Review | PERUBATAN NATUROPATI PERTAMA DI MELAKA - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

12 August 2015

Review | PERUBATAN NATUROPATI PERTAMA DI MELAKA

Definasi Perubatan Naturopati (Naturopathic Medicine or Naturopathy)

Yusmizee Naturopathic Center

Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy), adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia itu mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan semata-mata kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan konvensional.

Di Malaysia, terdapat dalam lingkungan 300 Natoropathy  bertauliah mengamalkan perubatan ini. Mereka menyediakan latihan dan pendidikan di terapi semulajadi, seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu. Ianya menampakkan perbezaan kelainan yang besar di antara perubatan konvensional dan naturopati.

Naturopati boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang bertauliah)  untuk memeriksa tahap kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka

Hari ini, di Negara-negara maju telah beralih kepada perubatan Naturopati kerana ianya lebih berkesan dan sangat selamat, Insya Allah ! Suatu kaedah perubatan yang telah di iktiraf oleh WHO dan perubatan dunia.
Naturopati adalah perubatan tanpa menggunakan bahan terlarang (dadah), bahan kimia dan tanpa melibatkan pembedahan. Semua rawatan semulajadi adalah naturopati. Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, adalah sebuah pusat rawatan dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Tertubuhnya Yusmizee Naturopathic Centre adalah untuk memberikan perkhidmatan tersebut. Yusmizee Naturopathic Centre menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, Teknik Pembetulan Tulang pinggul dan tulang belakang, Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.
Yusmizee Naturopathic Centre

Yusmizee Naturopathic Centre juga menawarkan 3 harga yang berpatutan ;
1) Harga untuk rawatan pesakit biasa.
2) Harga untuk rawatan vvip.
3) Harga Ekslusif untuk penyakit kronik yang mengikut Protokol rawatan Naturopati.

Rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre lebih Islamik dan juga menyediakan perawat khas wanita untuk merawat pesakit-pesakit wanita.

Kursus Naturopati

Selain menyediakan khidmat rawatan, Yusmizee Naturopathic Centre juga menjalankan kursus-kursus dan ceramah berkaitan perubatan Naturopati.

Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre

Sebarang pertanyaan berkenaan Naturopati boleh berhubung terus dengan DrN Yusmizee ;

"Hubungi saya hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana saya boleh membantu anda belajar untuk hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik!"


DrN Yusmizee Bin Yusoff 
Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).

Tel : 012-3556736
Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 
78000 Alor Gajah. Melaka





Nak tempah design/customize blog murah?



11 comments:

  1. terima kasih share info

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. memang menarik kaedah pengubatan secara semulajadi ni

      Delete
  3. Ikhtiar secara semulajadi..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul tu..itu lebih baik daripada menggunakan ubatan kimia

      Delete
  4. Kat mana nak dapat list pengamal naturapati di malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka adalah salah satu, tapi sis boleh buat carian di google. mungkin ada di tempat lain juga :)

      Delete
  5. betul tu Maisara. bagus ni nak tambah ilmu.
    HEaling with supplement pun buku yang bagus nak tambah ilmu.
    thank you maisarah for sharing this

    ReplyDelete
  6. sama2 sis..moga kita dapat manfaatnya :)

    ReplyDelete
  7. bagi pihak ;

    Alhamdulillah.. Terima kasih.. Inilah cara2 mencari saham akhirat.. Harap semua faham apa tu naturopathic.. Rawatan semulajadi jadi itu fitrah dan fitrah itu suci.. Harap berteraburanlah dakwah perubatan Islam ni.. Semua ni saham2 akhirat juga..👍👍 ~(DrNYusmizee)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda