9 Pembaziran Tanpa Disedari Manusia - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

06 September 2015

9 Pembaziran Tanpa Disedari Manusia

9 Pembaziran Tanpa Disedari Manusia

membazir

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang pembaziran. Sebelum itu, kita berkenalan dulu dengan seorang ulama yang memperkatakan tentang 9 pembaziran tersebut.

Ulama dan tokoh gerakan dakwah islamiyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyah, ialah murid kepada ulama terbilang iaitu Syeikh ai-Islam Ibnu Taimiah. Beliau juga turut mempunyai banyak karya ilmiah seperti kitab Ar-Ruh,Al-Fawaid,tafsir dan banyak lagi yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam. Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijjrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada tahun 751 Hijjrah (1350 Masihi). 

9 pembaziran tanpa disedari manusia, menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah adalah seperti berikut :

1. Ilmu pengetahuan : membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan : membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3. Kekayaan : membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanafaat dan tidak diredhai Allah.
4. Hati : membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5. Tubuh badan : membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6. Cinta : membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya
7. Masa : membazir jka tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Akal : membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9. Zikir : membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Begitulah antara pembaziran yang sering dilakukan manusia tanpa disedari. 

Sesuatu benda atau perkara yang dianggap tidak memberikan kesan jika diabaikan atau dibiarkan begitu sahaja, ia akan mendatangkan kesan negatif jika tidak dikawal. Renung-renungkan dan selamat beramal . . . 

* Membazir amalan syaitan, Kalau nak jadi kawan dia, cuba2 la membazir. Ishhh





10 comments:

  1. Betul2, leps ni kna ubah..huhu..
    Mmbzir hdup di dunia klau xbuat amal utk hri esok..

    ReplyDelete
  2. a good sharing ni maisara.
    simple aje tapi dlm pengertian nyer...

    ReplyDelete
  3. Peringatan yang bagus. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Allahu... banyaknya diri ini lakukan pembaziran...

    ReplyDelete
  5. Betul tu... banyak betul pembaziran yang saya dah buat... sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  6. singgah dan follow sini #2923

    ReplyDelete
  7. good sharing
    singgah sini follow kamu #2924

    jemput baca http://theyanaonly.blogspot.my/2015/09/jiran-sebelah.html

    ReplyDelete
  8. Asalam..selamat malam, Tq like blog Etuza..saya suka kata2 9 perkara pembaziran tu..sangat bagus..

    ReplyDelete
  9. time kasih pasal info tu...

    jemput datang ke blog saya... www.lovelyaein.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda