KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

11 August 2015

Murtabak Cheese Sedap di Kuala Kangsar

Murtabak Cheese Sedap di Kuala Kangsar

Petang hari ini, murtabak cheese menjadi menu pilihan untuk minum petang. Chocolate Blog dari gerai Cool Blog berdekatan menjadi pelengkap. Memang sedap. Murtabak cheese ini saya beli di sebuah gerai di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar. Waktu cuti sekolah atau cuti umum, pasti ramai pelanggan berbaris untuk dapatkannya.

Murtabak cheese ini adalah jenis 'special'. Saya memilih murtabak cheese berintikan campuran daging ayam, hirisan bawang, mayonis dan semestinya keju. Ketebalan dan saiz murtabak ini memang berbaloi dengan harganya iaitu RM6. Tak rugi untuk mencubanya. 
Murtabak cheese berintikan daging ayam. Sedap sehingga menjilat jari!

Murtabak cheese beserta sos keju cair. Saiz sederhana ini boleh dikongsi beramai-ramai.



Ini adalah gerai yang menjual murtabak cheese sedap ini. Saya bernasib baik kerana pada masa itu kurang pelanggan. Kalau ramai, jenuh menunggu jawabnya. Tempat duduk untuk pelanggan menunggu tempahan juga disediakan di gerai tersebut. Gerainya juga bersih.



Murtabak cheese yang ditaburi dengan sos keju cair. Meleleh air liur dibuatnya . . .



Antara pilihan yang ditawarkan kepada pelanggan. Murtabak cheese bersaiz kecil berharga RM3, yang bersaiz sederhana RM6 dan yang bersaiz besar RM12.
Loghat Perak kelihatan pada bunting ni..hehe
Ini adalah lokasi gerai Murtabak Cheese.
Gambar daripada Street View Google Maps diambil pada April 2014. Terdapat perubahan pada tahun ini seperti keadaan gerai murtabak cheese itu.


Jadi, jom cuba untuk merasai kesedapannya. 



Nak tempah design/customize blog murah?



Kongsikan

Artikel berkaitan

Murtabak Cheese Sedap di Kuala Kangsar
4/ 5
Oleh

Langgan melalui email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk melanggan.

14 komen

Tulis komen
avatar
11.8.15

waa..pebret saya murtabak, tp murtabak cheese x pnah try lg..nampak pon dah meleleh liur hehe

Reply
avatar
11.8.15

memang kena cuba sis..pasti tak menyesal :)

Reply
avatar
12.8.15

terliur nya tengok cheese dia..tapi jauh sangat haa

Reply
avatar
12.8.15

oh tahu tempat ni.. tp tak tahu pulak ada yg special di celah nak turun tangga tu ye.. harus cuba balik kg nanti :D

Reply
avatar
12.8.15

uihh lama x p kuala.. sdp lak tgk ni.. nak kena tnya org kuala lokais tang mana ni..huhuhu

Reply
avatar
12.8.15

amboiii sedappnya.. nanti nak gi kuala leh terjah ni..

Reply
avatar
12.8.15

sedapnyaaa gambar tu. terliur T_T

Reply
avatar
13.8.15

rasanya pun memang sedap :)

Reply
avatar
13.8.15

boleh kak yanie..sambil tu jalan2 pusing kuala :)

Reply
avatar
13.8.15

mesti cuba murtabak ni akak :)

Reply
avatar
13.8.15

datang kuala kangsar, macam2 ada lagi :)

Reply
avatar
13.8.15

kat mana ni
balik kuala nti boleh la cari. hihihi

Reply

Terima kasih atas komen anda