepi ini. Ia adalah makanan yang mengenyangkan kerana mengandungi sosej, sayuran dan keju. Jadi, sesuai dimakan untuk sarapan pagi, minum petang, berbuka puasa, bersahur atau bila-bila sahaja yang anda suka. 

Sekali buat akan dapat banyak. Jangan risau, anda boleh simpan di peti sejuk. Kalau anda rasa nak makan, goreng je. Mudah kan? Jom cuba resepi popia goreng inti sosej berkeju yang menyelerakan ini . . .

Popia Goreng Inti Sosej Berkeju

Bahan-bahan inti:

1 cawan kobis bulat yang dihiris halus
1 batang lobak merah dihiris halus
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
5 batang sosej ayam dihiris halus secara memanjang (atau ikut suka cara anda hiris)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain:

Kulit popia (beli je satu plastik tu..saya guna jenama KG Pastry)
Keju cheddar dihiris kecil memanjang
1 biji telur dipukul sedikit, dijadikan pelekat
Sos cili untuk cicah dengan popia yang dah siap ;)

Cara membuatnya:

1. Inti popia
Panaskan sedikita minyak di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum dan layu. Masukkan sosej, hirisan lobak merah dan kobis. Kacau dan masak hingga layu, tambahkan sedikit garam, gaul rata dan matikan api. Biarkan inti sejuk seketika.

2. Cara gulung popia
Ambil sekeping kulit popia, sudukan inti (sedikit sahaja, cukup untuk gulung, kalau banyak inti boleh pecah kulit popia), letak hirisan keju cheddar, gulung kulit popia seperti gambar di bawah,

Popia Goreng Inti Sosej Berkeju

sapu bancuhan telur pada lipatan kiri dan kanan kulit popia yang terbuka. Kemudian gulung sampai habis dan kemaskan. Sapu bancuhan telur pada hujung kulit popia. Ulangi langkah yang sama untuk baki kulit popia, inti dan keju.

Apabila sudah siap gulung semuanya, bolehlah digoreng. Goreng dalam minyak penuh supaya dapat masuk lebih kurang 5-6 biji popia dalam kuali besar.

Ini popia yang dah siap . . .
Popia Goreng Inti Sosej Berkeju
Sedapnya!!!!
Boleh cicah popia goreng ni dengan sos cili atau dimakan begitu saja.

*Tips: Kulit popia mudah mengeras apabila terdedah. Ambil kain bersih, basahkan kain tu dan letak di atas lapisan-lapisan kulit popia.

Jom cuba resepi mudah ni. Kongsikan juga dengan yang lain dengan menekan butang 'share' di akhir entri ini ;)


Cuba resepi yang lain juga:
Puding Roti Karamel


1 comment:

  1. lama juga rasanya tak makan popia nih..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda